BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, July 28, 2011

Kereta Remy Ishak?


Mana, mana???

Ada orang carik keyword ni kat histats... =.=

Penat duk cari kat google, tak jumpa-jumpa gak keretanya yang mana satu.

Last-last saya carik gambar kereta yang saya suka aje lahhh yeee... Hahaha~

Meh tengok mehhh...

Audi S5

Mazda 6

Ford Fiesta

Getz SE

Errr... Perasan tak semua kereta nampak sporty? :D

Hari tu de orang cakap nak survey kete ni...

Errr... Saya tak pasti Remy Ishak pakai kete-kete ni ke tak... Cer tanya orang lain pulak yeee... =.=


Goalllllllllllll!!!!!!! 1-1


Goalllllllllllllllllllll!!!!!!

Malaysia 1 - Singapura 1 dahhhhh!

Tu diaaa... Saya pun nak join update gak. Hahaha~

Malam ni macam senyap aje dunia blog. Sebab semua duk tengok bola. Semangat betul bloggers Malaysia ni eks~ Suka saya tengok. Kalo lah bersemangat macam ni gak bila masuk bab-bab penindasan golongan miskin, kebuluran, pemerdagangan manusia, bla, bla, bla...kan bagusss~

Tak pun, bila ada sorang blogger kena kutuk kee, semua berganding bahu mempertahankan blogger tu. Kalau tak nak berganding bahu pun, diamkan aje la... Tak payah lah duk mengapi-apikan lagi keadaan yang da sedia berapi. Kan ke kalau ade orang lain memburukkan sahabat kita, kita sebagai sahabat kena usaha untuk menutup keburukan tu? Atau pun bila kita dapat tahu sahabat kita diburukkan, tak perlu kita sampaikan kat dia tentang berita buruk tu kerana nanti hanya akan memburukkan keadaan aje. Buat sakit hati sahabat kita aje... Lainlah kalau berita baik tentang sahabat kita yang dihebohkan, haaa...yang tu takpe...

Eh, dah masuk bab lain la pulak kan...

Sila-sila sambung tengok bola~


Sunah Sakura Berjiwa Puitis, Tak Layak Join Maharaja Lawak


Sila gelak guling-guling bila baca tajuk di atas. Gggrrrr!

Ni semua ostad geli-geli punya pasal, Jiji musuh Cici tu. Dia kata saya tak lawak, tak boleh buat grup macam Jambu kalau nak join Maharaja Lawak. Walaupun saya kiut dan dia legend, mati-mati dia nak pertahankan jugak bahawa saya seorang yang puitis, bukan lawak... Adehhhh... =.=

Saya puitis ke? Mungkin kebanyakan entri blog saya akhir-akhir ni bernada puitis atau jiwa-jiwa, maka ramai yang datang baca kat blog ni komen macam tu. Sunah jiwang... Erkkk! Jiwang kee? Dah lama dah tak update entri jiwa-jiwa cenggitu. Nak update entri yang biasa-biasa pun da jarang sekarang ni...huhuhu.

Tuuu, Encik Angah tu lagi jiwang okehhh... Lagi puitisss! Siyesss! Saya sanggup bersengkang mata baca entri-entri dia... Sangat mendamaikan hati dan menenangkan minda... (sambil bayangkan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, menampar-nampar pipi yang gebu...eh, itu pipi Pak Cik Mat, bukan pipi saya!)

Ok ok... Saya tak jadi nak join Maharaja Lawak dahhh...


Janji Tauuuu!


Promise by *bettytox on deviantART

"Janji ye?"

"Janjiii~~~"

Manusia selalu berjanji, mungkin jugak berjanji ni satu tabiat yang dah jadi kegemaran. Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau nak berjanji je, tautkan jari kelingking antara satu sama lain..."janji tauuu!" Hehe, simbolik betul...

Bila da besar panjang, kita makin faham dan didedahkan dengan adab perjanjian. Berjanji dah tak boleh guna jari kelingking dahhh... Dah tak boleh main sebut "janji yeee..." lagi.

Janji kita bila da dewasa ni dengan Allah. Sebab tu kita kalau berjanji kena sebut "insya'Allah" - dengan kehendak Allah. Kenapa? Sebab segala apa yang kita rancang, takkan menjadi kalau tanpa keizinan dariNya. Kalau Dia berkehendak akan sesuatu, bila Dia kata jadi, maka jadilah...


Bila kamu tak menepati janji pulak setelah melafazkan kalimah "insya'Allah", maka kamu telah melanggar juga perjanjian kamu dengan Allah tadi. So, berhati-hatilah dalam memeterai perjanjian sesama manusia. Jangan lupa, munafik seseorang manusia itu bila dia berjanji, tapi tak menepati janjinya.

Bila tak menjadi, jangan marah-marah pulak. Sebab bila marah, sebenarnya kamu marah dengan Allah. Jadilah hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan Dia, tak ke mana janji kamu tanpa Dia menjadikannya berlaku mengikut susunanNya...

Wallahu'alam.


PAPA BEN CARI BLOG .. CEPAT !


Kalo nak join, klik gambo papa Ben~

Dalam kedemaman selsema, saya nak menyerahkan blog saya gak untuk dibelek-belek...


Jom Abang... Main Buka Baju!


Jom, jom~~~!

Abang-abang semuaaaa... Sape nak join?

Tapi... Nak main camne ni?

Cer buat demo sikit, lepas tu baru tau cane...

Adakah serupa superman yang bukak baju luar bila nak jadi superhero? Atau macam spiderman yang leh bukak-bukak topeng muka?

Ke macam ultraman yang gi sorok kat belakang bangunan mana ntah, lepas tu tiba-tiba da sarung kostum ultraman?

Mana la saya tauuuuu!!!

Cer carik kat website khas cara-cara main bukak baju ni...

Url website dia macam kat dalam gambar kat bawah...


Gggggrrrrr!!! Sape jugaklahhhhh yang carik keywords camni kat blog Jeneral... Eh, eh... Dah lama Jeneral tak kuar dalam entri kan?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.