TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Monday, August 8, 2011

24 Jam Sehari, Masih Tak Ada Masa!


you can't put a time, on love. by *escaped-emotions on deviantART

Hari ni pun mengantuk jugak (bukan NANTOK yeee).

Tidur lewat lagi. Membaca, membaca, dan membaca. Tapi masih kurang faham dan tak dapat nak fokus sangat. Awal pagi dapat mesej pulak tentang aktiviti lain yang perlu dilangsaikan segera. Kepala bertambah berat. Berdenyut-denyut. Teringat lagi perjumpaan seterusnya dengan team penulis. Yang itu pun belum setel. Bila followup, katanya maklumat belum diperolehi lagi.

Banyaknya amanah bertimpa-timpa. Benarlah kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna, sesungguhnya tanggungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.

Kita ada 24 jam sehari. Semua orang sama. Tak ada yang diberi kelebihan lebih sejam, mahupun 12 jam. Semua orang akan melalui tempoh masa yang sama, cuma tanggungjawab yang mungkin tidak sama banyaknya. Biarpun tidak ada yang mendapat kelebihan masa dari orang lain, namun Allah bagi kelebihan kepada yang bertanggungjawab untuk membahagikan masanya dengan betul.

Jika banyak tanggungjawabnya untuk dilaksanakan, biar lebih banyak dari orang lain sekalipun, kalau dia pandai membahagikan masa dan berdisiplin terhadap diri sendiri, insya'Allah semuanya akan tersusun dengan kemas, tak akan ada rungutan tentang kerja bertimbun dan tak akan ada jugak ayat "tak ada masa!"

Muhasabah diri sendiri. Berusahalah Sunah Sakura!

Senyumlah... Biarpun Dirimu Disakiti!


Day 27 A smile.. by *Kimjuni2 on deviantART

Senyumlah...

Biarpun dirimu disakiti. Itu madah pujangga. Sudah dikenali seantero dunia. Siapa tidak pernah mendengar kata-kata itu...melainkan bayi-bayi yang baru lahir dan kanak-kanak kecil yang hidupnya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan? Yang sudah lama kenal dunia, tentu sudah biasa dengan kata-kata ajaib tersebut.

Bila disakiti, kita rasa pedih, rasa terluka. Kecewa... Sakit di hati sudah pasti. Siapa yang suka dengan rasa sakit? Tiada siapa yang suka. Rasa seperti mahu dicarik-carik hati. Rasa seperti mahu pergi jauh dari punca kesakitan, menyendiri dan menyepi.

Berapa ramai agaknya yang tersenyum bila disakiti? Senyum...bukanlah bermakna ia suka dengan kesakitan yang dialami, jauh sekali mahu terus-terusan disakiti sedemikian rupa. Tetapi senyum dia bila disakiti kerana redha dengan ujian yang Allah bagi. Dan bertambah indah lagi apabila dia tersenyum penuh redha diiringi dengan rasa kebergantungan kepada Allah apabila musibah singgah sebentar dalam hidupnya...


Siapa yang redha dengan ujian Allah dan melafazkan satu kalimah istirja' yang hebat ketika ditimpa musibah, nescaya akan Allah gantikan kesulitan yang dialami itu dengan sesuatu yang lebih baik~ Insya'Allah...

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.