BLOG ENCIK SUAMI

Friday, June 3, 2011

Bila Adik Saya Baca Aku, Dia dan Paparazzi


Malam ni tadi dapat kol dari rumah.

Kecohnya. Macam-macam benda yang diborak. Tambah-tambah bila diorang dengan berlagaknya bercerita tentang balik ke kampung bapak sempena cuti Gawai yang lepas. Ok fine~~~ Raya ni tak kira, nak balik kampung bapak jugak!!!

Sampailah turn adik saya yang bongsu tu bercakap dengan saya...

"Aku dah baca cerita tu..."

Hoh??? Saya pelik, cerita ape pulak ni?

"Alaaa... Aku, Dia, dan Paparazzi tuuuu... Yang kat blog ko, yang ko promote tu."

Perghhhh! Adik aku baca! Eh!!! Adik saya baca tuuu~~~ Terharu sat, tapi...

"Ko baca semua ke?"

"Ha'ah..."

"Dari Part 1 sampai 9???" Tak percaya~~~

"Ye lahhh... Petang tadi aku habiskan."

"Erkkkk...!"

Terkejut. Ye lah, tak sangka pulak dia baca dari Part 1 sampai Part 9! Kalau kamu-kamu ni mesti tak rajin macam dia kan? Kan, kan? Mengaku je lahhh... :p

Dia memang suka membaca, tambahan pulak dapat kakak-kakak yang jenis suka menulis cerita. Ya, dulu saya suka mengarang cerita, then adik-adik pun terikut sama. Yang jadi pembaca adalah adik-adik dan kawan-kawan sekolah. Ada tu siap jilidkan lagi. Erkk... Tapi tak pernah publish kat mana-mana syarikat penerbitan yeee... Saje suke-suke.

Bila saya tanya pendapat dia lepas baca Aku, Dia, dan Paparazzi...

"Macam betul pulak cerita tu..."

Errr... No komen.

P/S: Jangan tanya saya ni keje jadi model busana muslimah ke...? Itu bukan saya, tu kan cerita rekaannnn... -_-"


Eh, Ustazah! : Berinai


Hari tu ustazah, adiknya si Amalina, dengan beberapa orang anak murid keluar membeli-belah. Sampai kat satu kedai ni...

Amalina: Akak! Cantiknyaaaaa~~~

Ustazah: Ape dia yang cantik tu?

Amalina: Tuuuu~ (Sambil menunjuk ke arah seorang gadis India yang sedang mengukir inai di tangannya di sebuah kedai)

Ustazah: Owh... Cantik~ Tapi...

Nurin: Tapi ape, ustazah?

Ustazah: Dia je la yang boleh pakai macam tu, kita tak boleh tiru dia~ Nampak kan selama ni diorang yang selalu pakai macam tu?

Ezahd: Ha'ah... Tapi kenapa kita tak boleh ikut dia pakai macam tu gak, ustazah?

Ustazah: Sebab bila kita ikut dia, kita pun tergolong dalam kalangan dia jugak...


Azri: Owhhhh... Jadi takleh lah nak ukir-ukir macam tu?

Ustazah: Ha'ah, kalau boleh elakkan dari ikut macam tu, lagipun sekali tengok benda tu kan menyerupai tatoo.

Amalina: Kalau masa kawen-kawen tu pulak, kak? Ramai je yang ukir inai kat tangan.

Ustazah: Itu lagilah patut dijauhkan. Sebab bila kita pakai macam tu, atas tujuan ape sebenarnya? Untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk? Dikhuatiri ada riak dalam hati bila ukiran inai tu dipuji-puji oleh pemilik mata-mata yang melihat.

Nurin: Jadi, tak boleh berinai langsung keee???

Ustazah: Hehehe... Boleh, sayang... Sekadar yang biasa-biasa saje, di hujung-hujung jari bagi perempuan.

Ezahd: Kami???

Ustazah: Haaa... Lelaki tak boleh!

Azri: Erkkk! Kenapa pulak ustazah? Tak boleh ke lelaki berinai???

Ustazah: Lelaki diharamkan berinai pada jari tangan dan kaki sebab...


Nurin: Kuma-kuma? Ape tu ustazah?

Ustazah: Kuma-kuma tu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan warna dan bau harum. Sama macam daun inai kondisinya. Tentang bau harum kat sini, tak salah, sebab lelaki disunatkan memakai bau-bauan. Tapi dari segi warnanya tu yang tak dibolehkan. Tambahan pulak, lelaki berinai ni menyerupai wanita dalam berhias.


Azri: Owhhh... Jadi tak boleh lah kami nak berinai ye, ustazah?

Ustazah: Boleh.

Ezahd: Eh, boleh pulak??? Mana satu ni, ustazah?

Ustazah: Lelaki boleh berinai pada jari jemari atau mana-mana bahagian tubuh badan sekiranya untuk tujuan perubatan. Macam dulu-dulu, Rasulullah pernah menyarankan supaya orang yang pecah kulit kakinya supaya berinai. Ada juga yang menyarankan supaya pakai inai sebelum kulit hujung jari tu pecah.

Amalina: Oooo... Kalau tak sakit, tak boleh langsunglah kan lelaki berinai?

Ustazah: Ha'ah, diharamkan ke atas lelaki berinai tanpa tujuan, kecuali pada janggut dan rambut, berinai tu disunatkan.


Nurin: Kecuali warna hitam ye, ustazah?

Ustazah: Yup, kecuali warna hitam. Sebab inai hitam tu bila letak kat rambut, mesti tujuannya nak nampak lebih muda.

Ezahd: Jadi warna merah atau kuning boleh lah ye, ustazah?

Ustazah: Ha'ah... Tapi bila rambut tu da beruban la ye, Ezahd... Kalau tak beruban lagi, jangan buat-buat tua pulak~

Ezahd: Errr... Heheh... Baru nak gi inaikan rambut kaler perang... Tak jadi lah...

Azri: Ina tadi cam nak berinai ajeee...

Amalina: Biarlah, saya kan perempuan~

Ustazah: Untuk perempuan, masih ada hukum-hukum yang perlu dipatuhi dalam berinai.

Amalina: Ha? Ade lagi ke kak?

Ustazah: Hehehe... Ade...


Amalina: Errr... Jadi makruh la ye kalau Ina nak pakai untuk suka-suka saje. Huhuhu...

Ustazah: Aha... Tau pun, melainkan Ina memang amalkan untuk tujuan perubatan.

Nurin: Alhamdulillah, tak sakit pecah kulit macam tu...

Azri: Kalau sakit, haruslah pakai...

Ezahd: Alhamdulillah ustazah gitau, kalau tak, mesti da berinai da...

Ustazah: Alhamdulillah, jomlah kita gi kedai sana pulak.

Mereka melangkah ke kedai buku tidak jauh dari situ.


Mana yang boleh, mana yang tak boleh, walaupun remeh atau kecik, pun kena ambil perhatian. Bimbang kelak terbuat perkara yang diharamkan dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Kalau was-was? Tinggalkan terus! Bila kita dah terbuat, istighfar dan pohonlah keampunan kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Menerima Taubat.


BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO


Klik header untuk join

SAYA SUKA BLOG SAYA kerana dari sini saya kenal dunia...


Ulang Lagi dan Lagi


that friend.. by ~DawningBluebell on deviantART

Ulang lagi.

Dah pernah nasihatkan dulu. Berhenti sekejap. Sedar dengan kesilapan yang dilakukan. Tapi tak lama berhentinya.

Kali ni kesilapan yang sama diulang. Kesian pada yang lain, diorang tak rasa kesian ke? Bukan ke dulu dah pernah cakap? Tapi kenapa masih juga buat benda yang sama?

****

Manusia tak lari dari kesilapan, sedangkan nabi pun buat silap. Pernah sekali nabi palingkan wajahnya daripada seorang buta yang memerlukan pertolongan. Dan Allah tegur lelaki pilihan di kalangan umat akhir zaman tu. Yup, lepas tu nabi dah tak ulang benda yang dia silap. Cumanya Allah tegur lagi nabi bila ada silap yang lain.

Tapi kita bukan nabi. Kita manusia biasa yang kadang-kadang tergelincir lagi dan lagi. Mungkin saje kesilapan yang sama asyik dilakukan. Tanpa teman yang mengingatkan, tentu bertambah-tambah lagi silap kita kat dunia ni.

****

Apalah gunanya teman kalau tak menegur kesilapan temannya. Dia ulang kesilapan yang sama? Kita ulang lagi menegur benda yang sama.


Aku, Dia dan Paparazzi


[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9]


Tak tidur lagi.

Sebab buat banner ni tadi untuk novelog Miss Ran. Sambil tolong dia buat coding untuk letak novelog tu kat sidebar. Macam yang ade kat sidebar saya tu...

Novelog ni best! Entah, mungkin sebab ada nama saya? Atau mungkin sebab kisah tu berkaitan dengan saya? Atau mungkin sebab Miss Ran memang pandai menulis? Atau mungkin kisah yang ditulis tu sangat menyentuh hati?

Gi la baca sendiri eks~ Klik je kat sidebar tu... Tak pun bawah banner atas ni pun ade link part by part cite tu... Ada 9 part dah... Banyak gak blogger yang jadi pelakon... Entah sampai part mana la eks~ Kita tunggu, baca, dan support, okie? :)

Terima kasih Miss Ran kerana menulis...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.