BLOG ENCIK SUAMI

Friday, August 12, 2011

Merokok di Bulan Puasa...


Gross by *Lady-Tori on deviantART

Oh, dahsyatnya!

Merokok di siang hari dalam bulan puasa bagi yang Muslim tentulah membatalkan puasa. Sebab kamu memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.

Tapi...ada jugak yang tak boleh tahan kalau tak merokok. Kalau tak makan dan tak minum dari Subuh hingga Maghrib, tak menjadi masalah bagi mereka. Macam mana pulak dengan merokok? Ketagihan terlampau menyebabkan rokok, tidak boleh tidak, kena hisap jugak di bulan puasa.

Sangat pelik bila seorang Muslim yang rajin bertegur sapa dan memberi salam kepada kita, ada satu masa di waktu tengahari, bau rokok yang agak kuat tersebar ke udara bila dia lalu. Sedangkan sebelah paginya tak ada bau apa punn...adehhh... =.=

Guys, masa bulan puasa ni lah kamu-kamu boleh latih diri untuk berhenti merokok. Kalau nak hisap jugak belah malam, hurmmm... Jangan lupa, fatwa ulama' meletakkan hukum merokok bagi Muslim adalah haram kerana kesan buruknya pada kesihatan manusia, tak kira la terhadap perokok atau penghidu asap rokok.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

P/S: Sangat rugi bagi mereka yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.