Cantik itu subjektif.
Ape yang cantik bagi kamu? Cantik pada mata yang hitam menggoda? Pada hidung yang mancung? Pada bibir yang merah merekah? Pada rambut yang mencacak? Pada pakaian yang dipakai? Pada lenggok kaki yang berjalan? Pada, pada, pada...dan banyak lagi pada yang fizikal-fizikal.
Kadang-kadang, cantik di mata kita tu pada budi bahasa, pada kata-kata yang dituturkan, pada akhlak yang menghias, pada ketegasan yang terpamer, pada, pada, pada...dan banyak lagi pada yang dalam-dalaman. Erk! Ayat tak bape nak cantikkkkkkk, tak kisah! Maksud sampai!
Di luar sana bukan sedikit yang rasa diri kurang sempurna, rasa diri kurang menarik, kurang menjadi perhatian, rasa diri tidak menawan. Kerana kurang cantik dari dia dan dia, kurang kacak dari dia dan dia... Rasa semuanya kurang!!!
Sedangkan.....semuanya sudah cukup indah!
Ya, Allah jadikan semua orang indah-indah! Kerana Dia Yang Maha Indah, suka pada yang indah-indah, dan indah yang bagaimana bagi setiap insan adalah berbeza, maka bersyukurlah! Usah dirisaukan pada cantik rupa dan kacak muka, tapi tingkatkan iman dalam diri! Itu yang lebih utama dari semuanya! Mungkin ada yang akan kata..."laaa, yang tu memang lahhhh...nanti-nanti pun bolehhhhh...", tapi Allah tak tunggu masa untuk tarik balik nikmat yang Dia dah bagi! Cantik? Sampai masanya akan hilang...
P/S: Sudah ramai yang bertanya tentang dia, hanya mampu tersenyum dan berkata dalam hati, dia adalah seseorang.
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~