BLOG ENCIK SUAMI

Monday, August 15, 2011

Islam Bukan Agama Paksaan

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)..." [al-Baqarah: 256]

Baca ayat di atas sekali lalu.

Jika dibaca dengan sekali lalu, pasti akan ada yang tersilap dalam mentafsirkan ayat tersebut. Dan seringkali yang tersilap dalam mentafsirnya jugalah yang akan menggunakannya untuk mempertahankan diri apabila ditegur kerana melakukan maksiat kepada Allah.

"Islam tak memaksa umatnya untuk bertudung mengikut syariat! Buat kena ikhlas, tak boleh paksa!"

"Nantilah dulu solat tu, solat bukan boleh dipaksa-paksa. Islam bukan agama paksaan."

"Puasa? Aku tak biasa puasa. Lagipun Islam tak memaksa!"

Maaf! Kamu silap dalam pentafsiran. Dan kamu sebenarnya sedang mendustakan ayat Allah dengan amalan kamu. Bacalah ayat 256 surah al-Baqarah tersebut sehingga habis.


Islam bukan agama paksaan apabila ia melibatkan orang bukan Islam yang ingin menganut agama Islam. Yang itu benar, memang sejak zaman Rasulullah s.a.w, golongan bukan Islam tidak dipaksa untuk memasuki agama Islam. Rasulullah s.a.w menggunakan pendekatan yang lemah-lembut dan berhikmah untuk menyeru umat kepada Islam. Islam tersebar kerana akhlak Rasulullah s.a.w yang terpuji. Tawanan perang tidak sesekali dipaksa menerima Islam, tetapi kebajikan mereka dijaga sebaiknya yang akhirnya menyedarkan mereka kepada keindahan Islam.

Berbeza apabila situasi melibatkan orang Islam yang ingkar kepada Allah sedangkan sudah diputuskan oleh Allah akan perkara yang benar dan perkara yang salah, ayat ini tidak boleh lagi diguna-pakai. Kerana sudah terang lagi bersuluh, menjadi kewajipan kita mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya setelah kita melafazkan dua kalimah syahadah. Tidak perlu menunggu orang lain memaksa kita solat dan menutup aurat, tetapi kita sendiri sudah sewajarnya memaksa diri menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah.

Mungkin pada mulanya kita rasa dipaksa-paksa namun lama-kelamaan kita akan biasa dan akhirnya dengan rela hati, kita akan mematuhi aturan yang telah Dia tetapkan dalam hidup kita, insya'Allah.

Selepas ini, harapnya tiada lagi yang tersalah faham dengan ayat di atas...

P/S: Ikhlas itu urusan hamba dengan Allah...


Takziah: Setiap Yang Bernyawa Akan Merasakan Mati...


Chanting Melody by *Lady-Tori on deviantART

Ya, setiap yang bernyawa akan mati.

Setiap kita yang sekarang ini bernafas dengan udara yang ada di sekeliling kita, apabila tiba masanya kelak, akan kembali kepada Allah yang menciptakan kita. Bila masa itu tiba, kita sudah tidak mampu untuk meminta kepada Allah agar Dia menangguhkan tugas malaikat Izrail ke satu masa yang lain. Dengan apa yang telah kita lakukan di dunia selama inilah, yang akan kita bawa sebagai bekal di akhirat kelak.

Melihat kematian di hadapan kita, tidak mungkin tidak, kalau bukan banyak, mungkin sedikit kesan kepada hati di dalam dada. Kerana Rasulullah s.a.w juga berpesan bahawa cukuplah kematian itu sebagai peringatan, amat dituntut agar kita bermuhasabah diri dengan kematian yang berlaku di sekelililng kita. Mereka telah pergi, kita di dunia masih perlu mengorak langkah. Terus mencari redha Allah, dan berusaha mendapatkan tempat di sisiNya di akhirat.

Takziah buat keluarga Puteri Katek atas pemergian arwah kakaknya yang meninggal dunia kerana kemalangan petang tadi. Moga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambaNya yang bertaqwa. Al-Fatihah.


Jangan Tengok !!!


Puding Roti Karamel Mek Rebit

Ikan Sambal Tomato Nenas Mek Rebit

Umai Udang Atokgebu

Ayam Goreng Berkunyit Atokgebu

Strawberry Smoothie and Peppermint Ice-Cream Mek Rebit

Soda Bandung Atokgebu

Sorry... Tak kurus kan puasa? Ahahaha~

Selamat berbukaaaa... :)


Nenek Pun Malu... Yang Muda-muda Ni Tak Malu Ke?


Old Crone by *bnolin on deviantART

Lokasi: Kat tempat amek wudhuk yang bersambung dengan dapur.
Masa: Nak dekat Isyak.

Jeneral baru siap amek wudhuk. Lepas tu ada sorang nenek tudung labuh kaler pink pun nak amek wudhuk jugak untuk solat Isyak ngan tarawih 'kekgi' (cc: Qaseh).

Tengah jeneral siap-siap nak pasang kerongsang kat tudung jeneral, dengan lengan jubah yang masih tersingsing, opsss~ ternampak lah beberapa orang lelaki nak masuk ke dapur jugak. Terus jeneral tarik lengan baju dan berpusing membelakangkan diorang. Alahaiii...dalam hati da menyoal-nyoal awat la diorang datang time gini...? Boleh pulak borak-borak lagi sambil letak dulang makanan, tak rasa apa pun bila tengok ada pompuan tengah amek wudhuk kat situ.

Jeneral tengok nenek tu yang baru siap amek wudhuk terkejut bila nampak lelaki-lelaki tu. Terus nenek tu capai tudung dia cepat-cepat tutup aurat kepala ngan leher yang terdedah. Aiyakkk...kesian nenek... Huhuhu... Lelaki-lelaki tu lepas letak dulang makanan sambil borak-borak, terus blah ke depan balik.

Nenek yang da siap bertudung tu datang dekat jeneral.

Nenek: Ish, tiba-tiba je diorang masuk...

Jeneral: Tu la nenek, tanjattt jeneral tadiii...

Nenek: Malu nenek...berdegup-degup jantung nenek...

Jeneral: Huhuhu...diorang buat tak nampak kot no...

Nenek: Mungkin jugak... Sekali tengok aje kot...

Jeneral: Moga Allah ampuni dosa kita dan dosa mereka...

Ameen...

Jeneral dengan nenek tu pun gi depan jugak nak siap-siap untuk solat Isyak dengan tarawih.

Gambar: Google

P/S: Dulu selalu guro-guro dengan kawan-kawan, kalo orang nampak aurat kamu, kena kawen dengan orang tu!


Mereka Bijak Kerana Ikut Sunnah Rasulullah s.a.w


jewish star by ~adala on deviantART

Hosmet saya, kak Azila tag kat Facebook pada satu entri blog. Ya, dia bukan blogger, tapi dia gemar membaca blog-blog orang hasil hasutan hosmet dia jugak. Terutama yang duduk dalam group Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu, sebab saya add dia masuk situ lepas dia bersama-sama saya jumpa Pak Cik Mat kat Sedenak kali pertama dulu.

Berbalik semula kepada entri blog yang dia tag.


Mesti ramai yang dah baca entri macam ni. Kalau tak baca lagi, boleh ke sana sekejap dan buat speed reading. Entri ni menceritakan hasil tesis PhD Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir, dari Universiti Massachuset USA. Tentang kenapa orang Yahudi ni bijak dan pandai-pandai semuanya.

Kenapa saya cakap mereka bijak pandai? Akuilah benda tu bila tengok ekonomi dunia sekarang dipegang oleh siapa, negara mana yang lebih membangun, negara mana yang lebih jauh ke depan dari segi teknologi dan negara mana yang 'ditakuti' kebanyakan negara kecil di dunia. Kebanyakannya dari negara yang rakyatnya berbangsa Yahudi bukan?

Bila baca hasil tesis tu, kita renung-renungkan semula. Cara-cara yang mereka amalkan semasa ibu mengandung, amalan dari segi pemakanan, latihan sukan untuk anak-anak sejak kecil di sekolah, bagaimana mereka menjauhi rokok dan nikotin, bagaimana mereka mengambil perniagaan sebagai fokus utama sejak berumur setahun jagung...renungkan.

Bukankah itu semua sunnah Rasulullah s.a.w? Makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memulakan makanan berat, tidak mencampurkan makanan laut dan makanan darat dalam satu hidangan, belajar memanah untuk meningkatkan konsentrasi otak, menjauhi rokok yang memudaratkan, dan juga berniaga...semua itu sunnah Rasulullah s.a.w.

Renungkan umat kita sendiri, berapa ramai yang masih mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w? Tak ramai yang tahu dan ikut sunnah baginda terutama dari segi pemakanan. Rasulullah s.a.w dah bagi tips sejak dulu lagi, tapi last-last, siapa yang ambil tips tu dan amalkan untuk bangunkan bangsa mereka? Siapa yang lebih nampak akan kelebihan semua tu? Siapa yang membina kecerdikan otak anak-anak mereka dari awal berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w?

Yahudi.

Kita, umat baginda... Bila lagi? Kata nak bangunkan Islam!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.