BLOG ENCIK SUAMI

Monday, July 18, 2011

Jaga Baik-baik...!


"Eeee...tengok sikit..." Hosmet yang datang menjemput kami di airport bersuara semasa saya melihat bekas bekam pada cermin besar dalam surau Jusco Bukit Indah.

"Eh, eh..." Aunty macam geli-geli melihat bekas bekam (saya memang panggil hosmet yang ini sebagai aunty). Disentuhnya sedikit, saya terus menjauh ke hadapan. Sakit. Ya, masih terasa lagi sakitnya bekas bekam itu.

"Sakit ke?" tanya Aunty. "Aiyok... Sorry, sorry!"

"Rasa macam sakit lebam tu lah... Macam kecik-kecik dulu, kita tiba-tiba ada kesan lebam-lebam kat badan, orang-orang tua kata kene hisap dek hantu... Ekekeke..." Saya berseloroh sambil tersengih.

"Aha... Lebam macam tu, sama la kan... Darah kene hisap... Hahaha~" Kami tergelak.

"Eh, kenal tak kak Midah?" tanya Aunty. Saya menggeleng.

"Ala...dia tu orang HPA, pandai tengok jari-jari kita ni pasal bab-bab kesihatan. Aunty takut lah..." kata Aunty sambil melihat kedua-dua belah tangannya.

"Dik!!!" Tiba-tiba perbualan kami terganggu oleh suara seorang kakak yang sedang memilih telekung. Kami menoleh.

"Sape punya purse kat sini ngan kat situ?" tanya dia. 'Eh, akak ni...awat garang semacam aje...' Saya tertanya-tanya dalam hati.

"Kitorang punya, kak..." Aunty menjawab.

"Jangan letak sini, dik. Bahaya... Kang hilang."

"Owh, kitorang nak letak sekejap je tadi, tengah borak-borak jap."

"Kejap pun bahaya dik, adik akak dengan kawan dia, tiga orang masa kat XXX punya surau, sekaligus hilang handbag tiga-tiga masa tengah solat sebab letak macam ni je."

"Ye ke... Ish, bahayanye..." Perbualan diteruskan dengan perkongsian oleh akak tu tentang kisah kecurian yang lepas...

Terima kasih kat akak tu yang bagi peringatan. Kamu-kamu semua, pun kena jaga-jaga barangan berharga masa dalam surau or masjid kat mana-mana. Sekarang ni dalam rumah Allah pun orang berani buat dosa tanpa rasa malu! Macam kisah CA Nadh dulu la...


Cintaku Tertinggal di Lubuk Buntin


'Masjid' Nur Islam

Kereta membelok ke kanan.

Dari jalan tar ke jalan tanah pasir berbatu. Jalan lurus, tapi tidak rata. Hujan tengah malam tadi mungkin menyebabkan jalan tanah pasir itu berlopak air dan agak licin. Adik driver memandu dengan berhati-hati. Beberapa kali kereta tersengguk apabila tersilap langkah, termasuk ke dalam lopak air yang agak dalam. Perjalanan selama lebih setengah jam atas jalan tanah pasir berakhir dengan berjumpa semula jalan tar.

"Aik, jalan tar sekerat jek? Sape ye menang kat sini? Next time kita pangkah sekerat aje!" kata-kata hosmet membuatkan saya tergelak dan berfikir jauh.

Tarikh siap...dua tahun lepas...

Benar, Kampung Lubuk Buntin, Simunjan, yang terletak jauh di pedalaman agak kurang dari segi kemudahan infrastruktur. Malah, setiap rumah di kampung ini memerlukan satu generator sebagai sumber elektrik. Air? Dari takungan air hujan. Tentulah airnya tak macam air kamu-kamu di bandar ni - bersih jernih! Tapi air itulah yang digunakan untuk membasuh setiap hari.

Ahli Muslim Care bersama AJK muslimin dan masyarakat kampung muslimin

Saya difahamkan, pihak Muslim Care telah memilih kampung ini sebagai tempat aktiviti Jejak Ziarah Dakwah Sarawak bersama Syabab Synergy Training Consultant. Jelas mereka sangat bersenang hati apabila ada pihak-pihak yang sudi datang ke kampung mereka yang jauh terpencil untuk bersama-sama merasai suasana kampung yang kurang serba-serbi.

Anak-anak kecil ini perlukan bimbingan...

Jiwa-jiwa di sini sangat bimbang andai ada yang tidak kuat hatinya akan terpesong akidahnya jika tiada tempat untuk mereka berkongsi rasa tentang hidup di muka bumi sebagai hamba Allah. Melihatkan keadaan masyarakat kampung yang boleh dihitung bilangannya yang faham Islam, ternyata mereka sangat memerlukan bimbingan terutama anak-anak kecil yang sedang membesar. Bak peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, mendidik anak-anak ini tentang Islam dan kehidupan, hendaklah sedari usia semuda ini.

Anak-anak kecil ini masih dahagakan ilmu tentang hidup...

Mereka masih berusaha mengenali dunia... (cuba cari Remy Ishak dalam gambar)

Apabila kembali ke bandar dari Lubuk Buntin dan melihat rumah-rumah besar pelbagai bentuk dan gaya yang tersergam sebiji-sebiji atas tanah luas yang hijau dan berpagar besi yang menyilaukan mata tatkala sinaran matahari memancar terik, saya tertanya-tanya, mana pihak yang gah berkata semasa meraih pangkah???

NAJIB kecil... (memang nama dia Najib)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.