BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 2, 2011

Satu Ketika Dalam Detik Waktu


A moment in time by *mebilia on deviantART

"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, akan datang Allah yang menentukan..."

Dalam detik masa yang berlalu
Ada saat yang sepatutnya berharga
Ada ketika yang sepatutnya bernilai
Ada waktu yang sepatutnya bermakna

Namun lumrah sebagai manusia
 Kadang-kadang jiwa dilanda alpa
Hingga ada masa yang terbuang
Lantas ada perkara yang terabai

 Menoleh semula ke belakang
Sudah tidak mungkin lagi
Masa yang telah pergi
Biarkan ia berlalu
Masa yang sedang dilalui
Isilah dengan sebaiknya
Masa yang akan datang
Rancanglah dengan seeloknya

Moga kelak tiada kesal
Hatimu jua yang terisi indah...

P/S: Masa untuk tidur.


Seribu Impian


one thousand wishes. by ~iheartcolours on deviantART

Impian.

Berapa ramai antara kita yang ada impian? Tak beribu-ribu pun mesti ada satu impian. Kenapa kita ada impian? Untuk apa kita mengimpikan sesuatu? Macam mana pulak usaha kita untuk capai impian tu?

Selalunya impian kita adalah impian yang baik-baik. Nak capai kebaikan dalam hidup. Nak jadi lebih baik di masa akan datang. Ada ke yang mengimpikan keburukan? Mungkin ada segelintir yang jiwanya kacau, tanpa sedar mengimpikan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya dan orang lain. Contohnya, nak sesuatu yang buruk berlaku ke atas si polan bin si polan atau menjatuhkan si polan binti si polan. Hurmmm... Kalau ada antara kamu yang berimpian buruk macam tu, cepat-cepatlah lenyapkan impian tu. Tak baik untuk kesihatan (sebab nanti sakit hati memanjang).

Bila kita da letakkan satu impian dalam hidup kita, kenalah usaha sungguh-sungguh kan? Kalau usaha macam hangat-hangat taik ayam, memang tak tercapailah impian kita tu. Dan jangan lupa jugak, dah berusaha tu kena berdoa dan tawakkal kepada Allah. Sebab Dia je yang berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Memang bahagia je rasa bila impian terlaksana. Tapiiiiii, jangan kecewa pulak bila impian kita tak tercapai! Kerana Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita...

Tercapai atau tidak impian kita, redha itu kunci kebahagiaan~

Iklan sat: Sape tak join GA lagi sila ke SINI, nak tengok senarai peserta lak lari cepat-cepat ke SANA. CiKaLi akan update 3 kali sehari katanya. So kalau nama belum ada tu, leh check lagi sekali beberapa jam kemudian yeeee.


Makin Lama, Makin Panjang...


Kenapa makin lama entri saya macam makin panjang aje?

Entah.

P/S: So, pendek tak?


Blog Baru Dari Ladanggggg, Tapiiiiiiiiiii.....!


Header blog baru yang meletopppppsss kalau diklik makin meletopppppssss!

Blog baruuuuu, siyes baru berapa hari! Tapiiii design dia mak ai, meletopppppsss! Keh keh keh... Sebab designer tu otai kot bab-bab template blog ni...hehehe.

Saya dapat tau, blog baru tu dibuat untuk educational purpose, dan akan dinilai berdasarkan jumlah followers dan pageviews dia. So, meh la kita bantu orang itu supaya menjadi lebih bersemangat dalam subjek dia ni, then mana tau insya'Allah nanti dia terus terjatuh cinta dengan dunia blog~ ;)

Meh laaaa gi blog dia kat SINI yeee...


GEGAR BLOG JULAI 2011


Klik benda besar gedabak ni untuk join

Sambil tu, nak iklan jap...

Fabrik cotton Jepun bernilai RM165

Mungkin kamu antara yang bertuah yang akan mendapat fabrik Jepun kat atas~ Itu baru satu je hadiah yang ditayangkan... Ekekeke... Nak tau lebih lanjut, kena la join 31-7 Birthday Giveaway! dengan klik banner kat bawah ni~~~


Okie~ Itu sajeeee... Terima kasih~ Selamat menggegar~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.