BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, July 6, 2011

Saya Takut Dengan...


What are you looking at ? by ~Malk-White on deviantART

Memang tak boleh kalau dia ada kat sekeliling.

Sama macam lipan jugak. Lipan sebab dia pernah gigit satu ketika dulu, so memang fobia. Kalau nampak boleh menggigil satu badan, seram sejuk. Kaki dia banyak, merayap laju-laju, so agak 'takut' kat situ.

Kalau labah-labah, sebab ape eks saya takut? Entah. Pelik gak. Dia gigit ke? Yang besar, orang kata kalo dia gigit nanti jadi spiderman. Ok, tipu. Boleh mati kot kalo black widow yang gigit.

Tapi bukan sebab tu saya takut labah-labah. Saya takut sebab kaki dia tu halus sangat. Kalo merayap laju-laju ke sana sini tu macam...erkkkk~ Takleh bayangkan... Huhuhu. Pernah terganggu solat saya sebab labah-labah ni. Siyes, takleh lahhh....

Hurmmm... Macam mana eks nak bagi hilang takut? Labah-labah kan serangga yang membantu Rasulullah s.a.w semasa hijrah dulu...adohhhh, cane ni?

P/S: Saya tak takut lipas.


Cemburu Dengan Dia...


Thin Blue Flame by ~small-things on deviantART

"Sejujurnya Irfan bukanlah lelaki yang memiliki ciri-ciri yang kuidamkan selama ini. Dia juga bukanlah lelaki yang kuimpikan untuk dijadikan imam dan suamiku. Sesungguhnya aku mengimpikan seorang lelaki soleh yang boleh kutumpang bahtera iman dan takwa yang dikemudi olehnya. Sedangkan Irfan bukanlah lelaki yang berada dalam bayangan mimpi indahku itu. Mimpi yang ternyata begitu jauh untuk bertukar menjadi realiti hidupku.

Bukan senang untuk aku menerima Irfan dalam hidupku. Bukan senang untuk aku meletakkan Irfan dalam posisi hatiku yang sebelum ini telah pun kuisi dengan satu nama. Satu nama lain yang aku sungguh berharap untuk menjadi bidadarinya di dunia dan di syurga. Seorang pemuda yang berjaya mengetuk pintu hatiku dengan cintanya. Sesungguhnya terlalu banyak aku memujuk hati ini untuk belajar menerima Irfan dan redha bahawa dialah jodoh yang dikirim Allah buatku."

Antara isi dalam Prolog novel Stanza Cinta inilah yang membuatkan saya tertarik untuk memiliki novel ini dan mendalaminya...

***

Pernahkah satu saat kamu rasa diri kamu begitu kurang dari segala segi, sedangkan dia begitu melangit tinggi kelebihannya. Ilmu dan iman dalam dada masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan dia yang setiap tingkahnya mengingatkan kamu kepada Allah. Subhanallah, rasa diri begitu kerdil. Rasa cemburu kerana cinta dia kepada Allah sangat tinggi berbanding kamu. Tapi rasa cemburu itu menimbulkan satu perasaan lain yang tidak kurang baiknya, iaitu ingin menjadi sepertinya!

Bersyukurlah kerana kamu diberi satu hati yang mahu menjadi insan yang lebih baik, yang terdetik walau satu saat untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah di muka bumi ini...kerana hidupnya kita di dunia ini tidak lain hanyalah untuk mencapai redha di sisi Allah...maka teruskan usaha itu! Insya'Allah satu hari nanti kamu juga akan menjadi hamba yang mencintaiNya melebihi segala-galanya...


Bizi Jugak Macam Bobott


Takde update.

Sebab bizi. Bobott pun bizi.

Pi SANA kalau nak tau kenapa bizi.

Tapi sekarang da tak bizi sangat, tengah blogwalking ke blog kamu-kamu semua~ ^_^


Wordless Wednesday #11 : Mengimbau Kenangan


Sila ke SINI untuk tahu tentang gambar...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.