BLOG ENCIK SUAMI

Friday, July 8, 2011

Siapalah Aku Ini...


Inside you.... by *addy-ack on deviantART

Itu Amy Mastura kata...

Kamu pulakkkk...

Macam mana orangnya?

Apa kelebihan kamu?

Apa kekurangan kamu?

Apa yang kamu ada yang orang lain tak ada?

Apa kegemaran kamu?

Apa kebencian kamu?

Selalu kita ditanya dengan soalan-soalan ni bila mengisi borang kat kem-kem motivasi. Borang pengenalan diri. Bukan borang cari jodoh yeee~~~ Tapi still boleh guna jugak soalan-soalan ni untuk borang cari jodoh. :p

Kenapa kita ditanya tentang benda-benda ni? Sebab orang yang nak baca borang tu nak kenal kita kan? Tapi masa kita isi selalunya, mesti kita terhenti kat beberapa soalan kannn... Contohnya tentang kelebihan dan kekurangan diri. Kadang-kadang terkedu sebab tak tahu sifat dominan diri, macam nak tanya orang sebelah pulak, "ko rasa, ape kekurangan aku eks?"

Aik, takkan tak tahu kekurangan diri sendiri? Kelebihan diri pun??? Dah berapa lama dah hidup dengan badan tu? Perghhhh! Soklan macam nak kene baling bom asap dengan FRU ajeee... Ada gak yang kene sapu BERSIH ni karang... Erk!

So, cer try korek-korek diri kamu tu... Bukan korek telinga yeee... Tanya diri kamu tentang diri sendiri... Untuk apa? Mestilah untuk penambahbaikan diri, bila kita tau kekurangan dan kelebihan kita, mudah untuk kita seimbangkan kedua-dua tu nanti, insya'Allah boleh membantu pulak untuk perbaiki diri supaya jadi lebih baik!


Jalan Yang HENDAK Ditutup Sempena BERSIH 2.0




Jalan kotor dalam pilihanraya






Alamak, jangan marah nooo... Gurau-gurau petang... :p


Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini...


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...



Ramai orang...
Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu...
Dengan faktor harta...
Dengan faktor kekayaan..

Walaupun itu boleh menjadi penyumbang...
Tetapi itu bukan segala-galanya...

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
Tidur di atas katil yang empuk
Tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita

Kata Hamka, "Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat..."

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah s.w.t
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita...
Dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...
Walaupun sekelip mata...
Dunia boleh berbuat apa-apa...
Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah...

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...
Ketika kita kena keperitan,
Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata "Habislah aku kali ni!"
Tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini

Ketika kita kata...
"Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah..."
Hari ni kita pun telah lupa pada perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur...
Di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah
keluarkan kita daripadanya..

Pengalaman sering mematangkan kita...
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal...
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal
Bila hati insan bulat kepada ya Rabb...
"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah..."

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat...
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat...
Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
Kehidupan ini sangat luas...

Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...
Suatu nikmat yang besar...

Kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita..."
Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada...
Tetapi jangan lupa yang telah ada!

Bersyukurlah wahai diri ini...
Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar...
Ramai orang dapat sabar
Tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur...

"Ya Allah...
Apa sahaja yang aku alami...
Daripada nikmatMu...
Daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu...
Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan...
Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran..."

Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tidak mampu...
Apa yang Allah bagi pada kita, lebih dari harapan kita...

Pesanan Rasulullah s.a.w, ada di penghujung video...



Eh, Ustazah! : Tuduhan Palsu II


Hari ni ustazah sambung kelas sirah hari tu, dari peristiwa al-Ifki. Ingat tak? Kalo tak ingat, rujuk balik Tuduhan Palsu I yeee~~~

Ustazah: Hari tu kita da bincangkan tentang peristiwa al-Ifki. Hari ni, ustazah nak ajak kamu semua berfikir pulak tentang pengajaran di sebalik peristiwa ni.

Risa: Ermmm... Saya nak bagi satu, ustazah!

Ustazah: Ye, Risa... Silakan.

Risa: Dari kisah tu, kita sebagai umat Islam ni sepatutnya menyelidik dalam-dalam dulu kesahihan satu-satu berita yang kita dengar dari orang lain, takleh lah nak terima bulat-bulat macam tu aje.

Ustazah: Yup, betul tu! Malah, kita dianjurkan supaya bila dengar je mana-mana khabar angin, mulakan dengan bersangka baik. Elakkan berprasangka buruk.


Wan: Selain tu ustazah, kita tak boleh sebarkan khabar angin yang belum pasti kesahihan dia.

Ustazah: Perbuatan yang kita rasa sangat remeh macam tu sebenarnya dipandang besar di sisi Allah!


Niena: Astaghfirullahal'azim! Takutnya pada kemurkaan Allah!

Ustazah: Sebab itulah kita kena sentiasa berhati-hati dengan godaan dan bisikan syaitan yang selalu menghasut manusia supaya berbuat perkara yang keji, termasuklah dalam menyebarkan berita palsu.


Niena: Urmmm...perbuatan Abdullah bin Ubai tu memang tak boleh dimaafkan, dia seolah-olah menjatuhkan maruah Aisyah dan Rasulullah s.a.w. Sebelum ni da banyak di kalangan sahabat yang dia fitnah, lagi seronok lah dia boleh fitnah rumahtangga Rasulullah!


Ustazah: Yup, kalau kamu fikirkan, sebenarnya inilah peluang Abdullah bin Ubai untuk menggoncangkan kaum muslimin masa tu. Bila da tersebar di kalangan pengikut Rasulullah sendiri, apa agaknya yang akan berlaku? Tentu lebih ditonjolkan siapa di kalangan mereka yang munafik!

Zul: Dan ada di kalangan kaum muslimin yang percaya dengan berita tu, terus menyebarkannya pulak. Sedangkan sepatutnya mereka membela Aisyah...


Ustazah: Betul tu. Tapi ini semua urusan Allah juga. Di sebalik peristiwa al-Ifki ni terserlah lah siapa sebenarnya yang betul-betul percaya pada Rasulullah dan para sahabat. Kalau direnungkan, kita akan nampak, Allah sedang menapis para pejuang agamaNya, hanya yang terpilih akan kekal di jalan yang benar.

Zul: Subhanallah... Rapi betul susunan Allah!

Ustazah: Yup, lepas ni berhati-hatilah dalam menyebarkan berita. Jangan kelak kita tergolong dalam golongan yang dibuka pekungnya oleh Allah di akhirat.


Risa: Naudzubillah...

Niena: Mintak dijauhkan... Huhuhu...

Ustazah: Insya'Allah... Alhamdulillah semua dah pandai amek pengajaran dari sirah Rasulullah...

Wan: Terima kasih ustazah, banyak betul teguran dalam kisah tu. Aisyah, Aisyah...kesian Aisyah...

Zul: Tak habis-habis dengan Aisyahnyeeee...

Ustazah: Hehehe... Ustazah doakan semua anak murid ustazah yang lelaki ni dapat isteri macam Aisyah nanti~ Yang perempuan dapat suami macam Rasulullah...

Risa: Wahhhhhhhhhh... Boleh keeeeeeee, ustazah????

Ustazah: Insya'Allah... Kamu semua kena la jadi macam diorang dulu, baru dapat yang macam diorang! Ameen...

Anak-anak murid ustazah semua meng'amin'kan kata-kata ustazah.


Begitu besar dosanya di sisi Allah bila kita menyebarkan berita yang kita tak pasti kebenarannya. Apatah lagi jika berita itu melibatkan maruah orang Islam yang lain. Kalau kita letakkan diri kita di tempat mereka, tentu saja kita sendiri boleh merasa. Letakkan kakimu dalam setiap kasut orang Muslim...perhatikan langkahmu bila berjalan...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.