BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, August 13, 2011

Cici : Jom Bergusti!



Dia ajak bebi Froggy bergusti, tapi bebi Froggy buat dek ajeee... Kesiannn... Maybe sebab bulan puasa kot~ Last-last dia penat sendiri...=.=


Selagi Diizinkan Oleh Nya...


Maaf sebab terlalu bizi.

Sedihnyaaaa tak dapat nak update blog ni macam dulu-dulu. Sob sob sob... Sampai bila agaknya saya akan berblog? Hari tu Cik Pulau pun ada buat entri pasal sampai bila dia akan berblog. Agaknya saya pulak sampai bila ek?

Entah lerr... Selagi jari-jemari ini mampu menaip, selagi idea di kepala tak kering, selagi capaian internet ada, selagi ada yang mahu membaca di sini, selagi diizinkan olehNya untuk terus berkongsi...insya'Allah blog ini akan terus di sini.

Oh, tak sedih pun entri ni kan?

Selamat bersedia untuk berbuka...

P/S: Menyegerakan berbuka adalah sunnah, berbuka lebih awal dari waktu itu membatalkan puasa...


Eh, Ustazah! : Witir


Ustazah baru je lepas balik dari solat sunat tarawih kat masjid dengan adik kesayangan dia, Amalina. Kawan ustazah, Syafiqah tu ade sekali. Dalam kereta tu tiba-tiba je si Amalina ni tanya soalan yang menarik.

Amalina: Akak, kalau kita buat witir sendiri-sendiri, boleh tak?

Ustazah: Kenapa tiba-tiba tanya?

Amalina: Ina tengok lepas tarawih habis je ramai yang balik. Tak witir pun~

Ustazah: Owhhh... Sebenarnya witir ni boleh buat secara berjemaah atau pun sendirian. Tapi ada hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi...


Syafiqah: Owhhh... Maksudnya lebih afdal kalau terus witir bersama imam kat masjid la ye~

Ustazah: Ha'ah. Tapi boleh je kalau nak buat sendiri-sendiri kat rumah. Tak salah pun. Cumanya, bila kita da witir bersama imam kat masjid, tak risau dah kalau-kalau tak sempat witir kat rumah.

Amalina: Ehhhhh, maksudnya sekali je la ye witir?

Ustazah: Yup, kalau dah buat witir dengan imam kat masjid, tak perlu ulang witir kat rumah bila kita bangun qiamullail. Tak ade dua witir dalam satu malam.


Syafiqah: Ooo...jadi boleh aje la kalau kita da wat witir kat masjid, bangun sahur tu kita wat qiamullail pulak, kan...

Ustazah: Aha, insya'Allah... Witir ni boleh buat bila-bila masa antara lepas solat Isyak hingga Subuh.



Ustazah: Tapi macam biasalah, solat sunat di penghujung malam itu ada banyak kelebihannya, sama macam qiamullail.

Syafiqah: Owhhh... Apa kelebihan witir ni, ustazah?

Ustazah: Rasulullah s.a.w pernah bersabda...


Amalina: Kalau buat benda yang Allah suka, dapat pahala kan, akak? Lepas ni insya'Allah Ina nak cuba istiqamah.

Ustazah: Alhamdulillah... Insya'Allah kita cuba sama-sama istiqamah.

Syafiqah: Aha... Allah kan suka benda yang sikit-sikit tapi berterusan...

Ustazah: Yup, witir ni salah satu lah... Eh, da sampai rumah Syafiqah.

Syafiqah: Hehehe... Terima kasih, ustazah untuk perkongsian malam ni. Terima kasih jugak tumpangkan sampai ke rumah.

Ustazah: Sama-sama. Kirim salam pada keluarga ya. Assalamualaikum.

Syafiqah: Insya'Allah. Wa'alaikumussalam.


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Antara amalan yang kecil tetapi ganjarannya besar di bulan Ramadhan adalah solat sunat witir. Dalam 10 malam terakhir kelak diiringi dengan doa Qunut, insya'Allah ada banyak keberkatan yang akan diperoleh di dalamnya. Selamat beramal!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.