BLOG ENCIK SUAMI

Friday, June 24, 2011

Maya dan Realiti


Berblog menyebabkan saya jumpa begitu banyak kawan di alam maya.

Entah kenapa yang di alam maya ni walaupun belum jumpa, rasa sangat dekat di hati. Mungkin sebab sentiasa berinteraksi dengan mereka setiap hari, baca entri-entri kisah hidup masing-masing dan selalu bertukar-tukar pandangan. Tambah lagi bila ada group-group blogger, semakin banyak interaksi dengan rakan-rakan maya.

Kerana kenal mereka dalam blog dan selalu berinteraksi dengan mereka, menyebabkan mana-mana blogger yang add saya di Facebook lebih mudah saya approve berbanding orang yang menggunakan gambar kartun dengan nama yang tidak pernah saya kenal walaupun ada mutual friends sampai beratus-ratus.

Namun, tidak dilupakan sahabat-sahabat di dunia realiti yang kenal rapat dengan diri ni, warga Irdina terutamanya... Ada di antara mereka juga adalah blogger, maka dunia realiti dah bercampur dengan dunia maya eh? Dannnn...ada juga rakan blogger di dunia maya telah saya jumpa di dunia realiti... Ni nak sebut ape pulak? Hehehehe...

Pak Cik Mat kata, sebut dua-dua. Sahabat maya realiti. Erk!


BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ?


Klik imej untuk join, tapi da nak tutup da...

Ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar , membantu kedua ibubapa dan berblog..

Cane eks? Actually ada jadual yang da dibuat antara study dan blogging, tapi tak berapa nak patuh. Kadang-kadang waktu pagi weekdays, study ikot time keje... Bila bosan dan penat baca paper, blogwalking sat... Tengahari boleh jugak up 1-2 entri sebab waktu rehat kunun... Then sambung study lagi belah petang... Dah nak ujung-ujung waktu pejabat tu selalunya bosan lagi dan lagi, maka berblog lagi dan lagi. Kalau kat rumah dengan family lak, berblog waktu free lah... Tengahari selalunya tak free sebab nak masak untuk family. Kadang-kadang berblog sampai lewat malam jugak - haaa, part ni mak bebel... Hehehe... Sampai sekarang pun dia tau anak dia ni berjaga malam sebab ngadap laptop.

Camana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?

Mak dan bapak kenal kawan-kawan blogger yang rapat amat dengan saya - Pak Cik Mat dan abang Ady contohnya. Mak suka bila dengar anak dia gi umah Pak Cik Mat, siap nak suh mintak resepi pulaksss~ Di sini 'keberbaloian' itu ada pada erti persahabatan dalam dunia blog... Selain tu, kalo ade update ape-ape yang berkaitan ngan family ke, resepi yang adik-adik suka kat blog lagi satu ke, memang tag adik-adik suh tunjuk kat mak ngan bapak... Kadang-kadang kalo kol rumah pun, mesti ade sikit cite sal blog dibukak... Hahaha~

Ok, ok... Tu saje... Kantoi sudah tak ikot jadual... :p


Eh, Ustazah! : Sahabat


Entah kenapa hari ni ustazah macam termenung-menung di dalam pejabat. Sampai Ustaz Fakhrul tegur pun ustazah tak dengar. Last-last anak murid ustazah yang sorang tu jugaklah yang tiba-tiba masuk pejabat masa rehat yang buat ustazah terhenti dari lamunan yang panjang.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Eh, Nasri! Wa'alaikumussalam... Efa pun ade?

Efa: Ha'ah, Cikgu Azlini suh antar laporan makmal ni tadi.

Ustazah: Ooo... Dah makan belum ni? Meh makan sekali, tadi sempat beli roti jala kat gerai Pak Cik Mat.

Nasri: Pucuk dicita, ulam mendatang, ustazah! Ni buat kami suka datang pejabat waktu-waktu rehat ni. Hehehe...

Efa: Hamboiii, tak bertapis!

Ustazah: Takpe, ustazah pun suka makan dengan murid-murid ustazah. Meh duduk sini makan.

Efa: Orait. Ustazah, teringat kat sape tu tadiiii? Jauh je menung! Hehehe...

Ustazah: Eh, perasan pulak kamu ustazah termenung ye~

Nasri: Macam mana tak perasan, ustazah. Bila Ustaz Fakhrul panggil pun tak dengar, kami yang dengar. Haha~

Ustazah: Owhhh, ade ke Ustaz Fakhrul panggil tadi? Ustazah teringat kawan-kawan lama dulu...

Efa: Waaaa, mengimbau kenangan silam la ni ye?

Ustazah: Hehe... Rindu kat sahabat-sahabat, teman masa susah dan senang time belajar dulu. Macam-macam kenangan yang datang.

Nasri: Ooo... sahabat dalam susah senang sukar dicari kan ustazah?

Ustazah: Yup, kita boleh berkawan dengan semua orang, tapi sahabat yang sama-sama rasa kesukaran dan kepahitan kita dalam menjalani kehidupan ni, macam mencari berlian antara kaca-kaca.


Efa: Alhamdulillah saya ada beberapa orang sahabat yang macam tu...

Ustazah: Alhamdulillah... Lebih indah lagi sekiranya sahabat kita tu adalah sahabat yang mengajak kita ke arah kebaikan dan menjauhi perkara-perkara yang Allah murka.

Nasri: Macam mana nak tahu sahabat tu jenis yang macam tu, ustazah?

Ustazah: Tak semua sahabat yang dicari boleh membawa kita lebih dekat kepada Allah...


Efa: Tentu sukar nak cari sahabat yang macam tu kan, ustazah?

Ustazah: Sebenarnya di sekeliling kita sudah ramai calon yang boleh kita jadikan sahabat. Tinggal kita sahaja yang mahu mengorak langkah untuk memulakan persahabatan.


Nasri: Apa akan jadi kalau kita tersalah dalam memilih sahabat, ustazah?

Ustazah: Kalau tersilap pilih, dapat kawan yang tak baik, samalah macam kita dapat bau busuk dari tukang besi walaupun kita tak terlibat langsung dengan kerja-kerja mengimpal besi tu...


Efa: Huhuhu... Takmo la macam tu. Nak dapat minyak wangi jeee...

Ustazah: Sebenarnya yang ni pun berbalik kepada diri kita sendiri, kalau kita nak dapat kawan yang baik, kita pun kena lah jadi kawan yang baik kepada orang lain..


Ustazah: Kat sini, kita leh nampak, kita dianjurkan untuk bersahabat dengan semua orang... Jadi kawan yang baik kepada kawan kita. Mana yang baik dari kawan kita, kita amek...

Nasri: Mana yang tak baik, kita jangan amik, kan ustazah?

Efa: Aha... Bila diorang buat salah, kita patut tegur kan ustazah? Bukan buat dek je kan?

Ustazah: Yup... Jangan nanti kat akhirat, Allah tanya kamu... Kenapa biarkan kawan kamu macam ni dan macam tu tanpa sedikit usaha pun untuk membetulkan dia!


Nasri: Kita kena usaha juga menegur walaupun nanti tak pasti dia akan terima teguran kita... Kita da laksanakan tanggungjawab kita, tinggal dia je lagi betulkan diri dia, kan?

Ustazah: Alhamdulillah... Pandai murid-murid ustazah ni. Lepas ni jadilah kawan yang baik kepada kawan-kawan kamu.

Efa: Insya'Allah, ustazah...

Nasri: Insya'Allah... Eh, ustazah! Da habis waktu rehat dah ni... Kami gerak balik kelas dulu ye...

Ustazah: Ok, ok... Terima kasih temankan ustazah makan...

Efa: No problem, ustazah! Nanti nak cari kawan untuk makan, panggil je kami! Hehehe... Terima kasih ye ustazah! Assalamualaikum...

Ustazah: Wa'alaikumussalam...

Nasri dan Efa beredar ke kelas masing-masing.


Dalam persahabatan, kita akan berjumpa dengan ramai orang. Ada yang membahagiakan, ada yang mampu menjahanamkan. Pilihlah sahabat yang boleh mengingatkan kita kepada Pencipta, yang akan menyelamatkan kita daripada azab nerakaNya. Sahabat, maafkan diri ini kerana kadang-kadang diri terlupa sehingga ada perkara yang terlepas pandang dari teguran...


Funny Friday #1


Is it?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.