BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, June 4, 2011

Oh! Sedenak Lagi!


Alhamdulillah, aktiviti hari ni berjalan lancar~ Sangat seronok beronok-ronok pulak dapat makan sedap-sedap lagiii~ Event yang dirancang sejak beberapa minggu dulu, dan hampir tiap hari diingatkan oleh Pak Cik Mat... "4 Jun jangan lupa eksss..." Hehehe...

So, pagi tadi lepas up entri kejap, gi kedai gambar dulu dalam kul 11 macam tu. Cuci gambar untuk lesen L... Lepas je cuci gambar, terus gerak ke Sedenak ikut jalan dalam, tak ikut highway. Masa tu lah, jiran blog da kol tanya kat mana. Ops, diorang da sampai rupanya, padahal kami baru je gerak... :p

Sampai umah Pak Cik Mat, wahhhhhhh~ Tak siap lagi!!! Hahaha~ Mulalah misi mengacau Pak Cik Mat di dapur. Keh keh keh... Tolong dia siapkan topping cupcakes sat sambil  kacau dia buat menu-menu yang lain... Menu ape tuuu? Meh tengok meh...

Hidangan penuh, ade lagi yang takde tuuu...

Ikan Sambal Bunga Kantan

Ayam Masak Lemak Cili Padi - menu peberet jiran blog

Daging Goreng Pattaya - MENU PILIHAN~ Sedapppppppppppppp!

Blueberry Cheesecake - Menu yang diorder... Ahahahaha~

Rich Cocoa Pudding - memang rich!

Oreo Cup Cake - Cumillllllllll sekali okehhhhh, sayang nak makan!!!

Ade lagi dua menu, tembikai dengan kuih seri muka. Takde amek gambar single mingle pulakssss~ Huhuhu...  Tapiiiiii siyes, kuih seri muka tu sangat sedapppppppppppp!!! Terima kasih kepada tuan rumah yang baik hati menyediakan semuanya dengan sepenuh hati... Sangat-sangat sedapppp dan kenyang perut suka hati~ Oh, banyaknya perkataan 'hati'~~~ Moga dimurahkan rezeki Pak Cik Mat sekeluarga yeee... Ameen... ^_^

Ini... Terima kasih ye~~~ ^_^

P/S: Nak tunggu pertarungan kek batek pulak...


Tak Sosial Lahhhh!


Alone by ~Hidden-target on deviantART

Tak sosial.

Susah nak masuk dengan orang. Kalau tak tegur nanti kata tak peramah. Sombong. Bisu. Ade emas dalam mulut. Muka ketat. Macam-macam lagi. Nak buat macam mana, da dia memang macam tu... Malu jumpa orang baru yang tak dikenali. Risau, berdebar-debar nak gi mana-mana yang perlukan jumpa ramai orang. Seram sejuk je rasa.

Jadi diri sendiri.

Biarlah orang kata kamu tak sosial. Rasanya lebih baik macam tu, jadi diri sendiri. Tak perlu berubah jadi orang yang agak sosial. Sebab kamu lebih tahu diri kamu. Bila kamu da kenal orang, dan da boleh sesuaikan diri, insya'Allah boleh masuk kan. Satu kepala lagi.

Ikhtilat.

Lagipun, kan kena jaga adab pergaulan. Pergaulan antara sesama jenis dan bukan sejenis. Faham ke? Okie, antara lelaki dan perempuan. Sekarang ni bertepuk tampar antara bukan mahram dah macam benda biasa pulak. Tak kisah dah nak pegang sana-sini.

"Alaaa...aku anggap dia macam abang aku jeeee... Tak lebih dari tu lahhhh."

"Kitorang kawan-kawan, teman tapi mesra... Dia pun da ada boyfriend, rileksss arrr~"

Kamuuuu, kawan-kawan pun tetap ada hati, ada perasaan. Lelaki dan perempuan, memang berbeza dari segi hati ni. Perempuan, kalau lelaki baik sangat dekat dia, ambil berat, beri perhatian lebih sikit, perempuan akan rasa macam lelaki tu bagi harapan kat dia. Berbeza dengan lelaki, dia rasa dia layan semua orang sama je, takde perasaan ape pun. Tak sama dengan perempuan. Ni hasil kajian bersama seorang senior perempuan dan seorang junior lelaki. Ada banyak betulnya apa yang diorang bincangkan. Jadi, hati-hati dalam pergaulan kamu.

Benteng.

Kalau dah tau benda ni, sepatutnya awal-awal lagi letak benteng dalam pergaulan. Manusia ni lemah, iman dalam hati mudah goyah. Bila-bila masa saja syaitan akan berbisik menggoda kamu itu dan ini. Sebelum terjebak, letaklah sempadan. Then, kena tegas dengan pendirian kamu tu...

"Janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua." [HR. Ahmad]

P/S: ...kerana kita hamba yang lemah...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.