BLOG ENCIK SUAMI

Friday, July 1, 2011

Eh, Ustazah! : Tuduhan Palsu I


Hari ni ustazah masuk kelas macam biasa untuk mengajar murid-murid. Selepas berbalas salam, ustazah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ustazah: Hari ni kita akan belajar sirah ye murid-murid.

Wan: Wahhhhhh, hari ni pasal ape lak, ustazah? Ade tak pasal Aisyah lagi?

Niena: Hamboiiii, pasal Aisyah aje Wan ni, ye ustazah...

Wan: Huk aloh... Jeles ke? Aisyah kan muda dan bijak, mesti la suka kalau ustazah cerita. Daripada aku suka kat XXX tuuu...

Ustazah: Hurm???

Wan: Opssss! Errr...

Ustazah: Okehhh, dah, dah! Kang melalut makin jauh pulak. Memang hari ni ustazah nak cerita tentang Aisyah lagi. Tentang satu hadith yang dipanggil Hadith al-Ifki.

Risa: Al-Ifki? Hadith ape tu, ustazah? Tak pernah dengar punnnn...

Ustazah: Haaa... Sebab tu la ustazah nak kongsikan. Dulu Rasulullah pernah ajak Aisyah gi berperang lepas buat undi antara isteri-isteri baginda.

Zul: Gi berperang ustazah??? Dahsyat woooo Aisyah, malu saya, tak pernah gi perang. Perang ape tu, ustazah?

Ustazah: Perang dengan Bani Mushtaliq dalam bulan Sya'aban pada tahun 5 H. Rasulullah dan tentera Islam menang dalam peperangan ni.

Wan: Alhamdulillah... Lepas tu ape yang berlaku, ustazah?

Ustazah: Lepas berperang ni, tentera Islam pun berangkat pulang ke Madinah, mereka berhenti rehat sebentar. Masa berehat ni Aisyah gi menunaikan hajat kat tempat yang terselindung daripada pandangan tentera Islam.

Niena: Aha! Masa ni lepas Aisyah da selesai, dia kembali ke tempat tentera Islam berkumpul, tapi dia sedar rantai dia hilang, kan ustazah?

Ustazah: Yup, betul tu! Jadi Aisyah pun kembali ke tempat tadi untuk cari rantai dia yang hilang, kot-kot tercicir kat situ. Masa dia tengah cari rantai tu, tentera Islam diarahkan untuk meneruskan perjalanan. So, diorang pun gerak lah termasuk yang bawak Haudaj Aisyah.

Risa: Haudaj tu macam tandu eks? Eh, diorang tak perasan ke Aisyah takde???

Ustazah: Kerana badan Aisyah yang kecil dan beratnya yang ringan, pembawa Haudaj Aisyah menganggap Aisyah ada kat dalam Haudaj. Jadi diorang pun teruskan perjalanan tanpa menyedari Aisyah takde.

Wan: Kesiannya Aisyahhhhhhhhhhhhhhh!

Zul: Jadi, macam mana dengan Aisyah, ustazah? Takkan takde yang sedar-sedar?

Ustazah: Masa Aisyah kembali ke tempat tentera berkumpul, dia tengok semuanya da takde. Dia tunggu je kat tempat tu sambil berharap ade yang sedar dan datang balik amek dia.

Zul: Ade ke yang datang balik???

Ustazah: Masa ni, Sofwan bin al-Mu‘attal yang berada kat belakang rombongan, yang tugas dia memang untuk periksa barang-barang yang hilang atau tercicir ternampak Aisyah. Terus keluar kalimah istirja' bila nampak Aisyah menunggu kat situ sorang-sorang.


Ustazah: Sofwan pun merendahkan untanya untuk bagi Aisyah naik sementara dia pulak berjalan menuntun unta tu sampailah ke Madinah. Tapi diorang tak bercakap sepatah ape pun. Bila da sampai Madinah, orang pun nampaklah Sofwan bersama isteri Rasulullah. Bayangkan inilah peluang kaum munafik untuk menjatuhkan Rasulullah.

Niena: Kejamnya, mesti Abdullah bin Ubai, si ketua munafik tu buat cerita bukan-bukan!

Ustazah: Ha'ah, akhirnya tersebarlah khabar angin mengatakan Aisyah curang. Ketika inilah rumahtangga Rasulullah dan Aisyah diuji. Rasulullah hanya diam je menunggu wahyu dari Allah. Baginda turut bertanya pandangan dari sahabat-sahabat, ada yang mencadangkan agar menceraikan sahaja Aisyah, dan ada juga yang membelanya.

Wan: Rasulullah ceraikan ke???

Ustazah: Tak, Rasulullah tetap menanti wahyu. Sampai hampir sebulan wahyu masih tidak diturunkan kepada Rasulullah.

Risa: Lamanyaaaaaaaa ustazah!

Ustazah: Yup, agak lamaaaa... Tujuannya adalah untuk menguji keimanan kaum muslimin dan menzahirkan golongan munafik. Masa ni Aisyah balik ke rumah ibu bapanya dan sentiasa dalam keadaan bersedih. Aisyah menangis mengenangkan peristiwa yang berlaku hingga kering air matanya dan tak dapat tidur.

Zul: Macam mana tu ustazah, ape penyelesaian Rasulullah dalam perkara ni?

Ustazah: Setelah hampir sebulan tu, Rasulullah pun gi rumah Aisyah. Masa ni lah turunnya wahyu Allah...


Wan: Alhamdulillah...

Ustazah: Alhamdulillah, dengan turunnya wahyu ni, bebaslah segala tohmahan dan fitnah terhadap Aisyah. Allah turut menjanjikan hukuman terhadap penyebar berita palsu di kalangan golongan munafik dalam ayat tu.

Niena: Ermmm...banyak betul pengajaran dari kisah ni, ustazah!

Ustazah: Yup, sangat banyakkkkkk! Tapiiii masa dah nak habis. Ustazah sambung minggu depan ye~

Risa: Alaaaa... Baru nak syokkkk!

Zul: Ok, ustazah! Kami tungguuuuuu! Jangan lupa link balik ke entri yang ni pulaksss ustazah~

Ustazah: Erk! Ok, ok... Insya'Allah. Kita sambung minggu depan ye, assalamualaikum.

Semua anak murid ustazah menjawab salam.


Peristiwa menyayat hati yang melanda rumahtangga Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a, berapa ramai yang tahu tentangnya? Angkara munafik durjana, menyebarkan fitnah hingga menggoncang kaum muslimin! Renungkan kisah ini, dan bandingkan dengan kehidupan kita masa sekarang. Akan disambung ke bahagian II minggu depan, insya'Allah.


Mahukah Kamu Menghulurkan Tangan?


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Bersyukurlah kerana saat ini, pada detik ini, kamu masih mampu untuk duduk di hadapan skrin komputer untuk membaca entri ini. Bersyukurlah kerana kamu masih lagi diberikan kekuatan tubuh badan untuk mengambil sedikit mesej yang ingin disampaikan dalam entri ini.

Bayangkan jika tiba-tiba Allah menjadikan sesuatu yang tidak kamu jangkakan. Nikmat yang kamu ada selama ini ditarik semula, sebagai menduga kekuatan kamu sebagai seorang hamba. Tiba-tiba kamu tidak lagi mampu untuk duduk menghadap skrin komputer kamu, tiba-tiba kamu tidak lagi mampu untuk menggunakan jari-jemari kamu untuk menaip dan berkongsi pandangan, tiba-tiba segala yang Dia pinjamkan kepada kamu diambil semula.

Perit bukan? Menyedihkan dan memilukan... Pada saat seperti inilah kamu begitu memerlukan insan-insan yang disayangi, ahli keluarga dan teman-teman yang sudi bersama kamu. Kerana kamu tidak mampu untuk berdiri sendiri, Allah berikan orang-orang yang ada di samping kamu sebagai pengubat sendu. Mungkin juga Dia hadirkan insan yang tidak pernah kamu kenali sebagai penolong di kalangan kamu. Alhamdulillah, ada insan yang baik budi dan sudi menghulurkan tangan untuk membantu.

Bila masanya tiba untuk mereka pula, kamu akan bergilir untuk membantu mereka. Mahukah kamu menjadi antara yang menghulurkan bantuan?


Saudari Norma, seorang penghidap kanser, perlukan bantuan kamu...

Ikuti kisah benar Norma, suami dan anaknya di SINI.

Sumbangan ikhlas daripada kamu boleh dihulurkan ke akaun:

CIMB


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif

Moga Allah memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan. Ameen...


Jom Skodeng! Top 10 Referrals Bulan Jun


Bulan Mei lepas kita da skodeng 10 blog tuuuu, kali ni kita skodeng 10 blog ni pulak yeee...


  1. Blogger.com sendiri, terima kasih kepada yang menerjah dari dashboard.
  2. Facebook, dah turun dari takhta nampaknya, mungkin sebab da kurang ping.
  3. Pak Cik Mat, masih mengekalkan takhta di tempat ketiga.
  4. Abang Ben, memang banyak membantu, naik satu anak tangga dari takhta yang lepas~
  5. Networkedblogs.com, wahhhhhhhh, peningkatan mendadak!!! Terima kasih kepada yang datang dari fanpage di FB.
  6. Jiran saya ni kalau takde dalam list, memang pelik la... Tapi da turun sikit. Sebab jarang update ke?
  7. Laily Qaisyirah, datang dari senarai-senarai peserta segmen.
  8. Draft.blogger.com, yang ni ape eks? Blogger in draft punye dashboard, ada yang datang dari sini jugak~
  9. Nampaknya Sarjan Keroro da berjaya mencapai impian dia dari bulan lepas. Hahaha~ Tahniah!
  10. Ujang, mungkin sebab promote segmen conteng-conteng yang lepas...

Terima kasih kepada semua yang datang melalui blog-blog kat atas ni, dan lagi 385 referrals yang lain. Lepas ni kalau saya jarang update, mesti kamu-kamu tak datang da kan??? :p

P/S: Oh, malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... T___T

Mimpi Semalam


Terharu di pagi hari ni bila tengok entri salah seorang peserta GA kat SINI. Rasa macam dapat hadiah awal 30 hari. Hehehe... Terima kasih Met Bujang. Sape-sape yang nak join GA ni jugak klik SINI ye. Kalau nak tengok kamu tersenarai atau tak klik SINI.

Okie, jom kita bercerita.

yesterdays dream by *karil on deviantART

Mimpi semalam.

Sekelip mata sahaja kita sudah terbangun dari tidur. Nak je mimpi tu diteruskan kalau mimpi indah, tapi kalau mimpi tak berapa indah, kita rasa gerun semacam aje, takut dan gementar. Rasa macam taknak sambung tidur kalau terjaga kul 3 pagi sebab takut tersambung semula mimpi yang menakutkan. Lafaz ta'awwuz keluar dari bibir berkali-kali mintak pada Allah agar dilindungi dari bisikan syaitan durjana.

Macam tu jugak dalam kehidupan realiti. Bila kita mengalami peristiwa yang menggembirakan, kita rasa macam nak masa berhenti agar selamanya kita kat situ, supaya kegembiraan yang kita lalui sekarang takkan hilang. Tapi bila kita mengalami peristiwa yang kita tak suka, tak berapa nak gembira, kita rasa nak cepat-cepat je masa berlalu pergi, kalau boleh tak nak ulang dah benda tu lagi.

Setiap yang berlaku dalam hidup kita ni, sebenarnya membuka jalan kepada langkah seterusnya dalam hidup kita. Kalau kita tak lalui perkara yang kita alami sekarang  ni, jalan yang lain tu takkan terbukak. Maksudnya ape tu? Maksudnya jalan hidup kita ni Allah da susun betul-betul. Sebab Dia Maha Mengetahui... Tak semua benda yang kita suka, baik untuk kita dan tak semua benda yang kita benci, tak baik untuk kita [2:216].

Maka, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, fikirkan dan renungkanlah sedalamnya. Ada mesej dari Dia yang tersirat untuk kita. Beruntunglah bagi hamba-hambaNya yang berfikir... [3:190-191].

P/S: Maafkan saya... Tak sempat nak jejak balik ke blog-blog kamu. Saya semakin bizi... T_T


31-7 Birthday Giveaway!



Okie, ni GA gabungan dengan beberapa orang blogger yang saya kenal dalam dunia blog ni... Yang istimewanya kami semua punya tarikh lahir yang sama. Hehehe... Jadi kami adalah kembar empat yang lahir pada tahun berbeza-beza. Erk! Camtu panggil kembar gak ke? Tak kisahlah! Janji sama tarikh! Macam kat bawah...

Sunah Sakura - 31 Julai 1987
cik pulau - 31 Julai 1988
CiKaLi - 31 Julai 1989
gadis melayu - 31 Julai 1990

Untuk GA ni, hadiah untuk 12 orang pemenang akan disumbangkan oleh keempat-empat blogger kat atas ni, dan 2 orang pemenang lagi hadiahnya akan disumbangkan oleh Jalut Norfanil.com. So, 14 pemenang akan dipilih. Kalau ada lagi yang nak menyumbang, boleh jugak~~~ :D Hadiah-hadiahnya akan diupdate di mana-mana blog blogger di atas nanti yeee...

Bagi yang berminat nak join, buat satu entri:
  1. Tajuk: 31-7 Birthday Giveaway!
  2. Letak banner GA kat atas tuuu dalam entri kamu dan linkkan ke entri ni.
  3. Bagi la ucapan besday sikit untuk keempat-empat kembar ni, ringkas jek~
  4. Dah siap published, copy siap-siap url entri tu dannnnnnn paste kat entri cik pulau yang INI. Paste kat sana je tau, sape yang paste kat sini, takkan disenaraikan.
Pemenang akan dipilih dengan menggunakan random.org dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2011 jam 12.00 tengah malam. So, pe tunggu lagi~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.