BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 4, 2011

Aksi Ekslusif Model Kertas Paper One



Tak tau nak tulis ape kat sini... Tengok aje la ye aksi dia main dalam kotak Paper One...

P/S: ...


Bukan Saya Tak Nak Kahwin...



Baca respon kepada komen Orang Takde Nama ni kat SANA.


H.J : SEGMEN INSAF


Korek header ni kalo nak dapat ubi dalam tanah...

Saya pilih hadith ni...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda "Perbedaan antara puasa kita dengan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur." (HR. Muslim)

Dari hadith ni, kita boleh tahu, puasa kita sebagai umat Islam dan ahlul kitab itu berbeza. Sebab puasa kita ada sahur, dan sunnahnya pada bersahur di penghujung waktu. Jadi lepas ni, eloklah amek pahala dengan bangun bersahur, bukan semata-mata nak tampung lapar di siang hari... :)

Sape lagi nak join~ Boleh klik header H.J ye~


Jika Was-was Tentang Halal atau Haram Mentega Tu, Tinggalkan Saja!


Masih ada lagi yang mempertikaikan tentang halal haram mentega Golden Churn Creamy Butter keluaran New Zealand.

Pertikaian dan persoalan muncul bila pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan media yang INI (seperti dalam gambar kat bawah) menyebabkan ade yang tertanya-tanya adakah mentega tersebut hanya haram di Sarawak, tetapi halal di Semenanjung?


Saya turut rasa pelik dengan kenyataan media JAKIM yang ni. Tapi ade gak yang bagi link tadi tentang diorang perlu masa lebih lagi untuk buat ujian halal dengan lebih lanjut.

Bagi saya, mudah saja...

Kalau was-was, maka tinggalkan lah... Lagipun, mencari yang halal itu adalah wajib untuk umat Islam.


Sekian~

P/S: Pleasse... Jangan tanya saya kedai kek lapis mana yang tak guna mentega Golden Churn Creamy Butter tu... Maaf, saya tak sempat nak terbang ke Kuching atau mana-mana tempat di Sarawak untuk tanya satu-satu kedai sama ada diorang guna atau tak... Huhuhu...


Kek Lapis Sarawak Dimusnahkan... Punah Harapan Kakakecik...!


PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.

KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini. Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan. SAMBUNG SINI

***

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.

Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.

“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi. SAMBUNG SINI JUGAKKK

***

Hurmmm... Baguslah kalau tindakan segera macam ni diambil. Peniaga-peniaga pun sedar tentang benda ni. Tapi tak dengar lagi apa-apa pandangan dari kedai-kedai popular di seberang sana macam Kedai Kek Lapis Dayang Salhah tu... Kedai Kek Lapis Afifi pulak, ape pendirian diorang?

Harapnya, surirumah-surirumah pun amek tindakan yang macam ni... Kalau ada stok kat rumah tu, sedekah-sedekahlah kat jiran-jiran bukan Muslim. Bulan-bulan puasa ni, tak salah kannn kita beramal jariahhhh... Banyak lagi mentega lain, okehhh?

P/S: Kakakecik jangan risau, dah lama tak guna mentega ni sejak isu haram lama dulu...


SPONTANEOUS THURSDAY #4



Since using the new one, I still cannot access that famous Android market... Gggrrr!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.