BLOG ENCIK SUAMI

Monday, May 30, 2011

Takde Idea Ke Malas?


Lagi-lagi takde idea.

Bila takde idea macam ni, selalunya proses mengadu dilakukan pada seseorang. Dan seseorang itu akan memberi idea tentang topik yang boleh disuarakan dalam blog.

Tadi, saya mengadu kepada seseorang tu. Dia terus cakap, buat pasal kahwin 4 lahhh. Erkkk! Semua sebab Salleh Yaacob. Terlopong sekali dengan wang hantaran 25 ribu tuuu... Nasib bek bukan 25 juta macam seseorang tu kannnn....

Bila dia da bagi idea tu, keluar pulak alasan lain. Malasssssss... Sungguh, malam ni malas sangat. Malas nak update blog. Nak blogwalking balas-balas komen pun malas ni... Tunggu esok je lah pulun semua.

Eh, jadi gak entri kan?

Manusia ni kadang-kadang terlalu banyak alasan...

Sama jugak bila mintak tolong undi SINI ngan SINI. Kejap je pun, janganlah malas sangat... Hehehe.


Jom Main Keywords! Ada Berani???


Nak buat jugak!

Tadi gi blog Sembang Kemas, tengok dia buat entri guna keywords yang orang search kat internet hingga tercapai kat blog dia.

Meh tengok entri saya pulak eks~

***

Pada suatu hari, seorang  sedang mencari maklumat tentang di dalam Facebook. Cari punya cari, akhirnya dia terjumpa satu . Link itu membawa dia ke blog seorang . Bila membaca entri terbaru ustazah gebu tersebut yang bertajuk ! Bestnya..., tiba-tiba terdetik di hatinya, "..."

Lagipun, hari tu dia ada . Dia tak nak kisah hidupnya jadi macam dalam rancangan tu. Tentang macam mana seorang terhadap isterinya kerana terjebak dengan . Bila dah jadi macam tu, pun takde guna dah...

Hurmmm... Kadang-kadang, dia tertanya-tanya gak pada diri sendiri yang , kalau dia Errr... Sekiannn...

***

Hahahaha~ Ade yang nak kongsi cerita kreatif guna keywords blog dia pulak tak? Kalau ada, sila-sila. Nanti paste url kat sini, kongsi dengan pembaca yang lain pulak... Nak buat segmen, tak ramai kot yang rajin nak crop satu-satu keyword dari nuffnang or histats, then godek-godek coding. Sape yang rasa keywords dia lagi best dan boleh hasilkan cerita yang lagi kreatif dari ni, ape tunggu lagiiii...? :p


YANG RAJIN CROP KEYWORDS NAK BUAT CITE:


DOA KU BUAT MEREKA


Klik header untuk join

Mak...

Ti pernah buat mak marah sangat masa zaman dulu kala... Tapi masa tu Ti kecik lagi mak... Ti nakal kan... Ti dengan Opie tak jaga adik baik-baik. Ti sedar sepupu tengah pusing mesen gelek getah. Masa tu adik bongsu duk tepi Ti. Tapi Ti tak sedar adik buat apa masa tu. Sampailah adik tiba-tiba menangis. Ti hairan. Ti nampak jari adik kat roda pemusing. Muka adik takut sangat. Air mata adik banyak. Ti tengok ibu jari adik. Darah banyak sangat. Kuku ibu jari adik da tanggal. Adik menangis kuat sangat. Ti kesian tengok adik, tapi Ti tak tau nak buat apa. Opie dengan sepupu pun tak tau nak buat apa. Semua cuba pujuk adik, "jangan nangis..." sambil tiup jari adik. Tapi adik macam tak dapat tahan sakit. Adik nangis lagi dan lagi.

Mak dengar adik nangis, Ti terkejut tengok mak bawak parang. Muka mak merah sangat. Mak marah, Ti tau. Tapi Ti tak sangka mak bawak parang. Ti, Opie dengan sepupu lari dari mak sebab mak kejar Ti, Opie dengan sepupu sambil bawak parang. Kali ni Ti yang nangis sambil cakap kat mak, "jangan..." Mak ngah yang tahan mak, pegang mak kuat-kuat. Bawak mak balik naik rumah. Ti, Opie dengan sepupu tunggu lama kat bawah rumah sampai petang, baru naik atas. Ti ingat sampai sekarang benda tu... Sampai sekarang pun air mata ni menitis lagi bila ingat benda tu... Biarpun mak da maafkan kami yang nakal ni... Maafkan Ti sebab tak jaga Ecah baik-baik...

Bapak...

Ti dulu nakal kan... Ti buat ayah tak bercakap dengan Ti beberapa hari. Ti tak mo ingat dah, tapi Ti takkan boleh lupa benda yang buat bapak kecik hati sampai macam tu. Ti faham, bapak sayang dengan Ti, mak pun sama... Sebab tu bapak buat gitu kannn... Sekarang Ti dah boleh fikir, kenapa bapak buat macam tu dulu. Semua untuk kebaikan Ti, sebab bapak nak jaga Ti elok-elok, takut Ti tersungkur jatuh sedang masa tu sepatutnya Ti berlari kejar pelangi. Alhamdulillah, Ti bersyukur ada mak dan bapak macam mak dan bapak... Alhamdulillah...

Adik-adik Ti yang baca ni, mungkin akan ingat balik semua yang berlaku dulu... Kita nakal kan kecik-kecik dulu. Sekarang, semua da besar. Jangan duk buat hal lagi, kesian kat mak ngan bapak tu, sampai bila agaknya diorang nak peningkan kepala disebabkan kita ni. Sama-sama kita doakan kebaikan buat mak dan bapak di dunia serta di akhirat. Moga Allah mengampunkan dosa mereka, dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sejak dari kecil lagi... Ameen...


Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!


Sila klik header alien ni untuk jumpa UFO

Sergeant Keroro tanya dari hari tu lagi nehhh...

Hobi akak eks?

Ermmmm... Ermmmm... Ermmmm...

Biarlah gambosss bercerita~

Cherry Blossoms 1 by ~juju--juju on deviantART

Summeritis 2. by =realityDream on deviantART

050510IX by ~kristianna11 on deviantART

Fire Flower by ~ShantDotMe on deviantART

I blog it all by *xixa on deviantART

Itu saje~ Faham? Hehehe...

Nak tag kamu-kamu yang berminat untuk join~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.