BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 3, 2011

Kerajaan Sarawak Harus Ambil Perhatian Isu Mentega Haram


Gambar Google

Yup, isu mentega yang disahkan haram tu.

Kek-kek lapis di Sarawak kalau dulu-dulu memang kebanyakannya guna mentega Golden Churn ni. Kek yang guna mentega ni hasilnya sangat sedap, walaupun harga mentega ni agak mahal. Mungkin sebab itulah kek dulu 'sedap-sedap'. Tapi sekarang dah tak boleh guna mentega ni dah, da kena berlatih guna mentega lain.

Untuk kita yang tahu ni, bolehlah berjaga-jaga dan ambil tindakan yang sepatutnya. Tapi untuk mereka yang tak tahu kat sana macam mana? Yang tak tengok berita kat TV, tak baca newspaper, takde internet, diorang tak tahu tentang ni. Kat kedai pun memang mentega-mentega ni terjual lagi. Takde hak pun nak halang ia dijual sama macam daging khinzir yang dijual dalam tin, tetap ada kan kat kedai-kedai? :)

Dekat-dekat dengan hari raya ni pulak, mesti la banyak kek-kek lapis akan dijual. Bila beli kek lapis pulak, kita tak tahu orang tu guna mentega apa. Jenuh jugak la nak tanya setiap penjual tu, guna mentega apa buat kek? Tu baru penjual... Kalau gi beraya pulak, takkan nak tanya tuan rumah tu pakai mentega apa??? Erkkk! Terus semua takmo makan kek lapis sarawak dah lepas ni kalo dibiarkan begitu saje...

That's why, patut ada inisiatif dari kerajaan supaya logo halal pada tin mentega Golden Churn tu ditarik balik. Kalau nak keluarkan logo halal pada kek-kek lapis sarawak yang tak guna mentega tu, ok... Bagus langkah tu, cumanya yang kat rumah-rumah ni macam mana eks???

Kalo kamu rasa bertanggungjawab, war-warkanlah ye tentang mentega ni... Terima kasih banyak-banyak.


Sah Sudahhhh... Haram!


Sebelum ni saya pernah buat entri tentang mentega ni kat SINI. Masa tu dapat pekeliling dari JAIJ. Ada pihak kol JAIJ dan kata betul Mentega Golden Churn tu ada DNA khinzir, cuma belum dapat dipublish beritanya sebab in progress lagi.

Klik untuk tumbesaran tak berapa berganda-ganda

Tapi tadi bila Sis Lin da tag kat Facebook keratan akhbar tentang mentega ni, maka sahlah Mentega Golden Churn ni haram digunakan dalam makanan sebab da disahkan ada DNA khinzir.

Jadi lepas ni takleh guna dah mentega ni ye mak, adik, abang-abang, akak-akak, makcik-makcik, pakcik-pakcik... Sila cari alternatif lain... SCS dengan Anchor pun ok kot no~ Buttercup pun adaaa... Tapi Pak Cik Mat kata kalo nak wat kek better guna SCS atau Anchor... Buttercup...err...err...takde papelahh... :D


Wordless Wednesday #18: Amatuer 275


Cantek shot ni... Pandai kannn dia amek gambar?


Saya Dah Bertunang...



Nanad : hello....

kak Sunah : Assalamualaikum..

Nanad : Waalaikumsalam..

kak Sunah : Nad, akak nak bertunang dah...

Nanad : ha?? bila??

Sambung SANA! Nebesss saya baca entri ni tadi! Adehhh... =.=

P/S: Autopublish ni...


Ohhhhhhhhhhh, Mengantoknya!!!!


Yawning by ~JulianGraves on deviantART

Huhuhu...

Mengantokkk... Bukan sebab prof yang bagi talk tu membosankan. Siyes menarik aje ape yang dia sampaikan. Banyak benda baru yang kitorang belajar tadi. Saya rasa memang patut bengkel camni dibuat untuk postgraduate students, lebih-lebih lagi masa awal-awal masuk. Jadi nanti kalau nak tulis journal lepas ni takde lah tersilap kat mana-mana. Nak curik hati reviewer pun lebih mudah dengan tips-tips yang dia bagi.

Tapi itu lerrr... Mengantok sebab malam tadi tido lewat. Ade la dalam 2.30 pagi camtu. Boleh pulak terlupa pagi ni nak kena gi fakulti lebih awal dari selalu. Bengkel start jam 9, tapi jam 8 lagi da kena siap-siap nak kuar sebab kak Ila nak amek kawan dia jugak, kawan dia ade interview keje hari ni. So, kena gi awal sikit. Maka memang rasa kepenatan yang agak melampau... Gggrrrr!

Lepas ni sambung balik kul 2. Harapnya tak tertido, rugi wooo kalo tertidoooo!

Baik tido sekarang. Qailullah jom...

P/S: Teringin nak post satu Wordless Wednesday yang agak special... Tapi kena tanya tuannya dulu kot no...


Wordless Wednesday #17: "Floating Widgets & Ads"


Printscreen dengan izin dari blog Prince91

Baca cerita di sebalik gambar di SINI...

P/S: Beliau da renovate blog... Gambar ni limited edition... :)


Geram Bebenor Rasa Bila Macam Ni...!


Geram pulak rasa.

Kenapa suka letak macam tu? Floating advertisement. Tau la ada innity. Gggrrr! Nak klik benda-benda yang ada kat sidebar kamu tu pun da susah bebenor da... Lappy saya kecik, tak sebesar lappy kamu... Jadi tolonglah consider. Da banyak kali kot saya cakap benda ni. Kena lagi ulang banyak-banyak kali. Kang jangan ada yang cakap jemu lak entri berulang-ulang. Tak ulang kang, yang baru-baru nak letak floating widget ni tak tau yang benda-benda tu semua mengganggu pembacaan entri kat blog-blog kamu. Nak klik button follow pun kadang-kadang benda lain yang keluar. Bukannya saya nak jugak benda blink-blink tu.

Ye, ade tuuu yang dulu buat entri cakap blog depa, sukati depa la. Buat ape nak buat blog ikut kehendak orang lain. Yesss, betul sikit aje kat situ. Sebab kamu kena consider jugak orang yang guna lappy skrin kecik. Kesian sebab takleh nak baca entri kamu tu. Semput dan sesak nafas jugak sebab penuh dengan widget dan iklan terapung-apung di kiri kanan. Nak orang lain masuk baca, kena consider la kehendak pembaca jugak.

Alahai, kenapa la mood jadi macam ni lak malam-malam ni. Sabar eksss sabar... Bulan puasa kan ni...tak elok rasa pelik-pelik. Yang tengah berpanas-panas kat blog tu, cool down dan istighfar sama-sama...ok? Nafsu kamu tuuu...nafsu kamu...sedar tak???

Astaghfirullahal'azim...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.