BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, June 9, 2011

Saya Tau Dah Lewat Sangat...


Ye, memang da lewat sangat untuk naikkan entri ni.

Sebab konsert final AF bakal berlangsung dalam 3 hari lagi. "Dah tak sempat nak buat ape pun....." Mesti ada yang cakap macam tu kan?

6 petang... 6 petang...

Isu konsert final AF yang diadakan di Dataran Putrajaya, berhampiran dengan Palace of Justice, tidak jauh daripada Masjid Besi, Putrajaya. Jiran blog, ade buat entri ni dan entri ni beberapa hari lepas, dengan gambar sekali. Ramai yang turut membantah konsert diadakan di situ, tak kurang yang meminta agar entri berkenaan diremove. Malah, ada juga yang kurang mengambil tahu tentang ni.

Gambar Google Maps

Kalau dilihat pada gambar Google Maps kat atas ni, boleh lah kamu-kamu nilai sendiri, jarak antara Dataran Putrajaya dengan Masjid Besi. Dan bayangkan juga rehearsal konsert final AF bakal diadakan sejak tengahari lagi. Fikirkan juga, speaker yang digunakan bukanlah macam speaker laptop kamu tu...

Ya, memang da banyak kali konsert diadakan di situ, da biasa dah kan? Tapi sampai bila? Bila lagi nak betulkan yang biasa dan biasakan yang betul? Bukan ke ada tempat lain yang boleh jadi alternatif?

P/S: Esok Hari Jumaat...


Saya Tak Reti Nak Letak Top Commentator Cloud Widget


Erk!

Ramai gak yang tanya dalam entri tadi, dan mintak tolong ajarkan macam mana nak letak widget Top Commentator Cloud tu dalam blog.

Ekceli, macam ni...

Installing Commentators Cloud

1. Login to your Blogger account.
2. Go to Design > Page Elements.
3. Click Add A Gadget.
4. In Add A Gadget window, select HTML/Javascript .
5. Enter the title of your widget e.g. Commentators Cloud.
6. Copy the code below and paste it inside the content box.
7. Click Save.

Code dia? Klik SINI. Dan baca yang selanjutnya kat situ jugak. Ehehehe... Cara nak exclude nama sendiri pun dia ada bagi kat part Customizing Commentators Cloud > Exclusions (code line 38)... :)

Try dulu eks~ Nak balik dah! Daa~~


Kenapa Komen Makin Sedikit?


Ada yang tanya saya...

Kenapa jumlah komen kat widget Blogger Rajin Komen kat bawah tu bagi blogger yang tertentu makin sedikit?

Uiks, jangan salah sangka. Saya tak delete komen-komen kamu yeee... Hehehe... Tapi, ada je yang delete komen dia sendiri kat sini, lepas komen. Untuk setiap entri pulak tu. Saya pun pelik, kenapa buat macam tu, tak paham, tak paham...=_= Tapi tu dulu lahhh... Sekarang takde dah yang buat tabiat pelik macam tu.

Ermmm, untuk jawab soklan kat atas pulak, sebenarnya widget Top commentator cloud ni amek dalam 2000 lebih komen yang terkini kat blog kita. So, bila makin ramai pembaca baru yang  setia datang komen, dan kamu pulak da jarang komen, lama-lama jumlah tu pun berkurang~ Haa... Faham? :)

Untuk widget Blogger Rajin Komen kat bawah, saya setkan 30 blogger terbanyak komen. Bantu trafik kamu sikit kat situ kalo ade yang sudi klik profile kamu dari situ~ :)

Terima kasih semua yang bagi feedback untuk entri!


Segmen Sakura?


Hahaha~

Memandai je budak ni! Boleh pulak dia buat segmen camtu!

Adehhh... Ni kalau ramai join ni, terus tutup poll kat tepi tu!

Ade yang nak join dia tak?

Haaa... Pi sana terjah, SANA, SANA!


Header Dia... Fuhhhhhh!


Ceritera Hati Si Gadis Biase!

Subhanallah... 

Sangat indah kata-kata kat header dia...

Jenguk sendiri kat SINI~

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
 [al-Hujurat: 13]

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka."
[an-Nisa': 34]


Puji Atau Kritiklah Entri Saya Ni


Klik header bukan abang Fahrin untuk join~

Gambar yang menceritakan segalanya

"Pon, pon!"

Bunyi hon bertalu-talu di belakang. Memaksa dia bergerak ke hadapan sedikit. Tapi tak banyak, hanya beberapa inci saje dari yang awal tadi. Kerana di hadapannya ada berderet-deret lagi kereta yang lain, turut tersekat dalam kesesakan trafik. Dipandang side mirror, berpuluh-puluh lagi kereta ada di belakang.

Semua mahu segera sampai ke destinasi, tapi tak semuanya sabar menunggu dalam kesibukan tu. Dalam kesesakan tu, ada macam-macam jenis pemandu, dengan kepala yang berbeza-beza. Tak mustahil akan ada yang tiba-tiba menukar gear, memutar stereng, dan cuba masuk antara ruang kosong yang tak sebesar mana, melanggar undang-undang di atas jalan raya, lalu mencetuskan kemarahan pemandu-pemandu lain.

Kadang-kadang kita tak boleh terlalu ikut kepala kita saje, sebab kita pun tak mampu nak ikut kepala pemandu lain. Sebab tu kereta kita ada break kaki, tak cukup dengan tu ada break tangan, untuk berhenti bila perlu; ada gear, ada clutch, ada pedal minyak, untuk kontrol laju kita kat jalan raya; ada cermin pandang belakang, cermin sisi, untuk kita refleks keadaan di sekeliling kita. Malah, untuk kita cermin diri kita sendiri!

Dalam dunia blog? Pemandu itu kita. Fikir-fikirkan...


Senyum Saja


Smile by ~BestDay on deviantART

Dia suruh senyum, tak perlu kata apa-apa...
So, kamu-kamu yang baca ni, sila senyum saje kat ruangan komen...
Sape cakap banyak, siaplah! :D


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.