BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, June 2, 2011

Perghhh! 5 Entri Dia Buat Hari Ni!


Tahniah lahhhh...

Ada orang tu tadi terasa pulaksss~

Masa tu tengah borak tentang konsep berjiran dalam blog. Jiran sepagar macam abang Fahrin dengan Pak Cik Mat, Ina dak mucuk dengan Kirin, Sunah Sakura dengan Ady Budika...

Berjiran dalam blog ni maksudnya buat pertukaran feed. Feed blog jiran kita tu kita letak kat blog kita. So, kita akan ade update dari blog tu beberapa post yang terkini. Kedua-dua blog boleh sumbang trafik antara satu sama lain. Dengan syarat, jiran kita tu kena la selalu update. Kalau tak, tak sepagar la namanya tu...

Haaa, tang tu lah dia terasa. Sebab dia kan makin bizi akhir-akhir ni. Terussss... Dia kata nak update sejam 1 entri. Erkkk! Macam balas dendam pulaksss~ Hahaha~ Walaupun tak sejam 1 entri, tapi tercapai jugak tu hasrat dia nak update banyak-banyak hari ni. Dah 5 entri nkooo~~~ Tak percaya? Jenguk je link jiran saya kat atas tu. Tahniah, tahniah~

So, tadi da ade gak yang baru pindah rumah sebelah-sebelah. Blogger Miss Ran dengan fRaMe+LenSeS~ Berjiran sudah~ Tahniah!

Nak berjiran gak tapi tak reti nak buat? Boleh klik blog Pak Cik Mat kat SINI. Siap tips lagi!

P/S: Jangan lupa undi Pak Cik Mat kat SINI dengan abang Fahrin kat SINI.


Dia Sayang Kiteeee...~


...love by ~xdashkax on deviantART

Sayang mucuk-mucuk sangatttt~

Tau tak??? Dia sayang kita. Sayang sangat-sangat. Sampaikan tiap masa pun tak berenggang dari kita. Kat mana-mana pun, temankan kita. Tak pernah tinggalkan kita. Tak pernah!

Jadi lirik lagu Wali Band ni kena betulkan sikit...

"Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan ku lagi"

Lirik penuh kat SINI

Ya, Allah tak pernah tinggalkan kita, tapi kitalah yang selalu tinggalkan Dia. Mungkin kita jarang perasan. Bila Allah jadikan sesuatu yang tak berapa kita suka terjadi kat kita, kita kecewa dan sedih sangat. Kita rasa terkilan. Rupa-rupanya di hujungnya ada sesuatu yang Dia nak bagi kat kita.

Contohnya, kita nak keluarkan kereta. Da keluar dari pagar rumah tu, tiba-tiba tergesel pulak sikit kat pagar rumah yang tak dibuka sepenuhnya. Remuk redam hati kita sebab kereta da calar. Da tak cantik dah. Perjalanan tetap diteruskan, tiba-tiba kat simpang nak masuk jalan besar, kita nampak ada eksiden antara lori treler dengan motorsikal. Kita lambat berapa minit je. Rupa-rupanya, Dia sayangkan kita. Kalau bukan Dia jadikan kita lambat sebab tergesel kat pagar rumah tadi, tentu kita yang ada kat bawah treler tu. Ye tak?

Renung-renungkanlah setiap kejadian dalam kehidupan kita. Terlalu banyak sebenarnya yang Dia tunjukkan pada kita betapa Dia sayangkan kita. Tinggal kita saje lagi yang nak menilai dan berfikir.

Dia sayangkan kita, jangan lupa balas cinta Dia... :)


Blog Kuning! Ape Kejadah???


Kuning betul!

Tadi saya gi blogwalking. Tersentap jantung ni.

Kat header dia je dah kuning. Sakit mata. Sesak nafas.

Blogger sekarang memang macam ni kan? Semua nak kuning. Kalau tak kuning, tak sah! Saje nak tarik trafik dengan benda-benda kuning. Tau lahhh, yang lelaki semua suka blog kuning cam ni... Kan?? Mengaku je lahhh... Walaupun kadang-kadang tajuk je kuning, tapi entri tak kuning pun. Ade gak yang tajuk ngan entri kuning melampau-lampau. Eiks, cuba lerr jangan kuning sangat. Tak rasa malu ke berkuning-kuning ni?

Hurmmm... Malas nak bebel banyak-banyak. Kamu-kamu tengok lah sendiri kalau tak percaya, memang kuning betul blog NI!

Budak, jangan marah nooo... :p


Menunggu Perpisahan...




Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

- Rossa - Ku Menunggu -

***

Tet tet, tet tetttt. Mesej masuk.

weh, sape dgn ko dlm kete tadi tu?

Miza tersentak. Eiks? Ditunjuk mesej itu kepada Shida yang bersama-samanya dalam kereta tadi.

"Hoh??? Kenapa dia? Salah ke aku naik kete dengan ko???"

"Entah dia..." Miza menaip mesej untuk membalas.

tu housemate aku la

Tet tet, tet tetttt. Ada balasan lagi.

nak kenal dgn dia bole?

"Erkkkk? Ko tengok nehhhh!" Miza menunjukkan mesej itu kepada Shida.

"Erkkkk!" Shida tersentap. Miza tersengih melihat reaksi Shida.

sori weh, dia dah berpunya la

Tet tet, tet tetttt.

takpe, diorang boleh pisah. ha3. boleh tahan weh kawan ko

"Erkkkk!" Shida dan Miza sama-sama terkedu.

***

Any comments?


Hari Ni Umur Kami Sama


Gambar kek sakura dicopet di SINI

Alhamdulillah~

Hari ni umur kami sama~

Sape?

Saya dan dia lahhhh~ Hehehe...

Kepada dia, selamat hari lahir...

Moga jadi insan yang bermanfaat kepada insan lain, dan dipegang oleh-Nya hati kamu dalam menjalani kehidupan yang akan datang... Ameen...

Dia itu dia...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.