BLOG ENCIK SUAMI

Monday, July 25, 2011

Berblog Bukan Mudah Macam Makan Kacang...


Ramai betul blogger baru sekarang kan?

Banyak tu yang baru naik dan sedang merangkak sikit demi sedikit. Seronok kan berblog? Dapat kenal ramai orang, dapat kenal macam-macam jenis orang jugak, fe'el orang, sikap orang, suma kita kenal dari berblog ni.

Tapi kita jangan lupa, berblog bukan mudah macam makan kacang. Nak makan kacang pun ada yang jenis kena bukak kulit dulu, tak semuanya boleh main telan macam tu aje. Kalau kita tak boleh terima teguran dari orang lain, jangan berani nak berblog. Orang tegur kita bukan nak jatuhkan kita, tapi nak perbetulkan kita.

Selagi mana teguran dia tak menjahanamkan kita, dan dia amek langkah yang terbaik dalam menegur kita, kenapa kita tak boleh terima? Teguran secara one on one tu rasanya da cukup baik daripada dia gi hebohkan kat orang ramai tentang kamu, kan?

Still takleh terima? Nak berhenti berblog jugak hanya sebab teguran yang cukup baik? Terpulang...


Bila B Tanya Pasal A, A Pulak Tanya Pasal B... C Kena Duk Diam-diam...


Think About You by =Dr4kon on deviantART

Borak dengan yang sorang neh... Tak jauh lagi borak, tiba-tiba dia tanya...

"Ape cite A tu?"

Saya terkedu sebentar.

"Ntah, tanya la dia sendiri..."

"Cehhh... Takde la, A dengan Sunah ok ke?"

"Alhamdulillah... Ok jek..."

*****

Tengah makan-makan dengan yang sorang ni pulak...

"Eh, B tu ape cite eh?"

Saya tersenyum. Sama je mereka ni.

"Ntah, tanya la dia sendiri..."

"Takmoooo..." Sambil menggeleng kepala.

"Huk alohhhh..."

*****

Hurmmm... Kalau kamu berdua baca ni, sila tersengih sendiri ye. Saya tahu kamu berdua rindukan satu sama lain, tapi takmo ngaku je kannn kannn kannn...gggrrrrr!


Bila Cici Jumpa Bebi Kaler Ijo...



Dia baru balik dari kampung bersama hosmet. Sampai-sampai je nampak ada bebi kaler ijo. Hurmmm...tak tahu diorang ni leh kawan ke tak... Kita tunggu dan lihat aje lah yeee...

Saya pun tak tau nape kaler dia jadi lain kat atas tu...bese la, kamera cap ayam kan...
P/S: Ni keroro keee???


Buat Sedikit, Hasilnya Besar!


Kept Inside by ~nairafee on deviantART

Buat sedikit.

Hasilnya besar!

Tak mudah untuk jadi macam tu. Bukan perkara senang untuk menghasilkan sesuatu yang besar dengan usaha yang sedikit. Selalunya untuk menghasilkan sesuatu yang besar, orang akan berfikir untuk bermula dengan besar-besar juga. Tapi selalunya yang dimulakan dengan besar-besar, hasil dia kebanyakannya sedikit atau kecik ajeee...

Untuk menghasilkan sesuatu yang besar tapi dengan tenaga yang kecik dan sikit, perlukan plan yang betul-betul terancang rapi. Kalau tak plan betul-betul, samalah macam orang yang berangan-angan nak kete Audi S5 tapi keje tiap hari macam nak aim kete sorong ajeee... (belajar buat peribahasa macam Solo Molo). Yang pasti, untuk capai matlamat besar, jiwa kena besar!

Kadang-kadang tanpa kita jangka, usaha kecik yang kita buat tanpa aim untuk yang besar-besar, tiba-tiba pengaruhnya sangat besar pada orang lain...

Kalau kamu mampu melakukan yang macam tu, tahniah buat kamu!

P/S: Tahniah buat atok sayammm!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.