BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, June 30, 2011

Nantikan Malam Ini...



Apakah ini???


Kerana Kau Sahabat...


aku dan sahabat by ~IndraNte on deviantART

Waktu tidak mungkin boleh diputar semula.

Sebab itu Imam al-Ghazali mengatakan, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. Kerana biar paling dekat hingga sesaat yang lepas pun, kita tidak mungkin dapat mengulanginya kembali. Apa yang boleh kita buat adalah melihat ke hadapan sambil mengambil sedikit cebisan masa lalu itu sebagai panduan untuk terus melangkah.

Terkadang kita terimbau masa lalu yang begitu manis dengan sahabat-sahabat kita. Senyum tawa bersama mereka, setiap detik yang kita lalui bersama mereka, begitu mengusik perasaan kita tatkala kita bersendirian. Tetapi dalam persahabatan juga ada pahitnya, bila sahabat-sahabat kita sudah tidak sehaluan dengan kita, mungkin ada sesuatu yang berlaku sepanjang laluan itu, menjadikan mereka menjauh dari kita.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah telah menyusun segalanya dengan begitu indah untuk kita dan sahabat-sahabat kita. Kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenal-kenalan dan berkongsi segala suka-duka dengan mereka [49:13]. Allah juga mentakdirkan sesuatu berlaku hingga hubungan persahabatan yang terjalin itu diuji dengan sebegitu hebat olehNya, yang kadang-kadang begitu meruntunkan jiwa kita.

Allah tidak membebankan seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dia hadapi [2:286]. Allah Maha Mengetahui bahawa kita mampu menghadapi ujian yang diberikan olehNya kepada kita. Ujian yang diberikan itu kadang-kadang mahu menguji kebijaksanaan kita dalam bersahabat. Antara mereka yang begitu disukai oleh Allah adalah yang saling memaafkan apabila berlakunya persengketaan dalam persahabatan. Yang sentiasa memelihara hubungan silaturrahim dan menjaga ukhuwah. Siapa antara kita yang tidak mahu disukai oleh Allah?

Apabila kita rasa begitu kecewa dengan sahabat, rasa diri kita begitu tinggi hingga tidak mahu menghulurkan atau meminta kemaafan, ingatlah ada yang lebih tinggi daripada kita. Kita ini hanya hamba yang sangat kerdil dalam pandangan Allah, dan kita akan dipandang tinggi oleh Allah bila kita meletakkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan sahabat untuk memulakan kata maaf.

Mahukah kita menyimpan lafaz itu sehingga kita tidak punya peluang lagi untuk meluahkannya? Kerana kita tidak tahu bila masanya kita dan sahabat kita akan kembali kepada Pemilik Hati...


Ade Ke Yang Rindu Kat Kite?



Dah lama kite tak masuk sini... Macam takde je yang rindu kat kite... :(


Wahai Pemilik Tulang Rusukku...


A Love for the Arts by ~Delacorr on deviantART

Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu
Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu
Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu
Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku
Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku...

-Sunah Sakura-
30 Jun 2011

Wahai para gadis yang resah menunggu, la tahzan kerana jodoh...
Insya'Allah Dia akan mempertemukan kamu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya...
Dalam waktu itu, teruskan mencari dan menjadi yang terbaik buatnya...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.