BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, July 13, 2011

Bila Kak Ros Skodeng Entri Lama... Erk!


Baru sempat nak bukak balik blog.

Approve komen-komen.

Lepas tu nampak Kak Ros komen-komen jugak.

Tapi Kak Ros komen-komen entri dulu-dulu. Aiyakkkkkk! Segan pulakssss~ Mesti dia dah baca jugak komen-komen tajam dan panas dari bukan Anonymous tu. =.= Dulu-dulu tak tahu pun ape yang dinamakan sebagai komen-komen panas dan 'sape' Anonymous ni. Semua saya main approve ajeee. Nak cek profile blogger pun tak reti. So, sampai sekarang ada lagi komen-komen yang tak ditapis tu. Uhuk-uhuk~ Sekarang da reti, gi la jugak bukak profile diorang dan skodeng blog. Bersawang.

Rajin la pulak Kak Ros pi baca dan kongsi pandangan dia. Huhuhu... Kak Ros, Kak Ros... Sape Kak Ros ni? Huk aloh... Tak kenal ke? Rugi wooo tak kenal dia ni, baca blog dia hari-hari, saya rasa terrrrbangun jiwa ni hari-hari. Dulu saya ingat dia suka jual-jual je kat blog dia, sebab url blog dia macam nak buat bisnes aje. Tapi makin lama saya menggedik kat blog dia, saya makin jatuh cinta dengan blog Kak Ros tuuuu. Hehehe...

Kamu-kamu nak kenal tak Kak Ros ni? Yang pasti dia bukan Kak Ros dalam Upin dan Ipin... Tapi Kak Ros yang TUUUU...


Tak Mampu...


Maaf kerana tak mampu.

Tak mampu nak berblog sakan hari ni.

Tak mampu nak bersegmen hari ni.

Tak mampu nak berFB (kejap je tengahari tadi).

Tak mampu semuanya.

Saya agak sibuk beberapa hari ni, mengejar jadual, tugas sampingan dan rancangan akademik. Ya, kalau boleh, nak cepat dihabiskan semuanya, tapi nak cepat-cepat sangat pun tak boleh jugak. Semuanya kena buat satu-satu dengan teliti. Try jugak buat tiga benda serentak, (sambil cari coding MATLAB, sambil baca installation guide untuk Linux dan NS-2, sambil setup weblog yang diamanahkan) tapi saya sendiri yang serabut akhirnya. Maka, saya pilih untuk selesaikan mana yang termampu dulu.

Kadang-kadang rasa jugak nak melepaskan semuanya. Terus-terang saya cakap, semangat tu dah entah ke mana. Dah banyak kali jugak NTI dan ALONG bersuara, berkali-kali itu jugak semangat datang balik kemudian kembali menghilang bila jalan mati yang ditemui. Mak pun dah banyak kali jadi macam NTI dan ALONG. Entah lah, kadang-kadang saya rasa saya perlu segera kahwin, so nanti suami saya boleh bergarang-garang dan bagi semangat kat saya pulak. Erk...lambat lagi la kalo macam tu. =.=

Saya da mula merapu, baik kamu semua cepat-cepat lari.

#Okbai.


Wordless Wednesday #12: No Sitting


Fanpage WW Malaysia: SINI; Blog WW Malaysia: SINI


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.