BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 30, 2011

Sunah Sakura Gi Klinik, Kite Pun Nak Gi Klinik Gak!



Mengada gak dia ni, orang pi klinik, dia pun nak pi klinik jugak! Siap berdaftar nama ngan amek ubat lagi... Ggggrrr!


Jiji Suka Sakura dot com


Perghhhh!

Menarik gak kan kalo tukar nama blog ni!!!

Hahaha~

Kelakar baca komen Jiji kat entri Manusia Berubah... Siap pesan awal-awal lagi dia nak amek alih blog ni kalau saya da bosan dengan blog. Ggggrrr! Si Qaseh lak kemain lagi cakap sal kawen... Hahaha! Pssst, kalo da kawen kang mesti lagi bersemangat kot nak berblog! Hahaha~ :p

Kejap je bosan tuuu,  lepas tu ade balik mood. Lepas tu ilang balik... Adehhh... Nape eks? Kadang-kadang sampai tak rasa apa pulak, bila tak ramai yang datang baca entri. Erkkk! Bak kata saya kepada Pak Cik Mat, gawat nehhh...! Rasanya ni akibat dari demam beberapa hari kot...sampai hilang mood blogging!

Sunah Sakura! Chaiyok, chaiyok!


Manusia Berubah...


Gambo amek kat SINI

Manusia berubah.

Percaya?

Kalau dulu orang tu suka durian, da besar ni dia tak suka durian.

Kalau dulu orang tu boleh berlari 200 meter tanpa semput, da besar ni 50 meter je pun da tercungap-cungap.

Kalau dulu orang tu berblogspot, sekarang dia da berdotcom. Erk!

Ya, manusia berubah. Pada sesuatu yang tertentu. Tapi bukan semua. Ade jugak yang sampai akhir pun tetap macam tu. Setia sokmo. Sebab tu saya sebut, "pada sesuatu yang tertentu" je.

Kadang-kadang perubahan tu perlu. Bila mana perubahan tu dari yang tak baik kepada yang baik. Tapi nak berubah dari yang tak baik kepada yang baik ni bukan mudah. Perlu pada pengorbanan seseorang individu tu. Banyak benda yang dia kena tolak ke tepi semata-mata untuk berubah jadi lebih baik dari dulu.

Ade jugak yang berubah dari positif kepada negatif. Hurmmm...yang ni kita mintak agar kembali kepada jalan yang betul. Kita pun tak mampu nak pegang hati semua orang kan? Hati dia Allah pegang, perjalanan hidup dia, kaki dia yang melangkah...

Kalau satu hari nanti saya da bosan dengan blogging, macam mana? Err...


Takziah Untuk Keluarga Ashraf


The End by ~AniMal-e on deviantART

Saya tumpang terkejut juga.

Masa nak ping entri kat Kelab Blogger, ternampak entri kak Lekat-Lekit. Terus pi terjah. Then, terjah lagi dari situ ke link Blog Sensasi untuk tau sebab kematian.

Hurmmm... Takziah untuk keluarga arwah Mohd Ashraf Hafiz. Ada yang kata doa ibunya dimakbulkan. Wallahu'alam.

Apapun, moga kita semua mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Moga Allah mengampuni dosa arwah.

Al-Fatihah.


Saya Tau Ben Ashaari Tu Blogger Popular... So What???


Klik imej untuk jenguk blog blogger popular ni...

Amponnnnn Papa Ben... Tajuk kemain lagi kannnn? Sape suh buat syarat gitu... Saya letak la sesuka hati saya~ Wakaka~

Ok, ok... Lepas godek-godek album gambar lama, jumpa gak gambar-gambar ni... Godek jugak fotopages saya yang da bersawang, jumpa la jugak gambar-gambar lama. Tapi tak tau nak pilih yang mana satu. Last-last, saya amek dua gambar ni je...

PRK vs PSM

Ni gambar masa kempen pilihanraya kampus dulu. Background laptop tu logo Pro Mahasiswa, kat depan tu pulak circuit projek akhir. Sambil buat projek akhir, sambil berkempen nkoo... Pernah jadi gambar profile kat FB, tapi dengan sedikit editing. Yang ni gambar asal lerr...

Lampu pelita

Gambar ni pulak godek-godek kat fotopages saya. Ade banyak lagi gambar lain kat situ kan papa Ben kannn... Ggggrrrr! Malas nak update je fotopages tu. Huhuhu... Gambar ni amek masa program Riang Raya kolej dulu...pasang lampu pelita ni kat area bangunan pentadbiran kolej. Seronok bila ingat balik masa tuuu~ Rindu dengan kawan-kawan lama~ Huhuhu...

Okie, tu je... Terima kasih sudi jenguk~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.