BLOG ENCIK SUAMI

Friday, June 17, 2011

Eh, Ustazah! : Al-Qur'an




Hari tu ada gotong-royong kat sekolah ustazah. Beberapa orang anak murid tolong ustazah kat surau. Kemas ape yang patut. Rak-rak buku pun dah penuh dengan buku-buku sumbangan ibu bapa.

Nasri: Ustazah, al-Quran ni nak letak sini jugak ke? Dah bercampur-campur dah dengan buku-buku ni semua.

Ustazah: Ha, elok jugak kamu tanya. Ustazah ingat nak letak kat satu rak lain. Asingkan dari buku-buku ni.

Aimaa: Berdebunya al-Quran yang kat sebelah sini ni, ustazah...

Hakim: Takde orang baca ke ni?

Ustazah: Ha, tanya diri sendiri, datang baca al-Quran tak kat surau?

Hakim: Err... Hehehe. Kadang-kadang je baca kat sini, selalunya baca kat rumah.

Mas: Bagusnya, baca selalu... Ustazah, kalau jarang baca al-Quran, ape jadi?

Ustazah: Al-Quran ni, salah satu cara untuk menyucikan hati kita. Bayangkan kalau hati kita ni dibiarkan sepi tanpa membaca ayat al-Quran, mesti lama-lama jadi berkarat kan?


Mas: Erk, tak mo lah hati jadi berkarat! Huhuhu...

Ustazah: Jadi, kenalah amalkan baca al-Quran tiap-tiap hari. Jangan bagi hati tu mati.

Hakim: Aha, baca al-Quran boleh lembutkan hati, kan ustazah?

Ustazah: Yup, baca dan perdengarkan ayat al-Quran selalu insya'Allah boleh lembutkan hati yang keras macam batu. Orang yang sibuk membaca al-Quran ni ada ganjaran yang Allah akan bagi.


Nasri: Subhanallah, Allah saaaaaaaaaaaaaaaaaangat baik, kan ustazah?

Ustazah: Yup, lagipun Allah dah janji yang al-Quran ni akan jadi syafaat kat akhirat bagi orang-orang yang membacanya.

Hakim: Syafaat?

Ustazah
: Yup, syafaat ni adalah pertolongan daripada orang-orang yang Allah bagi keistimewaan, supaya kat akhirat kelak orang yang terpilih ni boleh melepaskan manusia daripada kesusahan.


Hakim: Subhanallah! Tapi mestilah seiring dengan perbuatan menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram tu, ye ustazah?

Ustazah: Ha'ah. Kalau hanya buat separuh-separuh, susah lah nak dapat.

Aimaa: Ape lagi kebaikan baca al-Quran ni ustazah? Nak tau banyak-banyak...

Mas: Betul, betul! Nanti lagi bersemangat nak baca al-Quran hari-hari!

Ustazah: Hehe... Ade banyak lagi kelebihan membaca al-Quran ni.



Aimaa: Subhanallah! Satu huruf punnnnn???

Ustazah: Ye, satu huruf punnnnn...

Aimaa: Baiknya Allah... Kalau macam ni pun still malas baca al-Quran, hurmmmm...

Ustazah: Kadang-kadang manusia bagi alasan sibuk.Kalau sibuk sangat pun, lepas Subuh tu still ade masa nak baca al-Quran kan? Satu lembar al-Quran pun takpe, lama-lama insya'Allah jadi banyak lembar...

Nasri: Dan tak semestinya lepas solat je kan ustazah? Bila-bila masa terluang pun boleh kan?

Ustazah: Yezzaaa, bila-bila jeee... Tiba-tiba takde idea nak update entri blog tu, gi baca al-Quran. Mana tau dapat ilham tiba-tiba Allah bagi kannnn... Ni nak baca al-Quran kat bustop pun segan.

Nasri: Erkkk! Betul jugak!

Mas: Ermmm, nak jugak dapat ganjaran ni semua! Lepas ni nak baca al-Quran selalu~~~

Aimaa: Insya'Allah lepas ni kita baca al-Quran selalu...

Ustazah: Baca dengan tadabbur sekali, elok jugak~

Hakim: Tadabbur?

Ustazah: Baca al-Quran, sekali dengan maknanya...

Semua anak murid ustazah sebut 'oooo'... Then, sambung kemas-kemas surau sambil terus berkongsi tentang al-Quran.


Kadang-kadang kita jadikan alasan sibuk hingga mengabaikan al-Quran. Sedangkan al-Quran itulah yang akan jadi saksi kita di akhirat kelak. Al-Quran yang akan membantu melebarkan kubur kita, menerangkannya, menjauhkan dari api neraka. Tapi semakin hari, kita seakan-akan semakin meminggirkannya...


Segmen di Bangku Kosong - Blog Islamik Pilihan Blogger



Klik header untuk join

Bro Hasrul ade buat segmen. Tadi baca kat blog MO. Bro Hasrul nak tengok blog Islamik yang jadi pilihan di hati blogger. Meh tengok blog Islamik yang jadi pilihan saya ek~

http://dirikudrcinta.blogspot.com

Suka blog dia sebab ilmu dan teguran disampaikan dengan sangat kreatif. Kisah-kisah tertentu dimuatkan dalam bentuk gambar yang comel-comel. Lain dari yang lain. Entri mana yang best tu banyak, tapi boleh cuba jenguk yang NI.

http://segalaceritera.com/atik/

Aretikz ni blog dia pun best jugak, selalu kaitkan dengan kehidupan di sekeliling kita. Kadang-kadang tu sangat telus, sampai kena batang hidung sendiri pun ade. Ni kalau sape-sape yang tak tersentuh hati lagi tu, tak tahulah... Huhuhu. 

http://angelwearsgucci.blogspot.com/

Blog ni saya pernah review dulu kat SINI. Suka gaya bahasa dia yang agak berbeza. Macam ahli falsafah pun ade. Hehehe.

Banyak lagi yang lain, tapi Bro Hasrul nak tiga je. Dulu saya suka jugak Langit Illahi masa adik Hilal yang jadi penulis individu, sekarang da jadi website da, kene login-login pulak. Huhuhu. Ade jugak blog Just Another Coffee, blog gabungan sepasang suami isteri, senior satu fakulti. Bahasa dia bersahaja, tu sebab suka. Dan banyak juga blog-blog baru yang saya tengok bakal ke arah blog Islamik yang berpotensi, insya'Allah.

Okie, selamat berblogwalking ye~ :)


Blog Menjadi Saksi di Sana!


http://cik-shiqah.blogspot.com


Jika mulut, tangan dan kaki akan menjadi saksi di akhirat kelak, maka blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari. 

Apa yang kalian tulis? Apa yang kalian gambarkan? Suatu hari nanti pasti akan dihitungkan. Blog memang tak bernyawa dan mempunyai suara tapi blog punya jiwa. Jiwa yang terhasil daripada penulis blog itu sendiri agar dapat diserap ke dalam minda pembaca yang membaca blognya. Sila baca sambungan di SINI.


Saya Tak Reti Nak Edit Notification Group Facebook


Tutorial lagi! Kali ni timbul idea lepas kakakecik mintak upkan entri. Ok gak kan~ Hehehe...

Pening dengan notification yang mencanak-canak kat Facebook? Kalau kamu-kamu join banyak group di Facebook, tak mustahil notification kamu tak putus-putus. Sampai nak menaip komen pun takleh dah (sebab tak nampak nak taip ape, terlindung di sebalik notification tu!) Sampai ade yang leave group sebab nak kurangkan notification (saya la tuuu...lepas tu baru tau boleh edit notification! Aiyak! Lepas ni join balik!)

Ok, mula-mula sekali gi kat group kamu. Contohnya saya amek kat group Kami Blogger Utagha niii.. Lepas tu gi kat Edit Settings macam kat dalam gambar kat bawah.

Edit Settings

Lepas tu dekat option Notify me when, boleh pilih sama ada nak ada notification bila ahli group ada post atau komen, ahli group post saje, kawan saje yang post atau nak post yang kamu subscribe saje~~~ Kalau nak edit email setting lak, takmo email leh untick kotak email setting kat bawah tu pulak.

Edit notification setting kat sini

Lepas dah buat, Save settings. Dahhh... Sah sunyi sepi lepas tu! Melainkan kalau kamu sendiri yang post atau post-post yang kamu subscribe, yang tu kamu akan dapat notification. :)

Jadi, boleh kurangkan pening kepala yeee... Ce try!

Thanks Iffah yang gitau benda ni~


Penat Baca Komik



Sape sampai hati nak amek komik tu?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.