TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Tuesday, July 19, 2011

Hisap Darah...


Dalam kata yang sepatutnya, berbekam.

Ramai yang tanya saya tentang ni, jadi meh la kita sharing-maring yeee~


Bekam (al-Hijamah) ni merupakan salah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w untuk umat Islam. Tujuan dia adalah untuk keluarkan darah yang ade toksid berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Bekam ni antara salah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.


Antara kebaikan berbekam ni adalah macam kat bawah:
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  • Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membantu meringankan tubuh (darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas)
  • Membantu menajamkan penglihatan (peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur)
  • Membuang segala gangguan makhluk halus

Itu ape yang tertulis dalam risalah yang saya dapat masa berprogram di Lubuk Buntin hari tu. Saya turut mengambil kesempatan tu untuk rasa sekali pengalaman berbekam. Untuk berbekam ni, perawat akan bukak dulu laluan bekam kat tengkuk kita, bila da bukak laluan ni, baru leh bekam kawasan yang sakit.

Perawat ni akan cek kawasan yang sakit masa bukak laluan darah dengan buat urutan ringan kat belakang kita. Dia tekan-tekan, akan ada bahagian yang ditekan tu rasa sakit. Saya bekam bahagian urat leher dan bahu yang tegang (sebab banyak mengadap lappy kot~), siyes banyak darah kotor keluar dengan derasnya... Pekat lak tu... =.=

Tentang darah yang keluar lak, perawat ni berkongsi dengan penduduk kampung, ada macam-macam jenis darah kotor keluar dari tempat yang dibekam. Ada yang berketul-ketul dan ada yang bertali-tali, bergantung pada penyakit dalam badan kita. Pesakit gout selalunya darah yang keluar tu bertali-tali.

Proses membekam lak bukan dengan cara tradisional dulu-dulu. Kalo dulu-dulu kita guna pisau yang dipanaskan, sekarang da ade alat moden sikit untuk sedut darah ke permukaan kulit sebelum 'tebuk' guna pen berjarum khas. Cup dia pun ada macam-macam saiz. Hari tu perawat dia buat lima cups kat bahu saya.

Gambar amek kat google, lebih kurang camni lah alatnye...

Sakit ke tak? Masa disedut tu rasa macam kulit tegang lerr... Sebab kene sedut. Tapi bila da siap bekam, rasa legaaaaa... Alhamdulillah ringan sikit rasa bahu. Hehehe... Dan yang penting, bekam jangan dipaksa, kena bersedia untuk dibekam dengan ikhlas dan rela hati. Untuk membekam lak, perawat wanita untuk pesakit wanita, perawat lelaki untuk pesakit lelaki.

Ni kan Sunnah Rasulullah s.a.w. Nak amalkan sunnah baginda, haram lah untuk kita mencampur dengan yang haram di sisi Allah... Buat ikut syariat, insya'Allah dapat pahala... :)

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.