Bestnyaaaa....
Kalau suami kita sanggup masakkan makanan kegemaran kita masa kita tengah sakit. Sebab masa tu lah kita tak larat nak masak untuk dia. Jadi, lelaki-lelaki pun kena tau masak sikit-sikit untuk bakal isteri nanti ye~
Bestnyaaa....
Kalau suami buat surprise kat kita masa birthday kita. Sebab masa tu lah kita rasa diri kita dihargai dan disayangi. Umur dah puluh-puluh pun masih ada orang nak sambut birthday dengan kita~
Bestnyaaa....
Kalau suami kita tolong tidurkan baby pagi-pagi buta masa kita tengah pantang. Sebab masa tu lah suami isteri kena saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kata nak anak ramai kannn....
Bestnyaaa....
Kalau suami kita jaga kita dengan penuh kasih sayang sampai tua... Oh, sweeeeeeeeeeeeettttnya macam dalam video ni...
Lagi best kannn....
Kalau suami kejut pagi-pagi buta sebab nak ajak tahajjud sama-sama. Alhamdulillah... Sama-sama bina masjid kat dunia, untuk bina mahligai di akhirat...
Lagi best kannn....
Kalau suami jaga pergaulan dan pemakaian kita betul-betul ikut syariat. Alhamdulillah... Kita tak buat dosa, suami kita dapat pahala...
Lagi best kannn....
Kalau suami sama-sama didik anak-anak tentang agama sejak kecik. Alhamdulillah... Bila dah besar jadi orang berguna, dan bila kita pulak dah takde kat dunia, anak-anak jadi mahar kita kat akhirat...
Lagi best kannn....
Kalau bakal-bakal suami baca entri ni, dan hadam dalam-dalam... Bolehlah nanti jadi suami mithali macam encik B.
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (HR Abu Asakir).
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (HR Abu Asakir).
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~





