BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, August 14, 2011

Berhati-hati Meranduk Air Yang Tenang...!


Treading Carefully by *Lady-Tori on deviantART

Berhati-hati meranduk air yang tenang... Jangan disangka tak ada buaya...!

Meranduk? Ape tu? Sebenarnya meranduk bermaksud mengharungi (air, rumput, dll), menempuh, atau merandai; berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat.

Hambekkkk! Siap ada maksud spesifik lagi. Ekekeke...

Tujuan entri ni dibuat adalah untuk berkongsi dengan kamu-kamu semua tentang satu laman web khas yang saya guna untuk cek perkataan yang saya nak masukkan dalam entri. Tapi tak selalu sangat lah guna perkataan pelik-pelik. Kalau nak buat puisi atau cerpen sastera, baru rujuk situ. Hehehe...

Pusat Rujukan Persuratan Melayu ada menyediakan laman Carian Spesifik untuk kamu-kamu check perkataan yang kamu guna, takut-takut tersalah eja atau tak pernah ada dalam kamus. Tapiii...sekarang ni tak kisah sangat pun kan perkataan yang diguna tu macam mana? Asalkan maksud sampai, ye dak?

Heyyyyyyyyy! Kalo nak buat cerpen atau artikel professional, kena la guna! Kang tersalah perkataan kanggggg! Spoil ajeee... Uhuhuhu...

Kalo kamu-kamu nak cek perkataan yang kamu nak guna tu, boleh lah ke SANA yeee... Kalo nak bookmark terus pun ok~


Yang Pertama Adalah Agamanya...


Yang pertama agamanya... Yang pertama agamanya... Yang pertama agamanya...

Siapa tahu apa yang ingin saya kongsikan di sini?

Sebenarnya tadi baca entri kat blog CA Nadh. Dia berbicara tentang rupa, dan penerimaan orang pada rupa yang macam-macam jenis. Tentang orang zaman sekarang ni yang lebih memandang kepada rupa dalam memilih pasangan.

Bagi saya, tak kiralah lelaki atau perempunan, seeloknya dalam memilih teman hidup biarlah yang pertama dilihat itu agamanya. Harta, keturunan dan rupa itu letaklah di tempat kedua, ketiga dan keempat.


Kerana apa agama yang diletakkan di tempat pertama? Kerana apabila agama yang kamu pentingkan, insya'Allah semua yang lain itu akan mengiringi sekali. Keindahan akhlak yang beragama itu terserlah, air mukanya sejuk mata memandang, malahan martabat dan kehormatannya juga tinggi nilainya berbanding yang lain.

Adakah ini bermakna yang agamanya agak kurang tetapi punya rupa dan harta tidak boleh dipilih sebagai teman hidup? Boleh saja, tetapi bersedia dengan risiko di belakang hari, kerana rupa dan harta itu tidak menjanjikan redha Allah di hujung perjalanan.

Adakah ini juga bermakna hanya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang layak dijadikan teman hidup? Bukan begitu...yang paling basic adalah teman yang menjaga solat lima waktunya, boleh membaca al-Quran sedikit pun alhamdulillah. Tak semestinya bakal teman hidup itu wajib hafaz 30 juzuk al-Quran, cuma jika itu memang kelebihannya yang Allah bagi, alhamdulillah...cukup pakej!

Pesan saya jika kamu mahu memilih yang ada rupa dan harta, pastikan iman dan agama kamu cukup kuat untuk membimbing teman hidup kamu kelak!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.