BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, August 6, 2011

Alamak! Macam Mana Boleh Lupa Ajak Skodeng!


Peeping Toms by ~apathetic-violinist on deviantART

Huwaaaaaaaaaaaaa!!! Hari ni da 6 Ogos laaaaaaaa!

Cane la boleh lupa kannn...

Hadoiii...=.=

Lupa nak ajak kamu-kamu semua skodeng! Ggggrrr! Bukan skodeng orang dalam bilik air! Sape buat macam tu dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, siaplah!

Tapi macam biasalah, awal-awal bulan... Kita menyekodeng (perkataan baru hari ini) bersama-sama... Ala... Macam dulu-dulu tuuu... Yang bulan Mei dengan Jun dah lepas. Ni nak ajak skodeng top 10 referrals ke blog Sunah Suka Sakura dot com untuk bulan Julai yang lalu pulak~

Hurmmm... Moh lerrr kita skodeng yeee~~~


  1. Blogger.com sendiri, terima kasih kepada yang menerjah dari dashboard, profile, dan segala widget blogspot.
  2. Pak Cik Mat, naik satu anak tangga!!!! Tahniahhhh! Hahaha~.
  3. Facebook, dah turun dari takhta nampaknya, mungkin sebab da kurang ping.
  4. Oh, sapa tuu~~~ Atia lerr~ Dia banyak bagi referrals dari 31-7 Birthday Giveaway yang lepas~ :)
  5. Abang Ben, turun satu anak tangga... Err...
  6. Jiran saya, masih di tangga keenam... Tapi simbol merah ke bawah tu menunjukkan penurunan hits...
  7. Networkedblogs.com, menurunnnnn~~~ Terima kasih kepada yang datang dari fanpage di FB.
  8. Laily Qaisyirah, masih di situ, tapi simbol merah ke bawah gak...
  9. Kak Ros~~~ Waaaa~~~ Rindu kak Ros!!! Bizi betul tentera kita sorang tu~
  10. Kak Ellyyyyyyyyyyy!!! Tahniahhhh~~~ Dah naik ke atas jugaakkkk~ Hehehe...

Terima kasih kepada mereka-mereka di atas ini dan kamu-kamu yang datang melalui mereka-mereka ini jugak~ Banyak kaler merah ke bawah kannn...menunjukkan saya berjaya mengurangkan update dalam bulan Julai! Ggggrrrr!


Dia Yang Memanggil Saya Sakura...


Cherry Blossom Dreams by ~KJCB1996 on deviantART

Dia yang panggil saya Sakura tadi...

Tak ramai yang kenal mungkin. Di kalangan sahabat-sahabat UTM, mungkin ada yang kenal. Di kalangan para penyair dan penulis puisi, mungkin lebih mengenali dia. Bila salah seorang junior yang join bengkel tadi bertanya, pernah ke saya berkomunikasi dengan dia sebelum ni, saya jawab pernah sekali dua dulu je.

Melalui Facebook. Itu pun lebih kepada kata-kata aluan selepas proses menambah rakan-rakan di Facebook. Kata-kata aluan dari dia yang bagi saya sangat-sangat menambat hati. Entah, mungkin benarlah saya ini berjiwa puitis. Suka benar dengan puisi-puisi dan bait-bait kata yang tersusun indah.

Pertanyaan dan perbualan dengan junior itu menyebabkan saya membelek-belek semula entri lama. Dan saya jumpa sesuatu di SINI.

Ya, itulah... Puisi yang ditulis olehnya sebagai kata-kata pengenalan kepada saya kala itu. Indah, cukup indah!

Ohhh, kenapa ya tiba-tiba entri ini pun macam agak puitis pulakkkk dahhhh~~~ :p


Dia Panggil Saya Sakura...


"Ni, yang sorang ni... Sape tadi? Sakura?"

Terdiam. Semua tidak menjawab. Yang lain tersengih.

"Sakura, nanti handle bab editor ye..."

Gelak. Semua tergelak.

"Sunah lahhhh..." Saya membetulkan panggilan.

"Eh, tadi sape sebut nama dia Sakura?"

"Tu blog dia..." jelas Ibnujamil.

=.=


Penulis Professional...?


Writing by ~Jkimbo on deviantART

Menulis tak mudah.

Menulis ada banyak genre. Kalau nak tulis blog peribadi, tulisan tu ikut suka hati kita. Kalau nak tulis blog professional, blog syarikat atau bisnes, bahasa tu kena tengok-tengok juga. Takkan nak guna bahasa rojak pulak kan bila nak luaskan pengaruh perniagaan.

Penulis-penulis besar akan melihat asas tulisan, tatabahasa, prosa kata dan struktur kata sesuatu artikel oleh seorang penulis lain untuk menilai kekuatan artikel dia. Penulis-penulis besar ni tentulah kebanyakannya dari golongan sasterawan yang memang dah hebat dalam penulisan diorang. Brother yang bagi talk ni cakap, kalau penulis besar baca ayat dengan perkataan-perkataan "mate", "saye", "yg", dan lain-lain yang tentu kamu-kamu boleh agak, diorang akan terus tolak tepi. Erkkk!

Itu untuk penulis professional. Kalau nak tulis blog professional (selalunya yang da berwordpress akan berusaha untuk ubah gaya penulisan diorang, menepati blog yang da naik beberapa tingkat), kena la guna bahasa penuh, ayat skema semua tuuu...ni Ustaz Fakhrul cakap, dulu. Eheheh...

Kalau saya...jauh lagi la nak jadi professional ni... Huhuhu... =.=

P/S: Masih dalam bengkel penulisan dan kewartawanan


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.