BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, July 24, 2011

23 Julai 2011


Alhamdulillah...

Sampai rumah sudah.

Penat. Tapi terkenang-kenang.

Terima kasih untuk masa-masa kamu semua yang sanggup mengusung diri ni ke sana, ke mari dalam dua tiga hari ni. Tak sangka boleh jumpa juga akhirnya. Dah lama tunggu saat-saat macam ni, berjumpa secara realiti dengan insan-insan yang amat saya senangi di dunia maya. Alhamdulillah, apa yang dirancang selari dengan rancanganNya, untuk mempertemukan kita dalam masa yang sangat singkat dan padat.


Dak Mucuk, Kakak Kecik, Aimaa, Kak Elly, Iffah, Along Tomok, Pak Cek Biola, Hisham Si Gajus, Kirin, Dek Nasz, CA Nadh, Abang Kecik, Gaven, Pikar dan lain-lain yang dijenguk sekejap kat gath SB...

Terima kasih semua...

Mengharapkan agar dari pertemuan yang singkat ni, ukhwah yang sedia terjalin semakin erat bertaut... Ameen...


Paaak.....


In our dreams by *wchild on deviantART

Saya melangkah ke dapur dan menghampiri sinki. Tak perasan apa-apa yang pelik. Tiba-tiba kaki macam tersepak sesuatu. Menunduk ke bawah, ternampak dua lembaga kecil. Mengamok lembaga-lembaga tu. Kaki diserang. Digigit sampai berdarah. Cuba mengalihkan kaki. Diserang juga. Entah kenapa saya tak lari saja dari situ, saya tak tahu. Saya duduk mencangkung dan menangkap salah seekor dari lembaga itu. Kemudian, seekor lagi. Lembaga tersebut meronta-ronta dalam genggaman, terlepas bila ia cuba menggigit tangan pula. Yang seekor lagi pun cuba menggigit tangan yang menggenggamnya. Saya tangkap semula lembaga yang terlepas tadi bila ia mahu meneruskan operasi menggigit kaki yang dah luka berdarah. Saya rapatkan kedua-duanya sambil memegang erat bahagian kepala, bimbang kalau-kalau ia cuba menggigit tangan lagi.

"Pak... Pak..." Saya panggil bapak. Tak bersahut, sedangkan bapak ada di ruang tamu tadi.

"Pak..." Saya kuatkan lagi suara... Bapak masih tidak muncul.

"Paaak......" Saya rasa mahu menangis. Kenapa bapak tak datang-datang. Saya sudah tidak mampu untuk menahan usaha lembaga-lembaga itu. Tak mampu! Penat memegang mereka begitu, akhirnya saya lepaskan sambil menjerit...

Terjaga dari tidur. Dada panas seperti selalu bila terbangun dari mimpi 'menakutkan'.

***


aq mimpi di gigit tikus,,,
artinya apa y,,,???
onrassu, on March 19, 2010 at 4:49 am said:

akan menghadapi orang yang akhlaknya kurang baik, waspada dan banyak berdo’a, semoga tidak trjadi. segala apapun yang trjadi pasti ada hikmahnya.

***

Bermimpi bermain-main dengan tikus. Artinya, akan dipermainkan oleh orang yang memusuhi kita.
Bermimpi membunuh tikus. Artinya, akan bisa mengalahkan lawan.
Bermimpi melihat tikus berjalan menuju jalan. Artinya, akan mendapatkan pertolongan dari orang budiman.
Bermimpi melihat tikus berlari. Artinya, akan menerima kabar yang menyenangkan.

***
Mimpi itu mainan tidur... Wallahu'alam...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.