BLOG ENCIK SUAMI

Friday, July 29, 2011

Eh, Ustazah! : Puasa


Lepas balik dari Kuala Lumpur hari tu, ustazah terus mengajar kat kelas macam biasa. Takde cuti-cuti. Lepas berbalas salam dengan anak murid, maka bermulalah sesi pembelajaran.

Ustazah: Dah nak habis dah bulan Syaaban ni. Dah nak masuk bulan Ramadhan dahhh... Ustazah nak test lah anak-anak murid ustazah ni. Sape tau maksud puasa?

Nasri: Ustazah, saya! Saya!

Ustazah: Haa... Nasri, ape dia puasa tu?

Nasri: Puasa tuuu menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Ustazah: Alhamdulillah... Betul tuu... Kalau nak puasa ni, kita boleh puasa macam tu je ke?

Adilla: Tak bolehhhh!

Ustazah: Kenapa pulak tak boleh Adilla?

Adilla: Kena niat lah ustazah!

Ustazah: Yup, sape leh share niat puasa kat sini?

Aiman: Saya ustazah!


Suhaili: Err... Ustazah, kalau macam kami ni... Perempuan kan ada masa tak boleh puasa. Macam mana nak niat sebulan kalo gitu? Uhuhu...

Ustazah: Soklan yang bagusss~ Kalo ibadah puasa kita terputus sebab haid, sakit, atau lain-lain, niat puasa sebulan tu da tak leh guna dah. Kena perbaharui niat kita bila kita yakin takde da benda-benda yang akan menghalang puasa kita yang berturut-turut tu dengan lafaz, "Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala."

Nasri: Ooo... Kalau kami yang lelaki ni boleh lah kan niat sebulan terus kecuali nanti tiba-tiba terrrsakit pulak, kena berniat balik macam yang ustazah cakap tu, ye~

Ustazah: Yup. Ustazah selalunya niat setiap malam ajee... Haaa...sape tau waktu berniat ni bila?

Adilla: Saya, ustazah! Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sampailahhh sebelum waktu Subuh.

Ustazah: Alhamdulillah. Pandaiii anak murid ustazah. Jadi dalam mana-mana masa antara waktu tu, bolehlah kita berniat puasa untuk hari esok.

Aiman: Eh, ustazah! Kenapa kita kena puasa? Macam pernah dengar pasal wajibnya puasa, tapi tak ingat lak ayat mana... Hurmmm...

Ustazah: Owh, cer semua buka tafsir al-Quran. Bukak surah al-Baqarah ayat 183.


Ustazah: Lagipun, puasa di bulan Ramadhan ni salah satu daripada rukun Islam. Oleh itu, sape-sape dari umat Islam yang berakal, baligh atau cukup umur, dan mampu iaitu tak uzur, diwajibkan ke atas mereka untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Adilla: Ustazah, dulu kannnn...kawan saya si Mei Ling tu join jugak kami puasa. Dia nak rasa macam mana kita puasa. Sah ke puasa dia, ustazah?

Ustazah: Wahhh...makin bagus soklan-soklan anak murid ustazah ni~ Syarat puasa yang diterima dalam Islam ialah yang berpuasa tu orang Islam, berakal, suci daripada haid dan nifas, dan berpuasa dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. Jadi...puasa Mei Ling tu tak diterima sebab dia bukan Muslim.

Adilla: Ooo...macam tu eks~ Suka-suka je la yee~

Suhaili: Ustazah, dulu ade belajar, rukun puasa ada dua kannn? Berniat puasa di malam hari dan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, betul tak?

Ustazah: Aha... Betul tu!


Ustazah: Dalam ibadah puasa pulak, ade pahala percuma untuk yang buat perkara-perkara sunat semasa berpuasa ni.

Nasri: Wahhhh! Ade jugak yeee? Ape tu, ustazah?

Ustazah: Antara perkara sunat masa puasa tu adalah macam dalam gambar kat bawah ni...


Aiman: Perghhh! Buat benda-benda ni je pun dapat pahala percumaaa!!! Rugi wooo tak buat!

Adilla: Huk aloh Aiman! Rajinnn keee bangun sahur???

Aiman: Erk! Mestilah rajin!

Ustazah: Ha, jangan gaduh... Nak dekat puasa ni eloklah kamu-kamu semua bermaaf-maafan yeee... Kalo ade salah-silap dengan orang lain, gi minta maaf cepat-cepat.

Suhaili: Hah? Kalo tak bermaafan batal ke puasa nanti, ustazah?

Ustazah: Eh, takkkk... Bukan sebab batal puasa, tapi untuk dapat lebih keberkatan dalam puasa kita tu... Biarlah kita mulakan ibadah puasa tanpa dicacatkan dengan rasa tidak senang hati dari orang lain terhadap kita. Kalo cakap sal benda yang batalkan puasa, leh baca kat gambo kat bawah ni pulakkk...


Nasri: Ooo... Kalau sakit masa puasa tu, ustazah?

Ustazah: Ha, part tu pulak... Ade kelonggaran sikit untuk sesetengah orang ni dan diizinkan untuk mereka berbuka. Orang yang sakit, orang yang bekerja buruh, orang yang dalam musafir (perjalanan), orang tua yang sudah lemah, orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Suhaili: Erk! Cakap pasal berbuka, doa buka puasa! Dah lupa macam mana!

Ustazah: Hehehe... Doa berbuka puasa dalam bahasa Arab selalu ade kat radio time-time nak berbuka tu. Maksud doa tu macam kat bawah ni...


Adilla: Alhamdulillah... Ingat balik semua bila da refresh ni. Hehehe...

Ustazah: Alhamdulillah... Esok-esok da nak puasa tu jangan lupa buat ibadah-ibadah sunat. Kalau boleh ibadah-ibadah sunat tu kekalkan la sampai bila-bila pun. Masa bulan puasa ni lah kita nak latih diri bangun malam, banyakkan baca al-Quran. Ade tadarus gak kan macam blogger Cik Tiniey buat tuuu.

Nasri: Ade ye, ustazah? Ok, ok... Nanti saya nak join, insya'Allah...

Ustazah: Ok, ok. Da habis masa ni. Minggu depan kita sambung lagi yeee... Assalamualaikum...

Semua menjawab salam.


Tinggal berapa hari je lagi bulan Syaaban akan merangkak pergi, bulan Ramadhan pula akan memunculkan diri. Jom beramal sebaik mungkin, siapa tahu, ini Ramadhan kita yang terakhir...hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.