BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 10, 2011

Namun Hati Kita Selalu Dekat...


Heart splash ... by *aoao2 on deviantART

Kesinambungan dari entri wordless kat SINI.

Selalunya orang bercakap tentang kekasih, tapi saya nak sebut tentang sahabat.

Siapa ada sahabat? Semua ada kannn... Sahabat satu sekolah, sahabat satu kampus, sahabat masa degree, sahabat masa kerja... Bila ingat balik sahabat-sahabat lama kita dulu, sahabat masa degree mungkin; terdetik rasa rindu dalam hati kita pada mereka yang sekarang ini jauh di mata.

Dulu...merekalah teman kita mengulangkaji hingga larut malam walaupun esoknya hanya kita yang akan menduduki peperiksaan. Dulu...merekalah teman kita membeli makanan di kafe dan teman kita ketika makan tengahari serta makan malam. Dulu...merekalah teman kita tidur sekatil dan sebantal sambil bercerita tentang masa depan. Dulu...merekalah yang saling mencuit untuk bangun qiamullail dan solat berjemaah sambil berebut-rebut menjadi makmum. Dulu...merekalah yang menghulurkan tangan, memberi kata-kata semangat ketika kita jatuh dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita.

Dulu... Mereka adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa mereka, kita rasa dunia sepi, merindu setiap hari. Mengalahkan rindu kepada kekasih! Bertambah indah apabila kasih sayang yang terbina dengan sahabat itu disandarkan pada cinta Allah. Sama-sama mengejar redha Dia dalam hidup. Subhanallah...

Namun semuanya telah berlalu. Sehabis zaman persekolahan, zaman kampus, zaman degree, kita terpisah jauh dari mereka. Masing-masing membawa haluan sendiri, mengejar cita-cita dan berjumpa pula kawan-kawan baru dalam dunia yang baru. Dalam kejauhan ini, terbit satu rasa dalam hati masing-masing. Merindu tanpa kata. Yang kadang-kadang terluah melalui panggilan telefon dan pesanan mesej ringkas. Dengan itu, biarpun jauh di mata dan berada dalam dunia masing-masing, ikatan yang terjalin tetap kukuh tersimpul.

Sahabat... Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat... Moga segalanya dipermudahkan dalam hidupmu... :)


Hati-hati Membeli Juadah Berbuka Puasa di Bazar Ramadhan


KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini. SAMBUNG SINI.

*****

Errr... Maappp, gambar makanan lagi...

Sempena bulan Ramadhan ni memang banyak pilihan juadah berbuka puasa kat bazar-bazar Ramadhan. Pilihan yang begitu banyak tu lah yang buat kita rambang mata nak pilih makanan mana yang  nak dibeli untuk dijadikan santapan ketika berbuka. Bila nampak banyak sangat makanan tu, kita kadang-kadang tolak ke tepi bab-bab kebersihan dan penyediaan makanan.

Sebab tu Allah mewajibkan kita sebagai umat Islam ni untuk carik makanan yang halal lagi baik - "halalan toyyiban". Halal dari segi penyembelihan dan penggunaan produk dalam makanan tu. Baik dari segi kebersihan semasa penyediaan, khasiat dalam makanan dan macam-macam lagi.

Sangat menghairankan bila ramai di kalangan umat Islam tak mengambil berat bab-bab macam ni. Ingat, ape yang kamu makan tu, akan jadi darah daging kamu, yang mana akan membentuk juga peribadi kamu. Amalan dan ibadah kamu juga amat besar pengaruhnya dari apa yang kamu makan~

So, hati-hati membeli makanan di bazar Ramadhan ye... Sebab tu orang kata, memasak sendiri di rumah lebih selamat dan meyakinkan... Insya'Allah...


Wordless Wednesday #19: Walau Raga Kita Terpisah Jauh...


Never apart by *miaboas on deviantART

Blog rasmi Wordless Wednesday Malaysia di SINI


Jangan Berubah Kerana Manusia!


change the world. by *this-is-the-life2905 on deviantART

Tapi berubahlah kerana Allah dan Rasul!

Semua orang yang punya hati untuk berubah pasti terdetik perasaan itu kerana sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang di akhirnya kelak hasilnya juga berbeza-beza.

Berubah apabila ditimpa kesakitan yang hampir meragut nyawa pergi, berubah kerana melihat sahabat yang kini sudah jauh berjaya, berubah tatkala yang tersayang mengatakan dia tidak suka itu dan ini, berubah kerana macam-macam lagi.

Yup, bila kita lihat sekali lalu, perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. Kerana perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu berubah. Tapi atas dasar apakah kita berubah di dunia?

Kata Ustaz Pahrol Juoi, kejarlah dunia untuk akhirat! Ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan, kita sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita itu di akhirat. Bukan cukup setakat kejayaan di dunia, tetapi juga kejayaan di akhirat kelak, itu yang paling utama.

Jangan berubah kerana manusia, kerana ia tak akan kekal... Tetapi berubahlah kerana Allah, kamu pasti tak akan jemu dengan cintaNya. Insya'Allah...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.