BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, July 14, 2011

Alhamdulillah... Sampai Sudah...


Alhamdulillah.

Dah sampai Kuching. Penat. Tapi isi perjalanan yang agak menarik. Hosmet demam, tapi tetap nak teruskan perjalanan. Dalam demam-demam tu, rasa kesian jugak, hari ni da la birthday dia kan. Dari pagi dia asyik lelap aje sebab makan ubat. Sampai la petang sikit baru dia macam bersemangat sebab da nak gerak kan. Kira macam hadiah birthday untuk diri sendiri pulak sebab pestime naik flite ke Sarawak.

Walopun bukan saya birthday girlnye, tapi rasa jugak sweetnye perjalanan tadi. Terpelik sikit sebab pramugara yang hosmet cakap hensem tu datang dan mintak IC dengan boarding pass hosmet. Bila hosmet bagi, dia cakap tunggu jap. Saya pelik, hosmet lagi la pelik. Takkan sebab dia ada kad OKU, maka ada sesuatu yang akan berlaku?

Lepas tu datang dua orang pramugari, tanya "Cik Azila? Boleh turunkan meja?" Hosmet pun turunkan meja. "Hari ni kan hari special, ini dari pihak kami untuk Cik Azila, Happy Birthday!" pramugari manis bagi nasi lemak, air ngan kad birthday yang da ditandatangani oleh seluruh caben crew Air Asia. Terharu sungguh dia... Tambah-tambah terharu bila Captain Darren lak bagi ucapan sampai semua penumpang dengar. Ekekeke...

Saya pun tumpang happy jugak dengan orang demam. Hahaha~

Kesimpulannya, kalau kamu-kamu nak travel, try la gi pada hari lahir kamu... :p


Bye Bye~



Bye bye semua... Masa ni saya dah kat airport... Doakan saya selamat sampai ye~ Nanti kita wat live dari sana pulaksss~

P/S: Itu bukan nama saya, tapi nama birthday girl~~~


Tahyul dan Makhluk Ghaib


Bukan lah kita ni percaya benda-benda tahyul.

Takkkkkkk... Dulu saya pun macam tu jugak, tak percaya benda-benda tahyul ni semua. Sebab ape? Sebab pembomohan. Bila berkait dengan bomoh, dukun, pawang... Memang saya akan tarik muka terus kalau ada saudara-mara yang sebut dan cadangkan. Pembomohan ni kan melibatkan makhluk halus, guna jin dan syaitan untuk berubat. Tahyul tu! Syirik! Berdosa besar sebab menyekutukan Allah dengan benda lain!

Jauh sekali dari cara perubatan Islam yang sebenar.

Perubatan Islam tak menggunakan perantaraan makhluk halus, tapi menggunakan ayat al-Quran yang tersusun dan jelas macam yang saya sebut dalam entri pagi tadi. Kalau dulu saya tak percaya sebab fikirkan tahyul tu semua, sekarang saya percaya yang makhluk-makhluk ghaib ni wujud dan boleh mengganggu manusia. Dan untuk mengembalikan mereka ke alam mereka dari duduk dalam badan kita, ada ayat-ayat penawar dalam al-Quran yang hanya boleh diamalkan orang-orang yang arif mengenainya.

Dan tentang penggunaan makhluk halus untuk mengganggu orang lain... Ingatlah, hebat kerana makhluk halus tu hanya di dunia, di akhirat kelak azab Allah lagi hebat dari apa yang kamu lakukan di dunia. Usah nak jadi hebat sangat, sebab ada yang lagi hebat dari semua tu! Jangan kerana dengki dan sakit hati dengan manusia lain di dunia, kamu rasa lagi sakit di akhirat kelak!


Spontaneous Thursday #3





'How to tie a tie' is hot on the web right now







Papa Ben, Awak La Pulak!


Klik gambo papa Ben kalo nak join


Bila Remy Ishak Cakap Tentang Kahwin


Huk aloh.

Letak tajuk ni mesti kene serang dengan anon. Sama macam dulu, letak nama abang Fahrin...padahal memang panggil papa Ben guna nama tu pun. Sekarang da tukar, takmo dah abang Fahrin, guna papa Ben je... Macam teddy bear kannn? Teringat lagu papa Ben, mama Ben, teddy Ben... Erkk! Habis la kene sekeh kepala sat gi~ Hahaha~

Copet gambo kat fanpage dia yang tak bape popular (sebab ade lagi satu fanpage yang popular sikit)

Sebenarnya tadi baru pas baca berita kat utusan, pasal wanita pilihan Remy. Ingatkan ada la senarai wanita pilihan tu, rupanya takde. Dia just cakap je kalo bakal isteri dia tu seorang artis, dia akan suh wanita tu kurangkan aktiviti seninya.

"Ujar Remy lagi, jika jodohnya itu dengan seorang artis, dia mahu isterinya itu kelak akan mengurangkan aktiviti seni dan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga untuk mendalami tanggungjawab sebagai seorang isteri." [Utusan, 2011]

Haa... Tengok, Remy pun nak isteri yang mampu jaga keluarga dia elok-elok. Korang tak nak ke??? Semalam hangat gak isu tentang isteri lebih sesuai duk rumah ni bila encik jiran bukak sesi perbincangan kat FB. Saya ada bagi pandangan saya sendiri tentang ni...

"tentulah saya setuju bila bergelar isteri lebih SESUAI tempatnya di rumah... salah seorang pensyarah saya (merangkap PA), selalu berpesan dan berkongsi dengan kami bahawa dia lebih senang meletakkan tanggungjawab isteri itu di rumah, mendidik anak-anak dan menjaga rumahtangga... yesss, isteri dia isteri yang berdegree dan berpendidikan... dengan itu, dia lebih faham untuk mendidik anak2 dia macam mana...

tapi jika aspek ekonomi yang nak ditekankan kat sini, tak salah kalau isteri bekerja bersama-sama, saling membantu menjaga ekonomi keluarga...tapi bila sampai hadnya (da ada anak untuk dibimbing), lebih elok berhenti bekerja untuk jaga anak2 pulak... jangan nanti bila bekerja, suami ke mana, anak2 ke mana.. wallahu'alam.." [kalau kamu friend saya di FB, boleh ke SINI untuk baca pandangan sahabat-sahabat lain jugak]

Pandangan kamu pulak?


Darussyifa' dan Perubatan Islam...


Perkembangan ilmu pengetahuan akan terus maju menurut perkembangan daya fikir manusia. Di Malaysia, amalan merawat pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang digunakan oleh para anbiya' adalah merupakan satu bidang yang masih agak baru. Usaha untuk mengatur segala bentuk rawatan pesakit melalui cara ini dalam satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan boleh dikatakan amat berkurangan biar pun memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai para pengamal perubatan Melayu tradisional yang menyumbangkan tenaga mereka dengan menggunakan kaedah ini.

Perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya Darussyifa' hanya menggunakan dengan cara yang teratur dan tersusun ayat-ayat al-Quran, amalan sunnah Rasulullah dan kaedah-kaedah lain yang selaras dengan syarak dalam tujuan mencari ikhtiar untuk merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau spiritual.

Rawatan yang diamalkan oleh Darussyifa' ini tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya. Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam. Selebihnya di SINI.

*****

Kaedah rawatan perubatan Islam semakin lama semakin berkembang kat Malaysia ni, tak kiralah namanya Darussyifa' ke, al-Hidayah ke, dan banyak lagi. Rawatan Islam yang melibatkan psikologi, kaunseling dan sosiologi merupakan antara usaha penyembuhan penyakit, yang mana tak ramai antara kita tahu bahawa penyakit yang menyerang kita ni pun salah satu dari gangguan makhluk halus. Ade banyak ayat dalam al-Quran mengaitkan tentang makhluk halus dan penyakit, yang ni boleh rujuk slide NI (saya rekemenkan anda download dan baca, ada contoh kes dalam ni).

Jangan ingat kat zaman moden ni da takde da pembomohan, makin moden ni makin banyak pulak benda-benda macam ni...sebab manusia ni kan makhluk Allah yang susah nak puas... Jadi, kalau rasa macam diri kamu berubah dari segi fizikal atau emosi, cepat-cepatlah gi 'scan'... Kat Darussyifa' takde bayaran dikenakan untuk rawatan. Semuanya untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Sahabat saya pernah gitau, kalau macam nak tak nak je pergi 'scan' tu, haa...tu lagi bahaya, memang ada la tuuu...ops~ Mintak dijauhkan...


Nikah Je Terus!


Gambar yang indah ni diamek kat SINI

Ye, kalo boleh memang nak nikah terus je.

Bila da nikah, walopun tak buat majlis lagi, dah tak risau dah. Nak beresemes dengan suami sendiri, nak jalan-jalan dengan suami sendiri, nak bergurau-gurau pun dengan suami sendiri, ye dak? Dapat banyak pahalaaaa bila hati suami gembira. Alhamdulillah... Dosa pun leh tinggal jauh-jauh. Tapi nikah bukan perkara main-main. Banyak benda kena fikir, banyak benda kena setelkan, banyak benda kena prepare.

Hari tu ada baca tentang nikah khitbah atau istilah orang kita, nikah gantung. Bukan tak ade, malah ramai jugak sahabat-sahabat yang amalkan nikah gantung. Nikah dulu, majlis kemudian. Takde tunang-tunang. Family faham, alhamdulillah. Untuk elakkan maksiat dan mempermudahkan perkahwinan. Tapi kalau family tak faham, memang susah. Mereka akan nampak nikah gantung ni menyeksakan.

Semua tu bergantung juga kepada kamu, persediaan untuk menikah tu dah cukup ke? Nikah bukan perkara mudah, walopun kita nampak benda tu simple aje. Then, keputusan mak ayah, macam mana pulak? Tu pun kene consider. Yang nak kawen masa study tu, fikirkan jugak, mampu ke nak bahagikan antara study dengan keluarga bila da kawen? Kewangan, boleh support ke? Takkan nak guna duit mak ayah jugak kan? So, fikir lah masak-masak ye...

Mana-mana yang kamu pilih, bila da istikharah, insya'Allah DIA akan memberi kemudahan di dalamnya... :)

Tetiba rasa macam menulis serupa Iffah Afeefah.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.