BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, July 5, 2011

Pada Senja Yang Berlabuh


Dusk begins. by *sugarcoat on deviantART

Aku renung mentari jingga yang semakin lama semakin jauh
Aku lihat camar pulang berpasang-pasang ia terbang
Aku tercari-cari damai pada senja yang berlabuh
Akankah ku temui tenang pada laut yang luas terbentang?

P/S: Cer klik SINI, dah join belum?


Memutuskan Silaturrahim, Satu Dosa Besar



Huraian:
  1. Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
  2. Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: "Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari."
  3. Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
  4. Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  5. Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Sumber: e-Hadith

P/S: Cici tak gaduh pun dengan Akob & Mirah...


Dulu, Hati Pernah Berkecai Macam Ni...




Alamak tak nampak, pi baca kat SANA...


JOM TERJAH ENTRI CONTEST CAMBEST DENGAN HADIAH LUMAYAN!


Jiji Tu Bukan Arnab!


Bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Jiji tu bukan arnab lahhh! Adehhhh....! Jiji tu blogger geli-geli yang ada arnab. Hahaha~ Kesian Jiji, terus orang ingat dia tu arnab. Mek Rebit je arnab okehhhh! Opsss! Hahaha~

Alhamdulillah... Tadi baru je gi komen kat blog kak Aya, cakap tak pernah dapat BE dari nuffnang. Tiba-tiba kannnn, saja nak cek akaun nuffnang tu. Tup-tup...

Sikit jek..hahaha~

Erkkk! Tiba-tiba terkejut tengok benda alah ni. Alhamdulillah... Ade gak BE... Terima kasih nuffnang~ Tapi, tapi, tapi... Blog mana pulak ni??? Kat sini kan saya pakai advertlets jekkk... Blog lagi satu lahhh... Blog Selera Sakura tuuu...

Cer klik SANA tengok ape yang ada eks~~~ Terima kasih~ :)


Nape Jiji Benci Cici?


Entah.

Saya pun tak faham jugak, kenapa dia menyampah sangat dengan Cici. Dari firstttttttt Cici memoncolkan diri dia kat dalam blog ni, sampailah semalam... Komen-komen dia kat entri Cici semuanya berbaur kebencian dan kemarahan dan keJELESSSSan yang mendalam.

Eh, tak jugak... Yang 1st dia tak komen pun, yang 2nd dia komen nak beli kucing parsi, yang 3rd dia dah start ejek Cici telinga berbulu, yang 4th Jiji takleh beza dah Cici tu kucing ke arnab...erk! Tapi, tapi, tapi...start kat entri Cici yang NIIII dia dah mula menampakkan kemenyampahan mendalam dekat Cici.

Ostad (baca: Jiji amoi), kalo ko nak tau, Cici da makin gemok dan buncit macam ko, so ko jangan nak menyampah-menyampah kat dia, dia pun takde bulu idung cam ko yang asyik keguguran aje... Walopun telinga dia berbulu, at least telinga dia tak lah panjang macam menatang dari Siam yang ko nak jadikan lawan Cici tu... Ape kata ko kawan je ngan dia, nama pun dah nak dekat...

Cici + Jiji = Geli-geli

Kalo kamu-kamu nak tengok lawan Cici yang ostad Jiji amoi carikkan, cer klik SANA... Tapi yang tu kannnn, Mek Rebit mesti sukaaaa tengok!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.