BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, July 21, 2011

Nak Cari Pahala Lebih?


Nak tak, nak tak???

Ade ke yang tak nak? =.=

Haaa...mesti semua nak kan? Dalam bulan Ramadhan yang akan datang tak lama lagi ni, akan ada sesi tadarus bersama blogger yang dianjurkan oleh blogger Cik Tiniey.


Tadarus ni start dari 2 Ogos sampai 25 Ogos 2011. Caranya, tak perlu berkumpul kat mana-mana, cuma perlukan komitmen dan keikhlasan untuk tadarus di tempat masing-masing pada masa yang fleksibel!

Mudah kan? Kita blogger, kita juga adalah hamba Allah. Kita hidup untuk dapatkan keredhaan Allah. So, ape salahnya kalau kita buat amalan sunat untuk menambah pahala Ramadhan~ Allah suka, kita pun boleh perbaiki amal~ ;)

Berminat? Cepat-cepat klik SANA! Isi borang jeeee....


Dari 14 Kepada 25~ Hadiah 31-7 Birthday Giveaway!



Yup, hadiah bertambah. Sebab ade orang tu dia gi Kuching hari tu, terjumpa pulak benda-benda menarik yang kalo dia buat jadi hadiah GA, mesti bertambah-tambah masyuk hati para peserta yang join. Maka, bertambahlah bilangan pemenang hadiah daripada 14 kepada 25 orang. Oh, ada gaya cerita klasik dahulu kala tak? :p


Hadiah yang ditambah tu seperti di atas... Untuk 8 pemenang... Dan Cik Pulau pun menambah bilangan hadiah dia sebanyak 3 bijik. Hadiah ape tu? Cer klik SANA.

Ade lagi tak yang belum join dan berminat nak join? Klik banner GA kat atas tu ye... Untuk yang da join dan nak cek kamu-kamu nombor berapa, boleh klik SINI.


Keroro Berkembar Petroblog


Bukan Menara Berkembar Petronas ye.

Tapi blogger keroro ni ade dua orang yang saya kenal dalam dunia maya, salah sorang daripadanya lak saya da pernah jumpa di alam realiti. Yang first, saya jumpa di alam realiti tu adalah Sarjan Keroro, pemilik Invasion Plan. Alien dari planet mana ntah dia ni.



Rajin budaknya, rajin update, sampai kena buat autopost. Hahaha~ Rajin gak blogwalking, tak sia-sia kalo kamu-kamu pi jenguk dia, dia akan hargainya walaupun kamu-kamu ni bukan alien macam dia. Ops~ :p

Klik header untuk ke blog keroro gouro

Sorang lagi pulak keroro gouro. Beberapa kali gak dia datang blog ni tinggal jejak. Then saya jenguk blog dia. Wahhhhh~ Menarik gak entri-entri kembar keroro ni... Dia pun baru tiga bulan berblog~ Blogger baru la ni~ So, kamu-kamu semua silalah ye rajin-rajinkan diri ke blog keroro gouro~ :)


PAPA BEN CARI BLOGGER BARU JER


Klik gambo papa Ben kalo nak join~

Saya blogger baru... Banyak lagi nak belajar... Huhuhu... Meh la datang baca blog saya selalu, walopun tak best sangat ape yang saya tulis, tapi kalo ade yang baca dan suka, saya gembira~~~


Saya Makan Durian, Tapi...


Tapi saya tak makan durian putih.

Hahaha~ Sebenarnya kecik-kecik dulu saya makan je durian. Durian yang kamu semua biasa-biasa makan tu. Durian putih. Tapi bila da besar ni da tak berapa nak makan. Err... Sebab fobia. =.= Dulu masa sekolah rendah, pernah sahur makan durian, then sampai lerrr waktu berbuka bau durian tu tak hilang-hilang. Lama-lama jadi tak suka lak ngan durian. Kalau mak ngan bapak beli pun, makan seulas je. Kalau lebih-lebih kang jadi pening, kadang-kadang da besar ni hidu bau dia je pun leh pening. =.=

Tapi...ada gak durian yang saya suka makan! Haa...pelik tak? Adehhh... Ntah nape camni, saya pun tak tahu. Tadi petang baca entri wordless wednesday kak Ayu kat SINI pasal durian, then tiba-tiba tergerak nak carik nama durian yang saya suka ni. Search kat google, terussss keluar entri kak Hasue...! Orang sarawak! Patutlahhhh...hahaha~ Nak tau durian mana yang saya suka? Yang dalam gambar kat bawah ni...

Gambar dari blog kak Hasue~

Orang Sarawak panggil durian oren ni durian otak udang. Sangat sedapppppppp!!! Da pernah tengok dan rasa tak? Kalau nak tengok lagi gambar lain, sebab ada lagi satu jenis durian yang lebih kurang sama macam ni kat entri kak Hasue, klik SINI ye~ :D

Err...agak-agak family kat rumah tu baca tak entri ni ye...kang ade gak kene sound ngan mak...=.=


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.