BLOG ENCIK SUAMI

Monday, August 1, 2011

Maaf, Bukan Sengaja Aku...


Cloe regarde les lapins by ~D4Ybe on deviantART

Terkadang aku bukan sengaja mahu mencelah
Jauh sekali mahu menjaga tepi-tepi kain jemuran
Namun aku bukan orang yang suka pada perselisihan
Bila dahulu aku melihat indahnya kedamaian

Terkadang aku rasa mereka perlu tahu
Pada sesuatu yang tidak mereka ketahui
Agar tidak lagi ditemani bayangan ego yang membuak
Agar rasa tinggi menjadi lebih rendah dari tingkat iman

Terkadang aku rasa mahu menjerit
Meluahkan semua yang terbuku di hati
Biar satu dunia tahu apa yang benar terjadi
Tiada lagi kata-kata dari yang kurang mengerti

Terkadang aku rasa aku bukanlah sesiapa
Bagai melukut sahaja di tepi gantang
Kata-kata aku hanyalah sekelumit kuman
Yang mungkin tidak bernilai apa-apa

Aku hanyalah seorang pemerhati alam
Yang menilai dari sudut hati dan kotak fikir
Yang merasa dengan jiwa dan rohani
Kemudian meluahkan segalanya dengan pena

Aku bukanlah sesiapa...
Aku sedar itu...
Maaf...


"Kena Upload!!!" kata Ratu Pecut...


Errr...

Ratu Pecut kata kena upload gambar-gambar ni. Gambar ape ye?

Marilah kita tengok sama-sama...


Yang ni Kak Elly bagi... Awal dia bagi... Masa mini gath kat KL hari tu. Pembalut hadiah tu yang simbolik tuuu. Sakura~~~ Mana nak carik ek~ Hehehe... Terima kasih akak~ Tau benar dia saya suka baking. :)


Yang ni...kita palu kompang dulu. Harus! Sebab dengar kata da nak kawen. Eh, tu cita orang lain, bukan cita dia. Salah, salah. Ni Pak Cik Mat bagi masa kat Sedenak hari tu. Huhuhu...tak sangka betul dapat hadiah dari Pak Cik Mat, nak gelak je masa tu. Balik bukak, tambah lagi tergelak sebab dia bagi penimbang digital. Hahaha~ Dia tauuuu saya takde benda ni kat rumah sebab selalunya dia jadi mangsa penimbang maya melalui YM. Hahaha~ Terima kasih Pak Cik Mat! Lepas ni boleh main timbang-timbang Cici kat sini. Erkkk!


Yang ni...macam harta karun. Siap ada entri khas untuk bagi tau pasal hadiah ni. Sape bagi ni? Ratu Pecut lerrr~ Dia main sorok-sorok lak hadiah ni kat dalam bilik, jenuh gak mencarik tadi. Nasib bek migrain tak menyerang. Gggggrrrrr! Hahaha~ Terima kasih ye Iffah~ Bila-bila nanti datang la lagi~ Kalo nak duk sini terus pun boleh jugakkkkk~ :p

Dari kak Farawahila Ahmad

Untuk e-card-e-card yang kamu-kamu buat juga dalam entri-entri GA, tersangaatttt banyak sebenarnya dan cantik-cantik semuanyaaa~ Teringin nak kumpulkan semua tu dalam satu entri khas nanti, insya'Allah... Kena godek balik 186 entri GA... Tahniah ye kepada yang menang tu, yang tak berjaya, jangan putus asa (cc: Jiji), rezeki kamu di tempat lain... :)

Terima kasih ye semua... 


Senarai Pemenang 31-7 Birthday Giveaway!



Wahhhhhhhhhhhh~

Dah keluar keee? Alhamdulillah dahhh~

Daripada 186 orang peserta yang join, senarai no 1 sampai 25 orang pemenang 31-7 Birthday Giveaway dah dikeluarkan oleh kembar paling bongsu, blogger gadis melayu kat SINI.

Tahniah kepada yang menang tu~

Jangan lupa bagi details masing-masing seperti yang diminta ke email tu yeee...

Terima kasih~

P/S: Jom gi bazar Ramadhan, carik menu berbuka puasa~~~


Makin Hari Makin Gemokkkk di Bulan Puasa!


Eiks, selalunya bulan puasa ni orang makin kurus!

Nape tiba-tiba boleh jadi gemuk lak ni? Hurmmm... Kalo fikir pasal perut yang mengecik masa bulan Ramadhan, memang lerrr sah bulan puasa ni bulan untuk mengurangkan berat badan bagi yang nak diet tuuu. Tapi selalunya berat badan saya maintain aje bulan puasa. Hahaha~ Sebab petang-petang kan da topup balik masa berbuka puasa, malam-malam lak makan lagiii~~~

Ni pe kes lak menggemokkkk ni?

Hehe... Menggemokkkk kat sini adalah untuk jiwa kita ye sayang-sayang semua~ Sepanjang bulan Ramadhan ni kan ade banyak program menarik yang bersifat ilmiah dan keagamaan (contohnya kat SINI), tambahan lagi ade tadarus macam yang blogger Cik Tiniey buat TUUU, insya'Allah boleh menambahkan berat amalan baik dan pahala kamu-kamu semua yang rajin ni.

Dengan itu, kalo tiap hari kamu mengisi jiwa dengan santapan rohani, maka insya'Allah sampai hujung bulan nanti gemokkkkklahhhh jiwa-jiwa kamu dengan pelbagai juadah dan menu ilmiah yang dihidangkan secara percuma di masjid-masjid dan surau-surau berdekatan.

Tak payah bayarrrr, cuma perlu sikit tenaga je untuk memusingkan roda kenderaan kalo ada, tak pun menapak ajeee sambil kira berapa langkah da pahala dikumpul dengan hanya berjalan kaki ke tempat ibadah tuuu. Subhanallah!!!

Ermmm...jommmlah kita menggemokkk sama-sama eks~


BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK..


Klik kalo nak join~

Kene cite pengalaman pertama berpuasa? Uiks, nak tau kena pi SANA. Da cite da duluuuu... Papa Ben niii... Takmo cita sini, ni cita makanan je. Hahaha~ Sesuka hati je kannnn... :p

Bertungkus-lumus saya mencarik, risau gak kalau tak jumpa. Ye la, mana nak tau blogger masak-masak mana yang ada buat benda ni kannn... Alhamdulillah Pak Cik Mat selalu sebut nama-nama blogger masak-masak, maka bolehlah geledah bloglist Papa Ben carik geng-geng memasak Pak Cik Mat tuuu.

Nak tau takkkk, makanan ape yang wajib ada di meja masa berbukaaaa??? (Walaupun saya pelik dengan tajuk entri sebab tajuknya pasal sahur, tapi kena buat entri pasal berbuka....errr)

.

.

.

.

.

Nahhhhh......! Yang ni lerrr...

Jenguk blog kak Hanieliza kat SINI

Pelik? Kalo kamu-kamu duk tempat saya di Sarawak, memang ABC jadi makanan terlaris dijual di bazar Ramadhan. Tapi jenis yang ABC biasa tu la, takde aiskrim-aiskrim special cam ni. Hehehe... ABC menyejukkan tekak dan manis di lidah. Berbuka kan sunat dengan makanan yang manis-manis~ Selain kurma, ni lerr yang boleh disuap cepat-cepat bila azan Maghrib berkumandang~ :D Dari kecik sampai besar ni masih tetap jadi makanan kesukaan... Hehehe...

Pssst, saya jumpa gak satu lagi gambar ABC yang lain sikit!

ABC Jepun! Kak Hana punyaaaa....

Comel aje kannn~ Tapi kalo duk Semenanjung ni jarang la nak jumpa orang jual ABC untuk berbuka. So, mengidam aje leee... Kena tunggu balik Sarawak baru boleh makan~

Eh, da macam buat review makanan pulak... Errr... Okeh, okeh... Baik berhenti sekarang. :D

First Ramadhan As A Blogger...


Yup! Pertama kali...

Ops, macam mana pulak leh jadi first time tapi da berblog dari tahun 2008 lagi? Err... Kalau ada yang tanya saya soalan ni, ini jawapan saya...

Memang Ramadhan kali ini terasa kelainannya berbanding tahun-tahun yang lalu. Kerana untuk Ramadhan kali ini, buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun berblog, saya menyambutnya bersama-sama dengan semua blogger di alam maya. Manisnya detik merindui Ramadhan dan saat-saat menanti kedatangannya dirasakan bersama, setiap rakan blogger yang menyambut Ramadhan pula berkongsi entri masing-masing sedari awal detik Ramadhan semalam.

Pastinya semua mengharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Saya juga mendoakan yang sama untuk semua. Kepada rakan-rakan blogger, jom kita manfaatkan bulan ni dengan sebaik-baiknya, memperbaiki segala amalan dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah yang Maha Pemurah memberikan kita usia hingga ke saat ini untuk mengecapi manisnya Ramadhan.

Kita kongsikan yang baik-baik kepada semua, biar semua mendapat manfaat~ Then, usaha untuk istiqamah hingga selepas Ramadhan juga~ Insya'Allah... :)

Semoga segala amalan baik yang kita lakukan dalam bulan kemuliaan ini diterima olehNya. Ameen...


Terima Kasih Atas Doa Kamu!


Terima kasih!

Kepada yang post ucapan dan doa kat wall FB, yang hantar mesej kat henset baru, yang buat entri kat blog... Pak Cik Mat, Abang Ady, Papa Ben, Kak Ayu, Ostad JijiNad, Iffah, Udin, Aimaa, c genk, Kak Shida, CA Nadh, dan semua yang join GA...

Terima kasih untuk doa-doa kamu semua sempena hari kelahiran ni... Moga Allah makbulkan doa-doa kamu, insya'Allah...

Kepada mak...

Terima kasih kerana melahirkan saya pada tarikh ni... Dah 24 tahun saya menjadi seorang anak kepada mak yang saya sayang... Dalam 24 tahun ni, dah macam-macam perkara dan peristiwa yang berlaku... Ade yang kita lalui bersama, ada yang mak berikan saya peluang untuk hadapinya sendirian, namun mak sentiasa bagi kata-kata semangat walaupun dari jauh... Buat mak yang melahirkan saya ke dunia, ampun dan maaf dipinta seandainya sepanjang 24 tahun usia saya di dunia pernah saya mengguriskan hati mak, menyebabkan mak kecewa atau terluka... Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengenal dunia dan segala isinya hingga ke saat ini...

Terima kasih Allah...

Kematian semakin hampir...

P/S: Dengan ini, 31-7 Birthday Giveaway telah ditutup penyertaan... :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.