BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, June 5, 2011

Jom Skodeng! Top 10 Referrals Bulan Mei


Tadi baca kat blog Katek, dia kongsikan referrals ke blog dia untuk bulan ni. Saya pun terpanggil nak kongsikan kat semua, penyumbang trafik ke blog saya untuk bulan Mei yang lepas. Lambat sikit eks, terlupa... Patut akhir bulan hari tu publish, ni da masuk bulan Jun. Takpe, takpe... "Sukahati saya la nak publish bila, ni blog saya, kan kan kan???" Erkkk!

Abaikan dia tuuu... Meh kita skodeng sape yang baik hati niiii...

Amek dari histats

  1. Facebook, sebab selalu ping kat sana.
  2. Blogger.com sendiri, terima kasih kepada yang menerjah dari dashboard.
  3. Pak Cik Mat, ramai blogger masak-masak datang dari blog dia~
  4. Seperti biasa, jiran saya mesti nak interprem gak...
  5. Abang Fahrin Ashaari, memang banyak membantu~
  6. Puteri Katek, dak kecik cumil yang nakal ni banyak menyumbang juga~
  7. Disebabkan tiffinbiru.blogspot.com tu Pak Cik Mat punya, maka yang tu kita potong... Hahaha~ Next adalah kak Ummi Zaihadi, juga blogger masak-masak~
  8. Networkedblogs.com, sebab autoping entri kat fanpage guna application ni.
  9. Ina dak mucuk, pun membantu capaian pembaca ke blog ni~
  10. Resakse Berjanggut, nape la ade jugak budak ni menyibuk? :p

Thanks kepada kamu-kamu semua~ Juga kepada yang lain-lain sebab selalu datang sini~ Sampai jadi segan kalau tak update ape-ape kat blog... Huhuhu.

Terima kasih yeee~ Untuk bulan Jun ni pulak, sape eks??? Jeng jeng jeng~


ENTRI CAMBEST RINGKAS DAN PADAT!


Kerana Dia Rasa Dia Begitu Tinggi...


Fallen Sakura by ~WhoKilledBambisMom on deviantART

Tinggi.

Ya, tinggi sekali. Sampai rasa selesa sangat dan lupa akan jatuh pada bila-bila masa. Mungkin kerana rasa megah pada duduknya yang sekarang. Yang begitu tinggi mengangkasa. Bukan tinggi melangit, tapi tinggi mengangkasa.

Dia lupa.

Rupa-rupanya pada langit yang begitu tinggi dan angkasa yang begitu jauh, masih ada yang akan menghalang dia untuk naik lagi tinggi. Bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Maha Tinggi, sebiji batu asteroid pun boleh menghentam dia di angkasa, lalu dia akan jatuh menjunam semula ke bumi. Jatuhnya pula bukan dalam bentuk asal lagi, tapi terbakar! Dek kerana keadaan tekanan yang sudah cukup berbeza dengan suasananya di tempat tinggi.

Bila-bila masa saja juga, jika Dia berkehendak, tak perlu yang di angkasa, yang tinggi melangit saje pun boleh jatuh. Burung yang terbang tinggi-tinggi pun boleh jatuh, sakura tinggi di hujung dahan pun boleh gugur, bangunan tertinggi di dunia pun boleh runtuh. Sebab Dia berkehendak. Cuma bagaimana dan kenapa tu yang lain-lain, Dia lebih tahu...

Masih bongkak.

Entah kenapa, bila ada yang menegur pun masih bongkak. Mungkin kerana belum ditegur oleh Bos Besar. "Pekerja biasa je yang tegurrrr, rileks arr~~" Uiks, tau tak, sebenarnya Bos Besar sedang menegur melalui pekerja-pekerja yang biasa ni. Tau tak yang Allah sedang menegur kamu!!! Dan Dia sandarkan pada manusia biasa seperti kamu!

Jangan tunggu sampai Allah tegur kamu tanpa sandaran!


ENTRI CAMBEST DA LAMA TAK MUNCUL KAN??? JOM TERJAH YANG NI~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.