Adakah mampu kaki melangkah keluar dari gelap gelita yang suram? Yang hitam kelam itu terlalu besar! Besar hingga rasa seakan-akan ditelan jauh dalam kegelapan! Suara hati menjerit-jerit, ingin keluar dari sini!
Tetapi kenapa kaki seakan-akan tidak dapat diangkat pergi? Takutkah? Ke mana perginya keyakinan? Keberanian? Kemahuan??? Adakah dibiarkan pergi bersama angin dingin yang membuai hanya seketika?
Tidakkkkkkkkkk! Benci menggunung pada perasaan yang bermain-main! Ke tepi segala bayangan! Biar kaki ini melangkah... Keluar dari kegelapan yang hitam pekat! Berhentilah membantutkan! Usah jadi penghalang!!!
"Arghhhhhhhhhh! Nape benda ni jadi kat aku? Nape bukan orang lain???"
"Aku dah tak mampu lagi!!!"
"Sampai bila harus aku bertahan macam ni???"
Mengeluh lagi.
Kita sering mengeluh bila ditimpa sesuatu.
Sering kali kita hampir berputus asa bila perkara yang kita rancang tak menjadi. Elok-elok dah plan dari awal semua benda, kita tengok pun macam smooth ajeee, tiba-tiba last minit semuanya bertukar! Kalau bertukar ubah sikit takpe, ubah banyak sikit lak, errr...masih bersabar jugak, tapi kalo tak menjadi terus? Sampai mengamok dan mula mencarut yang macam-macam.
Kadang-kadang tanpa sedar, kita sebenarnya salahkan Allah atas apa yang berlaku. Bila kita tak redha dengan ketentuanNya, jadilah perkara macam ni, menyalahkan qada' dan qadar Allah. Sedangkan sebenarnya di sebalik setiap perkara yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi. Bukankah Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya?
Sebab itu jugak, jangan mengharapkan sesuatu dengan begitu tinggi melebihi pengharapan kita kepada Allah s.w.t. Percayalah, bila kita meletakkan redha kita pada Allah di tingkat paling tinggi, kita tak akan kecewa!
Saya: Minat jugak Dragon Ball, tapi ni Goku lain...
XXX: Goku mana pulak? Ada Goku lain?
Saya: Pernah tengok anime Saiyuki?
XXX: Tak pernah dengar pun...
Okehhh, ni saya nak kenalkan. Bagi yang lahir kemudian-kemudian tu, memang takkan familiar dengan anime Gensomaden Saiyuki ni. Sebab anime ni dah lama, masa saya form 4 form 5 dulu; time tu lah zaman kegemilangan anime ni, satu kelas minat anime ni dan saling bertukar-tukar poster dia untuk dimasukkan dalam koleksi clear holder.
Ini mereka berempat...
Anime ni mengisahkan sorang rahib, Genjyo Sanzo yang kerja dia memburu demon. Dan dia pulak diiringi oleh 3 orang yang ade demonic powers, masing-masing ade satu benda yang mengawal kuasa demon diorang bila diorang bertukar jadi demon tu. Macam Goku, headband dia tu kawal kuasa demon dia... Dalam perjalanan diorang ni, macam-macam benda berlaku, bukan diorang je buru demon, malah demons pun buru diorang gak. Sume nak bunuh Sanzo. Erk! Malas nak cite lebih, cari la kat Youtube. Leh gak baca kat SINI.
Ni lah Goku dalam Saiyuki. Suke dia sebab dia comel. Hehehe...
Height: 162 cm
Weight: 51 kg
Age: 18
Birthdate: April 5
Zodiac: Aries
Blood type: O
Voice actor: HOSHI Souichirou
Goku dalam versi demon, rambut jadi panjang, telinga jadi panjang gak... Erk!
Okie lah, tu saje sejarah ID yahoo saya... Sekian terima kasih~ :)
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat...
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar...
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi...
Kadang-kadang kita tercari-cari,
Ke mana hilangnya pelangi...
Hadirnya hanya seketika,
Selepas bumi disimbah hujan...
Rupa-rupanya,
Allah nak cerahkan semula...
Dengan cahaya mentari...
Setiap yang terjadi
Dalam detik waktu yang terus berlalu
Ada hikmah yang tersembunyi..."
The WWWOW.MY AWARDS (the "Contest") commences at 12.01 a.m. on 21 April, 2011 and runs until 11.59 p.m. on 20 June, 2011 or any other duration specified by DiGi ("Contest Period").
Hari ni hari last untuk kamu-kamu mengundi sahabat blogger yang join Digiwowww tuuu. So, ape lagi... Sape-sape yang tak undi lagi untuk hari ni, sila-silalah mengundi yeee...
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.