BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, August 16, 2011

Kecewa di Hati Tiada Ubatnya


Just Heartbroken by *Lady-Tori on deviantART

Baru cek kat histats SSS.com.

Ada tu yang carik keyword macam ni.

Salah tuu. Sepatutnya carik keyword "ubat hati yang kecewa"...

Setiap rasa sakit ada ubatnya, kecewa pun salah satu rasa sakit, iaitu rasa sakit di hati. Rasa terkilan, pilu, sebak, sendu bila dikecewakan. Rasa terluka, pedih! Sakit bukan?

Jadi, sudah tentu ada ubatnya!

Mula-mula sekali kena tengok dulu apa punca kekecewaan tu. Adakah kerana cinta? Atau kerana akademik? Atau kerana sahabat? Atau mungkinkah kerana masalah kerjaya?

Tapi... Semua yang disebut itu hanya dunia...

Para cendekiawan berkata, jangan kecewa kerana manusia... Takkan ke mana rasa kecewa tu kalau dilayan terus-menerus, tapi jadilah orang yang redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ada sesuatu di sebalik kejadian yang mengecewakan kamu tu.

Bukan! Bukan mungkin, tetapi sungguh! Ada hikmah di sebalik setiap perkara yang Allah tentukan untuk kamu.

Allah Maha Mengetahui... Buanglah rasa kecewa di hati, gantikan dengan redha pada Illahi...

Insya'Allah kamu tidak akan rasa kecewa...

P/S: Menulis untuk diri sendiri juga...


Semuanya Dari Pandangan Pertama...


First impression.

Apa yang kamu faham dari frasa ini? Pandangan pertama. Orang selalu kata jangan nilai seseorang dari first impression. Jangan tengok dan hakimi orang lain dengan pandangan luaran. Kerana takut-takut yang sebenarnya adalah berbeza. Lain luar, lain dalam.

Dalam Islam, semuanya sewajarnya dari pandangan pertama. Begitu di luar, begitu lah sepatutnya di dalam. Luarannya berpakaian indah dan menutup, selayaknya di dalamnya juga indah akhlak dan agamanya. Tidak sepatutnya diwar-warkan bahawa pakaian seseorang itu tidak melambangkan agama dan sifat dirinya yang sebenar.

Islam bukan agama sekular. Hanya diamalkan pada bahagian-bahagian tertentu yang kita mahu. Bahagian yang kita tak mahu, kita tolak jauh-jauh. Lalu timbullah isu tak semestinya tak bertudung, hati tak baik...bertudung, tapi tinggal solat...atas tutup, bawah ketat-ketat.


Islam hendaklah diambil secara keseluruhan dalam gaya hidup jika kamu orang yang beriman. Islam juga tidak akan tertegak jika jahiliyyah masih berdiri hingga ke akar umbi. Hanya dengan terjatuhnya jahiliyyah baru Islam itu akan tegak dalam diri kamu!

Kecewa dengan yang bermati-matian mengaku Islam, tetapi dari pandangan pertama lagi tidak menggambarkan Islam, siapakah yang jahil?


JAKIM Pun Dah Putuskan Mentega Haram


MENTEGA Golden Churn mengandungi DNA babi

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.

Baca selanjutnya di SINI.

*****

Alhamdulillah, termaktub sudah keharaman mentega tersebut di seluruh Malaysia. JAKIM pun dah putuskan, kalau nak kepastian lagi, boleh rujuk sendiri di laman web JAKIM. Moga semua ambil tindakan yang sewajarnya~

P/S: Patutlah sedap aje kek lapis yang awal-awal dulu kan?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.