BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, July 10, 2011

Kite Pun Wangi Ape... Bukan Perfume Peluh Okehhh...!



"Sedapnya bau Japanese Cherry Blossom kat badan kite niii..." Tu kot yang dia tengah fikirkan...

P/S: Hidung da berair... Sape tak join lagi GA? Klik SINI.


Cerita Saya di Bulan Ramadhan


Klik untuk join

Cerita nakal? Dah dewasa ni takde banyak sangat cite nakal, masa kecik-kecik dulu je nakal. Terutamanya masa sekolah rendah. Sekolah agama. So kene belajar puasa gak. Tiap hari ustaz akan tanya, sape yang puasa hari ni? Kalo tak angkat tangan, malu la kan... So, kena la puasa supaya boleh angkat tangan. Oh, peliknya niat masa kecik-kecik dulu. Ekekekeke...

Tak puasa pun pernah gak! Ye lah, budak lagi kan... Yang ni pun, bila ustaz tanya, sape puasa hari ni? Dengan bangganya saya memasukkan belakang pensel ke dalam mulut. Wakakaka~ Menunjukkan saya tak puasa la kunun. Adesss... Berlagak sungguh sebab ade geng yang tak puasa gak, so nak ikut geng. Hahaha~

Masa kecik-kecik, susah kot nak puasa penuh sehari. Pernah je bukak pose waktu Zohor, waktu Asar dan sebagainya. Sebab dah tak tahan dan mengada-ngada. Lepas tu bila da raya, jeles sebab adik lelaki dapat duit raya lebih... Hadiah sebab puasa penuh dari mak ngah. Ggggrrrr! Sape suruh pecah pose! :p

Ade gak sekali tu memang bersemangat betul nak puasa hari tu. Tapi ntah nape la kan, boleh terlupa. Gi dapur bukak tin Milo (masa tu minum Milo Nestle lagi, sekarang dah pindah ke produk lain...), amek satu sudu. Masukkan dalam mulut. Ohhhhh, sedapnyeeee makan Milo! Lepas tu, erk! Makkkkkkkkkkkkk! Kite tak sengaja!!! Alhamdulillah... Mak pandai pujuk, kata kalo tak sengaja, tak pe... Hehehe...

Alamak, rindu pulak dengan Ramadhan... Kalau kat umah, mesti ade sedara mara yang buat majlis berbuka puasa ramai-ramai. Ramadhan kali ni saya tak balik lagi la kot... Kecuali masa da nak dekat raya... Ermmm, moga Allah bagi umur yang panjang untuk saya jejak kaki dalam bulan Ramadhan tahun ni... Ameen...


Saya Nak Yang Sempurna!


"Ya Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna.
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna."
[Stanza Cinta, pg: 230]

Yup, Stanza Cinta lagi... Tak ramai yang mampu berfikir seperti Amni. Lebih ramai yang mahukan teman hidup yang sempurna dari segala segi.

"Eh, mana ada! I tak demand sangat, okehhhhhh!"

Yeke? Kamu pasti? Bukan kamu ke yang siap ada list jejaka idaman:
  1. Kacak macam Mitzushima Hiro
  2. Romantik macam Seth Tan
  3. Rambut pacak-pacak
  4. Bermata bening, auwww~
  5. Hidung mancung sikit
  6. Dah bekerja tetap
  7. Kaya macam Bill Gates
  8. Kulit sawo matang
  9. Lebih tinggi, so balance lah~
  10. Tak gemuk sangat, sedang-sedang aje
  11. Pakai spek pun ok, nampak ceghedikkk...
  12. Nak yang pakai kopiah, ada tak?
  13. dot dot dot

Haiyooo... Tu sape???

"Errr..."

Kita selalu mahukan yang sempurna... Tapi kita selalu terlupa bahawa diri kita sendiri ada kelebihan dan kekurangan. Sebenarnya tidak ada yang betul-betul sempurna kat dunia ni. Setiap orang ada bahagiannya masing-masing. Wahai lelaki dan wanita, sempurnanya kamu adalah apabila bertemu dengan jodoh kamu yang menyempurnakan kamu berdua...

"Seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki." [Stanza Cinta, pg: 246]


IFRAME Tu Ape Pak Cik Mat?


Pernah saya tanya PCM satu ketika dulu.

Masa tu dia ada poblem sikit dengan satu web ni pasal iframe. Tapi da ok dah hal tu. Cuma saya je yang masih blur tentang cara iframe ni kaut trafik. Yang saya tahu masa tu, sape guna iframe, trafik dia akan naik beribu riban. Macam mana? Saya pun tak pasti...

Yang saya tahu, kat gengblogger tu ramai je guna iframe untuk jadikan post diorang top kat atas. Sebab dia sendiri mengaku dia guna iframe. Nak test katanya. Tapi saya masih tak tahu, macam mana caranya dia kaut trafik. Adehhh... Teringin gak nak tau masa tu, tapi sebab buta sikit bab-bab ni, maka diabaikan saje lahhh...

Sampai lah tadi... Izamir Ridzwan kembali mengupdate blog! Dia keluarkan isu tentang blogger yang menggunakan iframe untuk kaut trafik. Perghhh! Hebat gak iframe ni yeee... Baru faham kat situ macam mana nak dapatkan trafik melalui iframe.

Nak tau lebih, sila rujuk entri IR yang INI dan entri kak Aidanatasyea yang INI. Ustaz Fakhrul pun ada tulis kat SINI.

Kalo pandangan saya pulak, tak perlulah guna iframe kalo nak jadi Top Blogger... Tak best dan tak mencabar langsung... Usaha sendiri perlahan-lahan, yang tu lebih baik... :)


Singgah Blog Saya Sat , Boleh ?


Klik untuk join~

Salam kenal semua... Tinggalkan link untuk saya jejak balik ye~ Insya'Allah saya cuba jejak semula ke blog kamu, cuma cepat atau lambat je sebab broadband da exceeded limited bandwidth... :p


Disebabkan Salah Setting?


Adohhhh...

Camne lah boleh salah setting???

Patutlah semacam aje... Tengok pageviews yang baca entri pun sikit sangat. Tak macam selalu. Erkkk! Tengok kat blog jiran sebelah, tengok kat blog Iffah, tengok kat blog Pak Cik Mat, tengok kat blog abang Ben... Hoh??? Kenapaaaaaaaaaaaaaa...??? Apa dah jadik niiii???

Adehhhh... Then teringat sesuatu! Tu lahhh, sape suruh nakal sangat pi set None untuk Site Feed tu... =.= Aiyokkk... Kesiannya blog saya ni... Rupanya kat bloglist tu tersekat terus tang Jalan Yang HENDAK Ditutup Sempena BERSIH 2.0 jeee... T___T

Sape tak baca lagi dua entri selepas Jalan Ditutup tu... Sila-sila klik entri kat bawah ni yeee...


Apepun, terima kasih kepada beberapa orang pembaca yang nampak jugak update dari saya walaupun tak gi ping dan tak naik kat bloglist masa saya takde... Terima kasih! Sayang kamu ketat-ketat!


Hati Ini Telah Terkunci!


h e a r t and l o c k e t by =FlabnBone on deviantART

"Hatiku telah terkunci..."

Ohooohooiii~ Hati sape yang terkunci tu? Hati kamu ke? Kamu? Bukan eks? Habis tu, kamu? Takpelah, tak kisah sape-sape... Tapi, bagi mereka yang hatinya terkunci kerana sesuatu yang berlaku di zaman silam, tentu sukar untuk dibuka lagi. Rasa takut dan gementar untuk menerima pembuka kunci yang baru.

Alamak, nape macam cakap sal cinta lak ni? Aishhh...

Kerana cinta itu satu rasa yang Allah anugerahkan kepada manusia, sifatnya cukup indah walaupun kadang-kadang cinta itu menyakitkan... Bila hati jatuh cinta, semuanya rasa indah dan membahagiakan... Kadang-kadang badan yang kurus dulu pun boleh jadi TAFFF sebab bahagia... Erkkk! Sape terasa sila cubit hidung sendiri~~~

Tapi macam mana dengan yang hatinya terkunci rapat? Mesti susah kan nak terima pembuka kunci baru. Tak kira la berapa ramai yang bawak kunci dengan bentuknya yang berbeza-beza, masih tak mahu jugak terbukak. Bukan dia tak pernah rasa nak bagi masuk dalam, tapi entah kenapa kunci tu asyik salah ajeee... Cuba banyak kali pun masih tak terbukak-bukak! Nak buat camne tu???

La tahzan... Jangan bersedih kerana jodoh... Kalau satu hari nanti, masanya betul-betul sudah tiba dan pembuka kuncinya betul, tentu Allah berikan kunci yang betul kepada si dia untuk bukak semula pintu hati tuuu... Pada masa tu, pandai-pandailah menjaga hati, risau nanti cinta itu menghanyutkan diri... Cepat-cepatlah kawen...

P/S: Autopost~ Percaya tak?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.