BLOG ENCIK SUAMI

Monday, July 11, 2011

Pasar Malam Taman Teratai


Hari ni hari Isnin.

Macam biasa, mesti hosmet ajak gi pasar malam kat Taman Teratai ni (dekat dengan simpang empat lampu isyarat Taman Pulai Perdana). Kalau bulan puasa, lagi ramai orang datang ke sini untuk beli juadah berbuka. Tadi kitorang gi lebih awal dari selalu, so tak berapa ramai orang. Selalunya nak dekat-dekat maghrib tu la ramai orangnya. Ape ade kat sini eks? Jom kita tengok gambor je lah yeee...

Ade makanan... Hosmet beli bebola tuu...

Air tebu kat sini memang mabeles!!! 1 cawan RM 1.50, ade jual dalam botol gak...

Ade kebab...

Megi goreng RM 1.50 satu tapau...

Ade kentang spring... Kat pasar tani Taman Sri Pulai hari Ahad pun abang ni ade... Hehehe...

Nasi ayam madu... Nasi lemak dia sedap!!! Tak ingat harga bape... =.=

Kalo nak beli barang dapur pun boleh jugak kat sini...

Buah-buahan pun ade...

Barang yang 1 barang RM 3.00, 3 barang RM 5.00... Err...betul ke ni?

Baju-baju pun ade gak kat hujung-hujung...

BAJU TIDO PUN ADE GAKKKK!!!!!! Nasib bek tak berapa nak menarik hati... =.=

Pegawai Penguatkuasa MPJBT pun ade...ops! Hahaha~ Diorang buat pemeriksaan permit tadi...

Haa... Macam-macam ada kan? Apam balik sedap pun ada, tapi gambar blurr lak tadi, ye lahhh... Amek guna henfon murah (yang masih rosak...ggrrrr!) jee... Ramai betul peniaga, Melayu, Cina India semua ada... Jadi pandai-pandailah pilih gerai, kalau nak beli makanan, pilih peniaga yang nampak beriman, bak kata sorang senior dulu. Hehehe... Kenapa kena pilih yang nampak beriman? Orang macam ni kita tau lah dia jaga solat dan kebersihan dalam makanan tu, insya'Allah... :)

P/S: Selalunya datang sini, mesti tercari-cari tempat diorang solat. Selalu tertanya-tanya, macam mana & bila agaknya diorang solat Maghrib?


Hadiah 31-7 Birthday Giveaway!


Antara hadiah menarik yang bakal menjadi milik pemenang 31-7 Birthday Giveaway! adalah...





Nak tengok lagi? Gi blog kembar paling bongsu kat SANA... Kalau nak cek kamu tersenarai atau tak sebagai peserta GA, boleh klik SINI. Kalau rasa-rasa url blog kamu belum ada lagi, maka sila-sila lah join kat SINI yeee... All the best untuk semua yang join~ :)


Bila Pak Cik Itu Berbicara...


"Cuba adik cerita sikit kat pak cik, kenapa benda ni boleh berlaku?" pak cik bertanya sambil terus memandu.

"Entah lah pak cik..." saja buat blurr. Yang duk belakang pun semua menggeleng kepala.

"Pak cik ada tanya dengan customer pak cik yang sebelum ni, dan dia ada bagi pendapat dia."

Diam, menunggu ayat seterusnya.

"Dia kata, sebab masalah undi-undi ni semua. Tapi bagi pak cik itu baru punca sampingan je. Sebenarnya ada satu punca yang betul-betul jadi akar kepada benda ni," pak cik nampak tenang dan bersahaja menuturkan kata.

"Ape dia tu, pak cik?" tanya saya yang duduk di kerusi sebelah pemandu.

"Puncanya, kita tengok sekarang ni... Maksiat terang-terangan. Itu sebenarnya yang menjatuhkan segala bala ke atas kita. Bila maksiat da berlaku kat sana-sini, Allah turunkan masalah kepada kita. Hingga tercetusnya huru-hara macam ni."

Diam sambil berfikir. Memang ada betulnya apa yang dikata. Maksiat = apa-apa perkara yang dilarang Allah dan tercela dalam Islam, yang mana pelakunya mendapat dosa.

"Pak cik, macam mana kita nak bagi setel semua ni? Kalau boleh kita tak nak maksiat tu terus berleluasa, bukan takat yang terang-terangan, yang sembunyi-sembunyi pun kita tak nak!" Bagaimana agaknya pak cik ini berfikir.

"Amalkan gaya hidup Islam sepenuhnya, kita tengok zaman nabi dulu-dulu, renung sirah baginda s.a.w, jarang sekali benda-benda macam ni berlaku, kerana mereka menjaga gaya hidup..." Tutur kata pak cik itu benar-benar mendamaikan...

Ya... Itu memang jawapan yang tepat. Sedangkan Islam boleh diterima oleh pelbagai bangsa pada zaman silam hingga ke segenap aspek dalam kehidupan, entah kenapa pada zaman ini Islam begitu sukar untuk diterima, malahan oleh umatnya sendiri...

Teringin sekali saya bertanya lagi, macam mana kita nak pastikan gaya hidup Islam itu diamalkan oleh rakyat secara menyeluruh, tapi kami sudah sampai ke destinasi. Saya mengucapkan terima kasih dua kali kepada pak cik, pertama kerana sudi menghantar kami hingga ke KL Sentral dengan tambang RM5, dan kedua kerana perbualan selama beberapa minit yang sangat berisi!

Fikir-fikirkan...


Kalau Rasa Macam Nak Mengamok Aje...


Anger Inside by ~Shimmy1012 on deviantART

Cer tengok cermin...

Buruk okehhhh!

So, janganlah asyik nak mengamok...

Sekian pesanan dari penaja: PCM

P/S: Blogger Nadzrie da berdotcom! Terus buat segmen tuuu! Sape nak join bloglist beliau klik SINI!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.