BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 11, 2011

Jangan Biarkan Ia Terputus!


Klik SINI untuk download wallpaper

Pelik benar melihat gelagat manusia.

Kenapa dibiarkan saff itu terputus? Jika kamu adalah ahli jemaah solat yang sedang didirikan, sepatutnya kamu berusaha merapatkan atau menyambung semula saff itu. Biar barisan dalam solat yang dibina tersusun kukuh.

Jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, baginda tidak akan memulakan solat selagi mana saff yang dibina belum benar-benar rapat bahu-membahu. Baginda sebagai imam solat jemaah akan memeriksa sendiri setiap baris jemaah di belakangnya. Bila sudah berpuas hati, barulah baginda memulakan solat. Umar al-Khattab pun mengikut sunnah baginda.

Errr...kitorang da start solat da pun, cane nak sambung saff???

Boleh... Kamu dibolehkan bergerak dalam solat selagi mana kamu ikut syarat-syarat sah solat. Jika saff di depan kamu tiba-tiba terputus kerana orang di hadapan kamu telah bergerak ke hadapan atau terbatal solat, kamu boleh melangkah ke hadapan selangkah demi selangkah dalam solat. Atau jika saff terputus di sebelah kamu dalam solat, yang berada di sebelah kiri hendaklah merapat ke kanan sedikit demi sedikit (kerana ada kelebihan pada saff paling depan dan saff sebelah kanan).


Janganlah sombong dengan Allah... Tidak mahu berganjak sedikit pun, lalu membiarkan saff itu diisi oleh syaitan. Ada tu yang kita nak rapatkan, dia pulak makin menjauh, bimbang tidak selesa untuk duduk tahiyat mungkin.

Ermmm... Kenapa kena sempurnakan saff dalam solat ni?

Pi baca kat SANA untuk selebihnya yeee~~


Andai Hati Ini Boleh Dipegang...


Shell of a Butterfly by ~TheSaval on deviantART

Andai hati ini boleh dipegang oleh kita sendiri...

Tentu tak susah nak istiqamah kan? Tetap ajeee di jalan yang kita nak. Contohnya, kita letak kehendak kita untuk terus tutup aurat sampai mati, so kita pegang benda tu sampai mati. Takde da halangan-halangan lain dari luar. Da takde anasir-anasir dari syaitan untuk menggoda kita sebab kita je yang boleh pegang hati tu.

Tapiii...itu 'andai'. Hakikatnya, hati kita bukan kita yang pegang. Allah yang pegang. Mesti pernah bermain dalam fikiran kamu-kamu semua, kalau Allah yang pegang hati kita, kenapa tidak Dia tetapkan saja kita semua pada jalan Dia, biar semua orang masuk syurga. Takde yang jahat, takde orang buat dosa, takde yang masuk neraka. Kannn?

Sebenarnya, Allah yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia punya sebab di sebalik setiap apa yang terjadi. Biarpun hati kita ni Dia yang pegang, tapi hati ni terletaknya dalam tubuh badan kita. Yang bergerak selepas satu keinginan dalam hati itu adalah kita. Yang memilih selepas diberi petunjuk oleh Allah itu, kita.

Bukan mudah untuk mencapai kedudukan di sebelah Dia di akhirat. Bukan mudah juga untuk menjadi hamba yang bertaqwa, yang mana hatinya sentiasa ingat akan Allah. Segala-galanya perlu pada usaha dari diri kita sendiri... Kerana Allah telah berpesan dalam al-Quran...


Sesungguhnya hati kamu itu sedang diuji, siapa yang kuat dan sentiasa meminta agar ditetapkan hatinya dalam iman, terus berada di jalan yang benar, insya'Allah akan Allah pegangi hatinya setimpal dengan usaha dan doanya.

Jangan lupa tawakkal~


Percayalah, Saya Boleh Terbang Tinggi...!


dandelion by ~SimonKonrad on deviantART

"I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
Till the end of the time
Believe me I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
The heaven in the sky"

Impian.

Semua orang ada sekurang-kurangnya satu kan? Impian yang besar dan jauh. Susah nak capai kalau tak kuat azamnya. Tak mudah nak realisasikan kalau tak bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tu.

Kadang-kadang kita rasa tak mampu. Rasa mustahil nak sampai ke hujung. Terlalu banyak benda yang menyebabkan kita rasa lemah. Kadang-kadang ujian Allah datang menyinggah di tengah-tengah perjalanan. Kita rasa jatuh terduduk. Kurang yakin dengan kekuatan diri. Terus berhenti langkah kaki. Impian terkubur di pertengahan jalan.

Wahai jiwa-jiwa yang mengejar impian dan cita-cita, percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Jika tiba-tiba Allah menguji kamu dalam usaha mengejar impian itu, jangan sekali-kali kamu berputus asa. Dengan ujian itu, Allah mahu melihat sejauh mana kamu meletakkan tawakkal kamu kepadaNya dalam usaha kamu. Dia mahu melihat, dalam pendakian kamu, adakah kamu masih ingat pada Dia, yang Maha Berkuasa menentukan kejayaan dan kegagalan?

Jika kamu masih ingat akan Dia, kamu tidak akan rasa lemah apabila tiba-tiba terjatuh setelah mendaki begitu tinggi. Tetapi kamu akan menjadi antara hambaNya yang redha akan ketentuan Pencipta, keyakinan kamu tak akan goyah, bahawa kelak akan ada jalan keluar dari semua kesusahan yang kamu alami. Tidak sesekali kamu berasa kecewa dan marah dengan takdir yang ditentukan untuk kamu.

Percayalah, kamu boleh terbang tinggi... Dengan syarat, kamu tidak lupa pada Dia!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.