BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, June 21, 2011

NO LAPTOP!


I need rest by ~pinkpanda19 on deviantART

Malam ni lepas je entri ni dipublish, adalah sesi tanpa laptop.

Sebab osmet dah bebel bila saya balik-balik tadi mengadu sakit kepala.

"Ngadap laptop je ke hari ni kat lab tadi?"

"Ha'ah..."

"Lepas tu, balik pun ngadap laptop?"

"Errr..."

Fulamak, tak tau pulak ayat dia leh jadi power cam tuuuu! Tambah lagi sikit...

"Pernah check mata?"

"Errr...pernah sekali. Silau tinggi."

"Haaa..."

Errr... Baeklah... Demi osmet, eh salah, demi kesihatan diri, maka malam ni saya terpaksa menyepi. Maaf ye semua... Sesi menjejak semula akan dilakukan esok. Jangan rindu.


Rasaku Yang Terpendam...


Puisi Dalam Cinta Ini

Terima kasih Penulis Senja untuk entri NI.
Sangat terharu sampai rasa nak nanges-nanges sudah! T_T

 Khas untuk PS...

dalam remang senja yang kian berlabuh
ada satu rasa yang terpendam
rasa yang terbit dari perdu jiwa
yang selama ini dibiarkan sepi...

dalam cahaya mentari yang kian samar
rasa itu aku gumpalkan
aku lipatkan dalam hamparan angin
agar dibawa pergi kepadamu...

"wahai penulis di waktu senja
aku ingin kau terus menukilkan kisah
usah biarkan jemarimu terhenti
biarkan penamu terus berlagu
kerana aku adalah pencinta
yang selalu merindui bait-bait indah darimu..."

di sebalik gumpalan angin
yang terus bertiup lembut
itulah rasaku
yang selama ini terpendam


Update Setiap Jam...


Ada satu mesej yang ditinggalkan di shoutmix oleh 'hoho'... Erk!


Selang berapa jam. Itu bukan saya. Hehehe... Itu Iffah Afeefah, itu abang Ben Ashaari. Saya tak mampu nak update selang berapa jam macam yang dimaksudkan oleh 'hoho' tu. Kalau saya ada idea yang sangat banyak, memang kalo boleh nak keluarkan entri setiap jam macam diorang tu. Tapi idea saya tak banyak pulak. Dan saya jugak agak bizi untuk minggu ni. Huhuhu...

Untuk 'hoho', try la jenguk blog diorang tuuu... Tu baru update setiap jam. Tapi diorang bizi pulak akhir-akhir ni, jadi update diorang tak berapa nak setiap jam dah. Ramai lagi yang lain yang update tiap jam macam sis Niena dan Penulis Senja. Rajin diorang ni!

Bilalah saya boleh jadi blogger tegar cam diorang... Huhuhu.


Air Versus Api


if water was fire by ~tedian on deviantART

Apa jadi kalau air lawan dengan api? Cer jenguk SINI untuk tengok kesannya...


Best Ke Buat Blog Ni?


Ada seorang sahabat bukan blogger, tanya saya kat inbox FB.

Best ke buat blog ni?

Siyesly, saya tak tau nak jawab macam mana, yang boleh saya buat adalah bagi dia link untuk dibaca. SINI dan SINI. Lepas baca, dia kata... "biasa je... blog nie lebih kepada sharing ilmu ngan kawan2 kn.. berkongsi segala mcm ilmu.. tu je kn... ke ad lg..."

Saya post status kat Facebook... Bila ditanya kepada para bloggers, best ke buat blog ni, ade yang kata best, ada yang kata tak best. Tapi jawapan-jawapan yang awal mengatakan tak best. Yang kemudian-kemudian baru kata best. Tak best sebab ada Anonymous, tak best sebab takde idea nak update entri. Best pulak sebab boleh berkongsi dan nasihat-menasihati. Best bila idea ada, tak best bila idea hilang entah ke mana. Best sebab blog adalah antara medium capaian maklumat terpantas selain berita dan newspaper online.

Bila tak best tu, saya rasa pelik jugak. Kenapa teruskan berblog walaupun tak best? Bukan ke menyeksa jiwa tu? Kan better delete je blog tu. Erk!

Then ada yang bagi jawapan, kerana kepuasan. Rasa puas dapat menulis di blog walaupun nyatanya berblog itu tak best. Hurmmm... Kenapa saya berusaha untuk update hari-hari? Saja buat-buat rajin? Bukan. Saya update walaupun kadang-kadang hanya satu atau dua entri sehari sebab rasa tanggungjawab terhadap blog saya. Sebab komitmen pada blog, maka saya usaha untuk update melainkan saya nak cuti berblog untuk beberapa hari. Bila tak update, rasa lain aje. Cuba la tanya Pak Cik Mat ke abang Ben ke... Kenapa nak update jugak walaupun banyak sangat kot Anonymous serang diorang? Hurmmm...

Yang pasti, tentunya berblog itu lebih banyak best daripada tak best... Sebab apa?

Sebab sampai sekarang kamu masih lagi berblog.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.