BLOG ENCIK SUAMI

Friday, August 19, 2011

Eh, Ustazah! : Lailatul Qadar



Alhamdulillah, dah nak hampir ke fasa terakhir dalam bulan Ramadhan. Hari ni ustazah mengajar lagi kat sekolah macam selalu.

Ustazah: Hari ni, ustazah nak sembang-sembang je...boleh?

Nasri: Eh, ustazah! Mana boleh sembang-sembang kosong ajee...nanti kurus pahala puasa kami...

Ustazah: Hehehe... Bukan nak sembang kosong... Tapi sembang berisi. Ha...macam tu, boleh?

Luqman: Ha...boleh, boleh!

Munna: Ustazah nak sembang pasal ape ni ustazah? Kering air liur nak cakap banyak ni.

Diana: Hamboiii...belum tengahari lagi da kering~

Ustazah: Hehehe...insya'Allah bila cakap banyak-banyak pasal benda yang ustazah nak sembang ni mesti jadi basah tekak tu.

Munna: Wahhhhhhhhhhhh! Ape tu, ustazah?

Ustazah: Ha...sape tahu Malam 1000 Bulan?

Nasri: Erkkk! Macam Hikayat 1001 Malam la pulak, ustazah~

Ustazah: Eh, bukannn... Malam 1000 Bulan ni sebenarnya adalah Malam Lailatul Qadar. Malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan saje~


Luqman: Owhhh... Malam Lailatul Qadar... Ape yang spesel sangat tentang malam ni ustazah???

Ustazah: Pada Malam Lailatul Qadar ni lah al-Quran diturunkan, boleh tengok maksud ayat pertama dalam surah al-Qadr kat atas nun. Pada malam ni jugak lah malaikat dan Jibril turun ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan takdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang.

Munna: Erkkkk! Kalau macam tu, mesti banyak pahala kita dapat bila buat amal banyak-banyak, kan ustazah? Sebab semua malaikat turun nak tengok kita~

Ustazah: Aha, macam yang Rasulullah s.a.w pesan dulu-dulu...


Diana: Subhanallah! Baiknya Allah!

Luqman: Tapiii bukan dapat percuma kannnn, kena la beribadah dengan penuh ikhlas~

Ustazah: Aha... Pandai pun anak murid ustazah~

Nasri: Ish, rugilahhhh kalau Malam Lailatul Qadar ni kita tido kan? Aiyakkk! Kalau tertido macam mana?

Munna: Haaa ustazahhhh! Bila Malam Lailatul Qadar? Boleh kitorang prepare awal-awal sikit. Tak la tertinggal nanti. Ekekekeke...

Ustazah: Hehehe... Sebenarnya, tak ada nas yang menunjukkan secara spesifik malam bila berlakunya Lailatul Qadar ni. Tapi Rasulullah pesan jugak...


Ustazah: Dan ada jugak pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar tu berlaku pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadhan.

Munna: Oooo... Jadi tak boleh la kita nak target satu-satu malam ajeee... Huhuhu...

Luqman: Huk aloh nkooo... Terus putus semangat ke???

Munna: Errr...mana ade! Semangat lagi ni!

Diana: Ermmm...kalo kita fikir-fikir kan ustazah, mesti ade sebab Allah tak bagi spesifik malam bila Lailatul Qadar tu kan?

Nasri: Tiba-tiba aku rasa ko da pandai lak Diana...

Ustazah: Yup, sebenarnya ada hikmah di sebalik kenapa Allah tak letak tarikh bila-bila. Cer bayangkan kalau Allah tetapkan Malam Lailatul Qadar setiap tahun jatuh pada 27 Ramadhan, ape jadik?

Nasri: Mestilah kita tarawih, qiamullail, berzikir dengan tadarus hanya pada malam 27 Ramadhan tu ajee, malam lain tido... Huhuhu...

Ustazah: Tau takpe... Allah rahsiakan tarikhnya dari pengetahuan kita, supaya kita terus bersemangat beribadah pada 10 malam terakhir tanpa perlu bergantung pada tanda-tanda Lailatul Qadar.

Diana: Tandaaaaaaaaa? Ade tanda ke ustazah???

Ustazah: Aha...ade...


Luqman: Erkkk! Macam semalam pun sedang-sedang panas sejuk ajeee...~

Ustazah: Eheh... Ini hanya pendapat dari salah dua orang perawi hadith. Ada banyak lagi pendapat yang lain kalau kamu rajin godek-godek. Sebenarnya lebih baik kalau kita amek je hikmah Allah rahsiakan malam tu macam yang awal tadi.

Munna: Betul tu, saya setuju, ustazah!

Ustazah: Alhamdulillah... So, 10 malam terakhir nanti ape lagi~ Banyakkanlah beribadah kepada Allah...moga kita semua tergolong antara mereka yang mendapat kemanisan Lailatul Qadar, insya'Allah.

Anak-anak murid: Insya'Allah, ustazah...


"Di bulan Ramadhan ini terdapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan." [HR Ahmad] Jom! Kita manfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan sebaik-baiknya, moga mendapat keberkatan yang dicari!


Saya Tak Reti Nak Buat Partition Hard Disk


Waaaaaaaaaaaaaa...

Lamanya kannn tak buat tutorial kat blog ni??? Erkkk!

Sebelum ni, kebanyakan tutorial yang saya kongsi adalah berkaitan dengan blog. Kali ni, saya nak kongsi yang berkaitan dengan komputer pulakkkk~

Ehehe... Alhamdulillah baru siap buat partition kat netbook. Mudah rupanya nak buat, ingatkan susah. Mencarik, mencarik, mencarik kat google... Macam-macam software dan cara diorang tunjuk... Semua macam rumit ajeee... Nak kene beli itu ini lah... Kena register lah... Hurmmm... Last-last, jumpa satu video ni kat Youtube~

Delete, merge, create, and rename a hard drive partition.



Saya pengguna Windows XP (yang setia). So, sape yang MASIH guna Windows XP dan tak reti nak buat partition, boleh ikut ni ye~ Windows lain kalo rasa cam sama sikit-sikit, mungkin boleh guna jugak~

Lepas ni nak install Linux pulak kat partition yang da dibuat tu... Huhuhu...

P/S: Pastikan kamu-kamu backup dulu data yang ada dalam storage tu okeh?

Ohhhhh... =.=


Pada suatu jam-1-pagi yang tak berapa hening...

Saya: Aiyakkkk da ngantokkk, tapi nak studyyyyyyyyyyyyyyy... :(

Dia: Haaaaaaaaaaaaaa, tido dulu... Then, bangun sahur and study, ok?

Saya: Tapiiii...nanti esok Dr nak tanya, kang tak dapat jawab...

Dia: ...

Saya: Huwaaaaaaaaaaaa...

Dia: Jawab je pasal entri-entri kat blog, ok? Ape segmen terbaru Papa Ben, masakan Atok Gebu...

Saya: Errr... Macam perli ajeee... :(

Dia: Errrr...

Saya: Da la Dr pun camtu gak... Huhuhu... Dia selalu cakap nanti leh tulis macam kat blog...

Dia: Ahahaha...kan Dr pun tau...

Saya: Huhuhu... Segan dengan Dr...

Dia: Dah...ngantok tu, masuk tido dulu, kang bangun sahur leh study sikit.

Saya: Kene tido sekarang ke? Hurmmmm...

Dia: Aha...sekarang. Rehat cukup.

Saya: Uhuhu...nanti rasa cam nak bangun awal sikit dari biasa.

Dia: Sekarang pun dah jam berapa ni, kalau awal dari biasa tu jam berapa pulak?

Saya: Err...pukul 4. Selalu pukul 5.

Dia: Kalau gitu, baik tidur sekarang.

Saya: Ok, selamat malam, salam.

Dia: Salam...

*****

Alarm henset berbunyi untuk kali ke berapa entah.

Jam menunjukkan pukul 4.10 pagi.

Oh, tak larat... =.=

*****

Alarm henset berbunyi untuk kali ke berapa entah.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi.

Ohhhhhh.... =.=


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.