BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, June 18, 2011

Tidak Sehelai Daun Pun Yang Gugur...


Tafsir surah al-An'aam ayat ke 59, klik SINI untuk download wallpaper

Semuanya dalam tangan Dia...
Setiap apa yang berlaku dalam pengetahuan Dia...
Segala yang di langit dan di bumi adalah milik Dia...
Kita yang dimiliki olehNya hanya peminjam sementara...
Sampai masa, kita akan kembali kepadaNya jua...

Rujuk SINI untuk kisah daun yang gugur...


Danbo dan Daun Yang Gugur...



Segmen pantas. Maaf untuk yang tak sempat join, disebabkan bilangan yang join tak berapa ramai sangat, so bolehlah saya review semua sekali penyertaan ni... Klik nama mereka untuk baca, pendek je, lebih kurang 100 patah perkataan, tak amek masa banyak... :)

"Si Danbo sebenarya berasa hairan dari mana datangnya daun kering itu.Memandangkan Danbo ini seperti manusia,dia makan,dia minum,tidur dan sebagainya,jadi dia pun ada perasaan ingin tahu seperti manusia.Jika kita sedar,kita sendiri pun kadang-kadang tercari-cari..." --> al_Hakim

"Danbo terus melihat daun itu. Dia tercari-cari pokok itu. Matanya meliar. Akhirnya dia terjumpa sepohon pokok tinggi melangit. Dia terlihat titisan air dari atas. Danbo tertanya-tanya apakah air yang menitik di atas kepalanya itu. Danbo segera berfikir..." --> Iffah Afeefah

"Somewhere i belong, adakah diriku tidak diperlukan lagi selepas ini, apa yang perlu diriku lakukan. Sama seperti kitaran hidup manusia , di mana bila usia meningkat menjadi warga emas. Kadang kala kita..." --> Atiqah Sa'ahiry

"Bila nampak daun tu, tiba-tiba keluar kat fikiran dia 'Somewhere I belong'...saat itu terlintas difikiran Danbo bahawa dia sepatutnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara dibumi yang fana ini. walaupun ketika Danbo menahan teksi dan bas tiada siapa pun yang perasan tapi Danbo tetap bersyukur kerana..." --> Cik Sue

"Bila tengok daun tu, Danbo mula terfikir. Dari mana datangnya daun ni?Danbo memandang ke atas. Dari atas? Sama seperti air hujan yang turun tadi. Sumenya dari atas. Siapa yang turunkan air hujan ni? Daun ni juga. Siapa? Angin. ya angin. Angin yang..." --> Cik Pulau

"dia terfikir pasal KELUARGA dia...sebab dia kesunyian..hidup keseorangan..cuba kita fikir kalau kita hidup sorang2 macam si Danbo mesti hidup kita bosan dan kan..jadi moral yang aku dapat dari segmen ni..." --> Salim Harmanain

Penyertaan terakhir ni sangat menarik!

"Danbo renung lama dekat daun kering tu.. Ntah apa yang difikirkan tue.. tiba-tiba daun kering tu terbang melayang diterbangkan angin meninggalkan danbo keseorangan si situ.. Danbo mahu saja terbang sekali bersama daun kering yang sudah xbermaya itu. Baginya tiada guna dia hidup di bumi Allah swt ini sekiranya hidupnya tiada jalan yang ingin dituju..." --> K O R I E

Ops, itu bukan yang terakhir!


"Daun itu warnanya hijau ketika muda,
Tapi lama kelamaan,
Daun yang hijau bertukar menjadi kuning
Akhirnya coklat
Dan gugur menyembah bumi.

Aku juga begitu,
Dulunya aku kecil masih bayi,..." --> Muslimah Optimis

Gi jenguk dulu, tak rugi kamu-kamu baca, dapat santapan rohani lagi! :)


Danbo: Somewhere I Belong...


Pada suatu hari di hujung minggu...


Danbo bangun pagi macam biasa...


Seperti biasa, Danbo buang air lepas bangun dari tido...


Lepas buang air, Danbo breakfast kejap... Makan Chipsmore jee...


Siap breakfast, Danbo keluar rumah...


Danbo nak tahan bas ngan teksi, tapi ntah nape semua pun buat-buat tak nampak Danbo...


So Danbo fikir, better dia jalan kaki saje...


Dalam perjalanan, hujan turun... Kesian Danbo... Dia teruskan jugak langkah kaki...


Tiba-tiba je masa kaki terus melangkah tu, ada daun kering gugur tepi Danbo...


Bila nampak daun tu, tiba-tiba keluar kat fikiran dia 'Somewhere I belong'...

Kenapa tiba-tiba keluar macam tu kat kepala kotak Danbo? Ape yang Danbo fikirkan bila nampak daun tu sebenarnya? Ada idea? Kalau ada...

1. Buat entri, letak tajuk "Sunah Sakura, Danbo dan Daun..."
2. Letak header SSS.com yang ni, dan linkkan ke entri ni...

Header lama yang dirindui

3. Amek gambar Danbo dengan daun yang gugur tu, letak dalam entri.
4. Buat ulasan kamu tak lebih dari 100 patah perkataan.
5. Dah siap, paste url kat ruangan komen ni yeee.

Simple je, nak tau ape yang kamu-kamu fikirkan, adakah sama macam Danbo jugak? Dua ulasan yang paling menarik, akan saya review... ;)

Tutup, jam 10 malam ni jugak... Segmen cepat la ni.

Sumber gambar: Google


Boikot ASTRO ?



Sebenarnya, pagi tadi dah baca dekat satu blog ni, blogger Nazzue ade buat entri tentang boikot ASTRO, boleh baca SINI. Mungkin leh disenaraikan sekali nanti.

Rumah saya kat Kepulauan Borneo beberapa bulan lepas da tak tengok Astro dah, nak sambung balik pun malas, tiba-tiba ada berita bil nak naik... Hurmmm...

Nak join boikot? Klik banner...

P/S: Lepas ni Youtube jee...



Saya Student UIA?


Dah ramai jugak yang tanya benda ni.

"Salam kak sunah, nak tanye..amik master kat uia ke skrg?"

"Student UIA ek, saya ada kawan kat sana... :)"

"Study kat UIA ke? Kenal tak XXX...?"

Nape eks? Saya macam student UIA ke? Erk!

Saya rasa ni mesti sebab anak murid UIA yang sorang tu. Dulu, feed dia kat blog ni saya namakan sebagai 'Anak Murid Universiti Islam Antarabangsa', sebab dia letak kat blog dia, feed saya sebagai 'Sifu UTM Skudai'... Tapi, sebenarnya itu tak menunjukkan saya seorang lecturer di UIA dan dia seorang student di UTM Skudai. Penamaan tu hanya menunjukkan kampus pemilik feed tu. Hehehe... Tapi saya da tukar nama feed tu, bagi mengelakkan lebih banyak kekeliruan.


Kalo ade yang rajin jenguk profile saya tu, diorang akan nampak, saya bukan student UIA, saya student UTM JB. Dan...saya seorang perempuan. Hehehe...

Satu Dalam Berjuta


Mellow Meadow by =Oer-Wout on deviantART

Wahai wanita
Jadikan dirimu
Yang terindah
Antara yang terindah

Santun akhlakmu biar terjaga
Tutur bicaramu biar terpelihara
Aurat mahkotamu biar tersimpan rapi
Peribadi dirimu biar terhias iman

Walaupun mungkin
Kau akan jadi yang terasing
Berbeza dan tidak sama
Namun dirimu bernilai
Sebutir mutiara indah
Satu dalam berjuta


Nak Berblog Jugak!



Dengan pandangan mata yang tajam (macam mengantok ajeeee), Cici jeles sebab tak dibenarkan menaip komen untuk blog Fasihah.com


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.