BLOG ENCIK SUAMI

Friday, August 5, 2011

Eh, Ustazah! : Tarawih


Alhamdulillah. Hari ni hari kelima puasa di bulan Ramadhan. Ustazah tak gi bazar, memasak kat dapur dibantu adik kesayangan, Amalina. Kawan ustazah dengan kawan Amalina pun ade, Asma dan Nori.

Amalina: Akak, donat pelangi ni da boleh goreng tak?

Ustazah: Ha...boleh dah tuu. Dah kembang menggebu punnn...goreng guna api sederhana ye, takut kang hangit pulak.

Amalina: Okehhh~

Asma: Pandainya Ina masak, dah boleh jadi menantu orang da ni.

Nori: Yang nkoo tu Asma, duk tengok aje dia menggoreng donat. Bek ko tolong aku potong agar-agar nehhh.

Ustazah: Hehehe... Best pulak kannn berbuka bersama ni. Lepas berbuka kang kita gi tarawih pulak yee~

Asma: Wahhh~ Seronok lak dapat gi tarawih kat masjid ramai-ramai.

Ustazah: Tarawih ni kan sebenarnya boleh dibuat kat rumah jugak. Tak semestinya kat masjid aje.

Nori: Eh, ye ke ustazah? Tak tau pulak boleh gitu. Selama ni kalau tak dapat gi tarawih kat masjid memang terus rasa sedih sangatttt!

Ustazah: Ermmm... First sekali kita kena tahu, tarawih ni hukum mengerjakan dia sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut. Mengerjakannya dapat pahala, meninggalkannya tak berdosa.


Ustazah: Dan bila buat solat tarawih ni kita boleh buat sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Nori: Aha, teringat kisah yang Rasulullah gi solat tarawih beberapa malam kat masjid tu. Then ada satu malam baginda tak datang ke masjid sebab takut solat sunat tarawih berjemaah ni diwajibkan pulak.

Asma: Hoh??? Kenapa baginda takut solat sunat tarawih ni diwajibkan?

Ustazah: Sayang, solat lima waktu sehari semalam pun umat akhir zaman ni rasa sangat berat nak tunaikan, apatah lagi solat sunat tarawih yang penuh sebanyak 20 rakaat.


Ustazah: Walaupun Rasulullah buat juga solat sunat tarawih bersendirian, tapi solat sunat tarawih secara berjemaah tu tetap lebih afdhal dan banyak ganjarannya.

Amalina: Subhanallah. Rasulullah pun boleh memahami umatnya, kenapa kita tak berusaha nak memahami kelebihan semua amal ibadah ni ye...

Ustazah: Hurmmm...tu bagi yang baca ni renung-renung sendiri ye. Kadang-kadang yang 8 rakaat pun rasa berat aje.

Nori: Eh, kejap 8 kejap 20. Sebenarnya berapa rakaat solat sunat tarawih ni?

Ustazah: Sebenarnya Rasulullah tak menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Pada zaman baginda, solat ni didirikan 8 rakaat, supaya tak menimbulkan keberatan. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pulak, beliau menambah hingga 20 rakaat.

Asma: Dan sampai sekarang kat negara kita pun ada yang buat 20 ada yang buat 8 kan, ustazah?

Ustazah: Aha...betul tu. Baginda cuma menggalakkan agar kita solat sunat secara terus-menerus tanpa batasan.


Nori: Owhhh...jadi eloklah kalau kita perbanyakkan rakaat dia sepanjang bulan Ramadhan ni ye, ustazah~

Ustazah: Yup, tak kisah bila-bila asalkan dalam waktu selepas solat Isyak dan sebelum solat Subuh. Kalau nak buat di sepertiga malam pun boleh. Lepas tu buat witir satu atau tiga rakaat.

Asma: Alhamdulillah, dengan amalan ni insya'Allah kita boleh mendekatkan diri kepada Allah kan... Tambah-tambah bulan Ramadhan ni bulan mulia, syaitan pun tak berani kacau.

Ustazah: Aha...bila lagi kita nak dapat peluang macam ni, kan?

Amalina: Wahhhh~ Jom lerrr tarawih!

Ustazah: Ehhh, kita berbuka dulu ye...lepas Isyak kang baru tarawih.

Amalina: Erkkk! Terlupa pulak! Hahaha~

Azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Mereka membaca doa berbuka puasa bersama-sama.


Ya, bulan Ramadhan sahaja yang mana syaitan dibelenggu daripada menggoda-goda manusia. Tetapi nafsu manusia tetap ada bagi menguji keimanan. Dengan peluang yang ada, kenapa tidak kita isi malam-malam Ramadhan kita dengan amalan-amalan yang tidak akan merugikan kita, malah ada begitu banyak manfaat dan ganjaran yang akan kita perolehi darinya. Masa ni jugaklah nak latih diri untuk berqiamullail sebelum masuk waktu Subuh. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan.


Ohhh, Penattttnyaaaaaaaaaaaaa Puasaaaaaaaa...!



Mengada...! Dia pulak yang terlebih-lebih penatttt... Tido aje memanjangggg!!!


Macam-macam Kisah Di Sebalik GA 31-7...


Lokasi: Inbox FB

"berita tergempar.. salah sorang pemenang alamat kat Netherland.. dia menang hadiah ***.. camner ea..??"

"haiyooo
@.@
pitam~"

"oh maiii.. yang kat netherland tu dia tak balik malaysia ke raya? hahaha"

"dh tanye dia ada x alamat malaysia..
jawapan dia........"

"lepas tuuu...."

"TAK DE... ngeeeee~"

"hoh??? adehhh...cane nak post ke luar negara? =.="

*****

Lokasi: Henset Cap Ayam

"Salam ***. Sunah ni. Ni nombor maxis ye? Nak setelkan hadiah topup..."

"tak nak bang..."

Erkkk! Pelik... Taknak hadiah ke? Merujuk semula email dan mesej di FB.

"Err..taknak? Ni adik *** ye? Dia menang hadiah giveaway dekat blog...hadiah tu topup RM10... Sebab tu saya tanya ni maxis ke celcom ke digi..."

Lama sikit tunggu reply...

"Saye maxis"

"Ok ok...terima kasih...tahniah ye... :)"

"k.. Kasih.."

*****

Hehehe... Kelakar bila kenangkan... Adehhh... Ade lagi yang tak bagi details tuu... Kalau kamu-kamu menang, cepat-cepatla ye bagi details kat email yang disebut kat SANA tuuu...

P/S: Alhamdulillah... Akhirnya ade jugak yang faham kenapa saya keluarkan entri tu... Yup, yang saya nak kongsikan adalah penggunaan bahasanya, point dia memang ada dan saya setuju dengan kata-katanya... Wallahu'alam...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.