BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, June 1, 2011

Pasangan Blogger Ini Buat Saya Terharu


Thanks. by ~V1V14N0hh on deviantART

Terima kasih.

Semalam si gadis buat entri yang menyebabkan hati ini rasa tersentuh. Di SINI. Terima kasih sayang. Yang benarnya, akak sendiri mengagumi kamu. Biarpun kadang-kadang kamu nampak seperti suka bermain, bukan! Kamu memang suka bermain! Hahaha~ Okeh, sambung... Walaupun kamu nampak macam keanak-anakkan, tapi kata-kata kamu selalu bernas. Dulu akak kenal kamu dari blog abang Fahrin. Dia sebut kamu beberapa kali dalam blog dia. Akak pun jadi teringin nak mengenali blogger cilik ni. Dan akak pernah join segmen kamu yang masak-masak tu. Then kenal kamu di FB, kita jadi geng sekali dengan Ina the mucuk girl membuli resakse berjanggut. Erk! Kesian dia, kannn... Apepun, akak suka cara kamu, moga akak, kamu, dan orang-orang di sekeliling kita akan jadi lebih baik pada masa akan datang, insya'Allah... Ameen...

Malam ni tadi si jejaka pula buat entri menyentuh hati. Di SINI. Terima kasih dik. Akak bukanlah sesiapa. Masih kurang rasanya apa yang akak berikan kepada mereka yang datang ke sini. Masih jauh lagi rasanya kaki ni perlu melangkah. Kamu antara yang akak kagumi dalam dunia blog ni. Dulu akak segan nak tegur kamu, masa blog kamu masih blogspot lagi. Kamu nampak sangat otai, sangat pakar bab-bab blog. Bila masuk dalam bloglist lebah kamu, kamu mula jenguk blog akak, maka akak pun mula memberanikan diri nak komen kat entri kamu. Akak tak tau bila kita mula rapat, dan bila akhirnya 'terjebak' dengan kamu dan ustaz Fakhrul di FB. Lalu persahabatan tu terjalin sampai sekarang ni, alhamdulillah. Akak senang bersahabat dengan kamu dan yang lain-lain. Teruskan menyebarkan yang bermanfaat di blog, ye...

Si gadis dan si jejaka, terima kasih... Moga apa yang terbentuk diberkati oleh-Nya... Akak doakan kamu berdua sentiasa, dan sahabat-sahabat yang lain juga... Terima kasih!


Dalam Dunia Maya Pun Kena Hati-hati...


don't trust him by ~BigboyDenis on deviantART

Blogger menipu blogger.

Blogger tak bayar hutang? Blogger bikin onar pada rumahtangga orang lain? Jangan ingat kat dunia realiti je ade benda macam ni. Blogger pun manusia jugak, dan ada masanya hati tu dikuasai nafsu, akal pulak lebih cetek dari air sungai yang keruh.

Entah, mungkin dia fikir orang tak sangka dia akan buat macam tu. Sebab selama ni dia nampak hebat je, then selalu tulis berdegang-degang tegur salah blogger lain kat dalam blog dia. Bila orang mula percaya, dia pulak hancurkan kepercayaan orang lain.

Kerana dia, mungkin lepas ni semua akan lebih berhati-hati... Kerana dia, mungkin tahap lulus 'percaya' tu akan meningkat lagi tinggi sama macam kadar tarif elektrik yang da meningkat...

Jadi... Jangan main-main dengan kepercayaan, sekali kepercayaan tu rabak, beribu-ribu kali pun sangat rumit untuk dijahit semula walau dengan jarum paling tajam sekalipun!


Video Ini Buat Saya Senyum Petang-petang




Sila klik related videos untuk yang lain-lain.

Dengar kata ustaz Fakhrul pun nak bukak gak bisnes ni nanti, nak lawan mamat dalam video tu~ Hehehe...

P/S: Sapa nak pi Penang sekali? Jom! Hahahaha~


Ibu... Na Cucuuuuu...!


Gambar susu sedap dari SINI

"Ibu, na cucu!" Salim merengek-rengek sambil menarik lengan baju ibunya yang sedang memasak.

"Kejap lah, ibu tengah masak ni..." Rohaya meneruskan kerjanya. Salim diam, tetapi tangannya masih memegang lengan baju Rohaya. Rohaya mahu mengalihkan kuali ke dalam sinki. Salim tidak melepaskan lengan baju ibunya.

"Ehhhhhhhh kamu niii... Kan ibu kata kejap tadi... Macam mana nak buat keje kalo macam ni..." Rohaya mula membebel sambil merenung anaknya.

"Na cucuuuuuu... Na cucuuuuu....!" Salim tidak peduli, dia mahukan susu.

"Haishhhhh..." Rohaya merengus.

Salim memuncungkan mulutnya, buat-buat merajuk. Mukanya sudah ketat dan masam. Dia tahu, ibunya tidak akan memenuhi kehendaknya. Walau macam mana kuat pun dia menarik-narik lengan baju ibunya, atau selama mana pun dia mahu merajuk, ibunya tetap tidak akan memenuhi kehendaknya.

"Na cucu pun ta leh..." Salim pula yang membebel dengan patah kata yang pelat.

"Bila pulak ibu kata tak boleh???" Rohaya pula bertanya. Geram benar dia dengan karenah anaknya yang seorang ini.

"Ibu ta na pun gi cucuuu..." muka Salim monyok, sambil tunduk memandang lantai.

"Kamu tu dah besar panjang, nak susu ambik je lah dalam peti ais tu sendiri. Tak nampak ke ibu tengah buat keje. Mengada sangat ni kenapa?" leter Rohaya.

"Erkkk! Ibu ni, nape bagi kantoi kat pembaca SSS.com? Diorang baru je nak kutuk-kutuk ibu sebab tak nak menyusukan anak tadi... Hishhhh!"

Selamat Hari Susu Sedunia - 1 Jun 2011


Stop Lah Merokok...


Terima kasih Miss Ran untuk info ni.

Tarikh Keputusan: 25 Oct, 1995

Keputusan:

(1) Merokok adalah haram

(2) Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.

(3) Bagi maksud fatwa ini, 'rokok' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 7 Dec, 1995
Nombor Rujukan: JAI.Sel 8014/7 Jilid IV;P.U.Se
Akta/Enakmen: Sel. P.U. 51. Rujuk SINI.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Rujuk hujah di SINI.


Sekarang ni dah tahun 2011. Keputusan fatwa tu tahun 1995.

Tapi kenapa masih ramai yang merokok di kalangan umat Islam? Sedangkan hukumnya telah jatuh kepada haram. Dan bila buat benda yang diharamkan, tentulah berdosa. Ermmm, nak stop mendadak memang susah, cubalah stop pelan-pelan. Insya'Allah, kamu boleh!

Macam adik 'kesayaman' saya yang sorang tu, dia sedang berusaha untuk berhenti merokok, maka jom ramai-ramai support dia~

P/S:
Kebanyakannya bila ditegur, mereka melenting... Hurmmm...


Walaupun Sedikit.... Walaupun Sedikit!



0.4? 0.5? 0.6?

Walaupun sedikit... Walaupun sedikit....!

Mesti baca!!! >>> CA Nadh & Mr. Wiki


Wordless Wednesday #1


Pretty in Pink by *kayaksailor on deviantART



We're Blooming!


We're blooming by *Lady-Tori on deviantART

We're blooming
The time is running
On our feet we stand
Watching everything

Do you feel the wind?
Do you smell the scents?
The atmosphere around us
Are sparkling with joy

The bees keep coming by
The birds keep chirping
Do you ever recognize
That we're blooming?

***

Please vote for my friends HERE and HERE
Thanks~
With love, General SSS.com


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.