BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, June 11, 2011

Ben Ashaari dan Mat Gebu Penjahat!


Tak sangka rupa-rupanya diorang ni penjahat! Mentang-mentang berjiran kat blog, dua-dua sekali jahat, ye! Selama ni baik je... Dah lama-lama kenal ni jadi orang jahat lak!

Ops! Sabar dulu... Cer baca kat bawah ni...

***

"Kau jangan nak lawan kami! Kau sekali aku baling jatuh tangga kau tahu?" Yang berisi cuba mengugut. Yang tegap tersengih.

"Kau tepi mat. Biar aku settlekan budak kecik ni," Sang gagah membuka langkah. Ady kecut. Dia mencari jalan keluar.

"Kenapa, kau takut ke budak?" Tegap cuba menumbuk Ady Budika malangnya Ady sempat mengelak. Lalu yang tegap tersungkur ke tangga. Yang seorang lagi cuba membantu. Tapi Ady lekas menendang lutut lelaki itu dan dia menjerit kesakitan.

"Apa ni Mat? Kena sikit je pun?"

Ady terus lari keluar dari tangga kecemasan. Dia melihat sekeliling.

"Ini kawasan rumah Sunah. Tak jauh rupanya." Dia berlari menyorok di kereta Mercedes Benz putih.

"Mat cepat, budak tu lari dah," Ben segera membangunkan kawannya. Tugas mereka belum selesai. Gosip Sunah masih belum dapat juga.

"Aku tak laratlah Ben. Kau kejar dia okey. Kang aku tunggu kat kereta je," Ben menjegilkan mata. Baca lagi kat SINI.

***
Aiyok, tak jadi nak hentam kan, kan, kan? :D Jangan marah nooo.... :p


Nak Cari Jodoh?


Baitul Muslim - gambar dari FB dia

Tadi Iffah ada sebut pasal website cari jodoh. Erk!

Kamu-kamu pernah dengar tak tentang ni?

Ouh, gelak eks~ Uiks, jangan tak percaya. Memang ada website yang buat khidmat mencari jodoh untuk kamu-kamu yang nak cari bakal suami atau isteri. Cumanya kena tengok juga, website tu boleh percaya atau tak. Bimbang nanti akan ada penyelewengan kuasa berlaku, eh bukan! Bimbang nanti berlaku kes-kes penipuan macam tuuu. Kamu bagi kriteria lain, depa cari yang lain. Tak pun, kamu bagi kriteria macam tu macam ni, sama dah dengan isi dalam borang calon tu, tapi bila jumpa, eiks! Lainnyaaaaaa~ Da kena tipu. Huhuhu...

Sebenarnya, ada je website-website yang boleh dipercayai kat Malaysia ni. Banyak je... Tapi saya nak promote satu je website ni, yang saya tahu dah banyak membantu pasangan untuk mendirikan baitul muslim. Dan saya sendiri pernah jumpa gak pasangan yang disatukan dengan bantuan mereka. Mereka yang di dalam gambar di atas, sudah punya dua orang anak... Alhamdulillah...

Website ni juga ada blog khas untuk berkongsi tentang baitul muslim. Kalo baca, boleh tambah ilmu tentang perkahwinan dari situ. Ummi Mona kata, baca blog ni, tak payah gi kursus kahwin pun takpe. Ahaks!  Guro saje tu, nak tunjuk betapa banyak ilmu kamu-kamu boleh dapat dari situ. Kursus kahwin tetap kene gi jugak! Hahaha~

Okeh... Sila-sila jenguk...

Website --> http://halaqah.net


Watak Tetap Eh, Ustazah!


Semalam nak update pasal ni.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa nama tu asyik ada dalam entri Eh, Ustazah! Nape bukan nama lain?

Erm, Eh, Ustazah! dari awalnya sebenarnya ada watak-watak tertentu yang menjadi peneraju utama. Tapi tak semua watak tetap ni keluar dalam setiap slot Eh, Ustazah! sekaligus. Kena tengok latar dan topik untuk minggu tu. Antara watak tetap Eh, Ustazah! ni macam kat bawah...

Ustazah
Err... Mestilah ada, dah dia yang jadi tajuk... Huhuhu...

Ni adik ustazah dalam slot Eh, Ustazah! Selalu ada kalau Eh, Ustazah amek latar kat rumah atau kat luar yang tak melibatkan latar sekolah.

Anak murid ustazah. Blogger yang empunya nama ni antara perintis Eh, Ustazah! Idea slot ni pun hasil dari panggilan ustazah dari dia ni. Terima kasih!

Baru muncul dalam beberapa slot Eh, Ustazah! Dia rakan kerja ustazah, mengajar kat sekolah yang sama.

Watak ni selalu ada kalau melibatkan makanan. Gerai dan restoran pun semua dia punya dalam slot Eh, Ustazah!

Macam depa je yang selalu diulang-ulang. Hehe... Yang lain-lain tu, saya amek je nama blogger yang rajin komen kat entri, sebagai tanda penghargaan. Macam yang semalam, ada nama Eyra, sebelum ni ada nama Azizi, Iffah, dan lain-lain. Tak marah kan kalo saya amek nama-nama kamu ni? Ke ade yang tak bagi? Hehehe... Ade gak yang berminat nak jadi pelakon, insya'Allah saya letak nama kamu. :)

Kalau ada yang tertinggal slot Eh, Ustazah!, boleh klik label Eh Ustazah kat bawah post tu, okie? Terima kasih sudi membaca~ :)

P/S: Seargant Keroro carik krew kat SINI~ Sape cepat, dia dapat!

Cinta Itu Menyakitkan!


Indahnya bercinta masa muda...

Indahnya bercinta sampai tua...

Indahnya bercinta...

Indahnya bercinta...

Indah ke bercinta???

Cinta itu sebenarnya menyakitkan! Sakit sangat bercinta! Percayalah~ Sebab macam-macam benda perlu dihadapi untuk mempertahankan cinta! Macam-macam dugaan yang datang semasa kita sedang bercinta! Malah yang sedang mencari cinta pun kadang-kadang gagal berjumpa cinta, hingga kadang-kadang terjatuh dalam perjalanan mencari cinta!

Benarkah cinta itu menyakitkan???

Kenapa orang mengatakan cinta itu indah? Dan kenapa pula ada lagu dan puisi yang mengindahkan cinta?

Cinta itu indah bila kita mengerti cara untuk mengindahkannya...

Bila sudah tahu cara mengindahkannya, kamu akan rasa manisnya cinta Allah!


Dia Bizi... Bizi, Bizi, Bizi!


busy by ~arseni on deviantART


Dia ni pun kata dia bizi.

Saya pun nak minta maaf jugak sebab malam ni tadi sangat bizi. Ingatkan nak up satu entri tadi tentang slot Eh, Ustazah! lepas entri Eh, Ustazah! : Sakit. Tapi macam tak sempat pulak. Takpelah, insya'Allah esok-esok saya up entri tu. :)

Nampaknya makin hari, semua orang semakin bizi. Saya sendiri pun tak pasti dapat ke tak nak update macam selalu. Insya'Allah kalau ada masa terluang tu saya update ye... Macam banyak je masa terluang yang dibuat-buat, selama ni pun kan? Sila mengaku! Hahaha~ Dalam kebizian tu, masih tetap nak buat semua kerja... Mungkin ada 'kerja' yang terpaksa dikorbankan... Hurmmm...

Takpelah, bukan ada yang rindu pun kan?

Okie, selamat malam semua...

P/S: Jangan lupa undi Pak Cik Mat kat SINI dengan Abang Ben kat SINI. Errr... Bawang Comel ni pun,  sibuk betul nak mintak undi jugak!!! UNDI lah yeee... Terima kasih~ ^_^


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.