BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 23, 2011

Dapat Hadiah Besday Awal...



Tak sangka dapat hadiah besday awal... Pandai ye kak Elly~ Sangat-sangat suka hadiah tuuuu!!!! (dan pembalutttt hadaih tuuu jugakkkkk!!!!)

Lepas ni keje membaking ajeeee lahhhhh! Hahaha~

Terima kasih banyak-banyak kak Elly...

Terima kasih jugak kepada semua orang...untuk hari ni... :)

P/S: Cer teka ape istimewanya pembalut hadiah tuuu...


Eh, Ustazah! : Qasar dan Jamak


Hari ni ustazah dengan adik dia, Amalina gi Kuala Lumpur. Sorang lagi kawan ustazah ikut, ustazah panggil dia Shida je. Disebabkan diorang ni dari Pahang datang jauh ke Kuala Lumpur, maka bolehlah dikira sebagai bermusafir.

Shida: Alhamdulillah, sampai hotel jugak kita.

Ustazah: Alhamdulillah... Kesian adik akak, mesti penat.

Amalina: Huhuhu... Penat gak. Dah lah tak solat lagi...

Ustazah: Eh, sekarang pukul berapa? Da masuk Asar ke?

Shida menjeling jam tangan. Kemudian melihat jadual waktu solat di dinding hotel.

Shida: Lagi 10 minit nak masuk Asar.

Ustazah: Kalau macam tu, kita buat jamak takhir dengan qasar ye nanti. Sebab masa 10 minit tu tak sempat untuk kita amek wudhu' dan solat Zohor.

Amalina: Oooo...akak, kalau nak solat jamak dengan qasar ni boleh buat masa bila je?

Ustazah: First sekali kita tafsirkan dulu solat qasar ni ape, iaitu memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Shida: Solat 4 rakaat je ye, kalau Maghrib dengan Subuh sah-sah la tak boleh qasar, kan?

Ustazah: Yup. Hukum mengqasarkan solat ni pulak adalah harus berdasarkan dalil kat bawah ni.


Amalina: Eh, kalau takde serangan orang kafir lak? Masa zaman-zaman kita yang da kurang berperang sangat ni, pun boleh qasar jugak ke???

Ustazah: Insya'Allah boleh... Dulu ade sorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w.


Amalina: Alhamdulillah... Allah Maha Pemurah kannn... Ade syarat-syarat tak nak buat qasar ni, akak?

Ustazah: Adeee... Kalau nak buat qasar, jarak perjalanan kenalah melebihi 2 marhalah, iaitu lebih kurang 90 kilometer. Perjalanan tu pulak hendaklah diharuskan oleh syarak. Niat qasar tu jangan lupa masa takbiratul ihram. Dan kalau nak amek pahala berjemaah, pastikan kita tak berimamkan orang yang solat tamam (solat rakaat sempurna).


Shida: Pernah gak dengar pasal limit-limit waktu perjalanan kalau nak buat qasar ni... Yang tu cane lak?

Ustazah: Masa buat solat qasar ni, kita hendaklah masih dalam musafir. Dan kita berniat untuk bermukim tak melebihi tiga hari, tak termasuk perjalanan pergi dan balik.

Amalina: Ermmm...kalau lebih dari tiga hari tu, dari awal lagi kena solat sempurna la kan, ustazah? Eh, akak... Hehehe...

Ustazah: Aha...kalau dari awal da tau yang kita akan bermukim lebih lama, lebih afdhal untuk buat solat sempurna. Sebab bila lebih lama, selalunya aktiviti kita tu takde la pack sangat untuk buat solat penuh.

Shida: Ermmm...yang jamak tadi, macam mana pulak?

Ustazah: Jamak ni maksudnya, himpun. Dari segi istilah, menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu. Solat jamak ni terbahagi kepada dua...


Shida: Mesti ada syarat dia masing-masing kan?

Ustazah: Yezzaaa~~~ Nak buat solat jamak taqdim ngan jamak takhir ni ada syarat-syarat tertentu.



Ustazah: Tengok kat atas tu, pastikan kita dah ada niat nak solat jamak takhir dalam waktu solat pertama lagi. Kalau tak berniat, tak sah solat jamak takhir kita, kena lah buat solat sempurna dan qada' untuk waktu solat yang tertinggal.

Amalina: Owhhh, kena niat awal-awal ye... Kalau niat solat dia pulak, camne akak?

Ustazah: Niat untuk solat jamak ni macam kat bawah... Kalau nak jamak dengan qasar sekali pun boleh...



Shida: Alhamdulillah... Baru faham cara-cara dia sekarang. Subuh lak mesti la takleh jamak kan? Hehehe...

Ustazah: Haa... Jangan kang ada yang jamakkan Subuh dengan Dhuha. Tak ade okehhhh! Eh, da masuk waktu Asar, jom lah kita solat!

Amalina: Akak jadi imam!!!

Ustazah: Hamboiiiii... Kali ni Ina pulak!

Amalina: Alaaa... Kak Shida lahhh... Hahaha~

Shida: Ehhhhhh... Akak pulak! Kamu lahhh...

Ustazah: Sape lambat amek wudhu' kena jadi imam! Byeeeeeeeeeee~~~

Mereka berebut-rebut mengambil wudhu' untuk menunaikan solat.


Jamak dan qasar adalah keringanan yang Allah berikan kepada hambaNya yang sedang bermusafir. Dengan keringanan ini, insya'Allah ibadah yang wajib boleh dilaksanakan walau dalam kesibukan atau kesempitan waktu yang nyata agak penuh dengan aktiviti. Tiada alasan lagi untuk tinggalkan solat!

P/S: Rujuk E-Solat untuk niat dalam Bahasa Arab.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.