BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, August 20, 2011

Blogger Ini Belanja Saya Aiskrim... Waaaaaaaa~~~


Gambo Google

Lepas Subuh pagi tadi, sampai je kat rumah sewa, nampak da ade tetamu seperti yang dijanjikan oleh hosmet sebelum keluar rumah malam tadi. Bersalaman dan bertanya nama, kemudian sambung tido. Penat tak hilang lagi.

Beberapa jam lepas tu... Duduk depan netbook kat meja study. Nak bukak blog macam biasa. Ada beberapa entri autopublish pagi tadi. So, nak cek kot-kot tak terpublish macam yang dijadualkan. Masa nak cek tu lah nampak tetamu tu tengah buat ape ntah yang berkaitan dengan blog.

"Blogger ke?" tanya saya.

Dia da sengih. Hosmet berpaling.

"Akak, dia terkejut bila saya gitau akak ni Sunah Sakura."

"Erkkkk!"

Lepas tu bermulalah sesi jejak kasih. Dia rupanya tertanya-tanya bila nampak nama "Sunah" pada whiteboard kat ruang depan. Soalan yang bermain di benak fikiran tu diutarakan pada hosmet yang merupakan kawan dia. Apa yang bermain di fikiran dia akhirnya terjawab...

Heh.. Kecik kan dunia ni? Ni blogger kedua yang tido kat rumah saya lepas Iffah Afeefah. Iffah oiiii, dia student IPG Melaka gak yuuu~ Tapi amek kursus PAI. Terus saya tanya dia, kenal ke blogger Buta+Pekak+Bisu=CINTA? Ahahaha~ Dia kata macam pernah dengar... :p

Nak tau sape blogger yang tido kat rumah saya dua malam ni? Klik header kat bawah...

Klik la, klik la...

Dia belanja saya aiskrim malam ni... Jangan jeles... Terima kasih Ili~


Dia Suka Baca Entri Pasal Kahwin Aje...


www.desainkawanimut.com

Ish, ish, ish...

Nakal jugak dia ni.

Saya ingatkan dia suka baca entri yang macam mana lah...

Rupanya dia suka baca entri-entri pasal kawen je kat blog ni~

Entri-entri lain dia tengok sebelah mata ajeeee...kan kan kannn?

Nak tau sape dia yang kecik-kecik da geli-geli nak kawen tu?

Cer picit SINI.

Kamu-kamu lak? Suka baca entri ape? Sal kawen gak ke???

Moh le kita mengkawenkan entri ramai-ramai...


Blog Pilihan Saya... Meh Tengok Meh...


Klik kalo nak join

Ade banyak blog yang saya suka jenguk, tapi untuk segmen ni saya bagi 10 je la ye...


Wellllll~ Dah la dia ni first join segmen ni, lepas tu dia jugak la yang selalu first komen kat entri-entri saya kalo dia tak bizi. Saya memang suka baca blog dia, sebab dia pun da tau da sebab ape... so, malas nak cite. Aci tak? :p


Blog budak kecik bernama Alya ni buat saya jatuh cinta pada template dia. Cumil okehhh, sebab pink! Kemas ajeee...cuma part entri tu, bagi justify la untuk tambah lagi kekemasan... :D


Blog Muslimah Optimis, sahabat alam maya dan realiti, banyak entri-entri ilmiah yang kamu-kamu boleh jumpa kat sini. Kena rajin godek sikit~ Blog ni antara blog Islamik, blogger ni pun banyak menyumbang artikel kat www.iluvislam.com


Pilihan hati, da tentu la jadi blog pilihan di hati saya~ Kannnn~ :p Sebenarnya blog ni kenal dari blog Papa Bennn gak dulu, masa tu blog ni lebih kurang cam blog Angah Jiwa-jiwa tu. Entri jiwang memanjang...:p Ni pun salah satu blog ilmiah bentuk santai... :)


Blog Co-Admin Nadh... Ni salah satu blog ilmiah dan islamik jugak. Banyak tazkirah boleh dapat kat sini. Saya suka dengan pengisian-pengisian yang ada kat blog CA Nadh, teruskan ye berkongsi yang bermanfaat untuk semua~ :)


Blog udin~ Antara blog terawal yang saya kenal dalam dunia blog ni, boleh baca macam mana dia kupas tentang isu semasa. Rajin betul budak ni. Kalau saya, huhuhuhu...


Ni antara blog terbaru dalam senarai yang jadi pilihan... Hehehe... Kawan ostad jiji geli-geli. Blog dia santai macam blog ostad jiji geli-geli. Entri-entri ringkas tapi buat semua orang berfikir jauh~ Teruskan menulis... :)


Blogger blog ni rajin bebenor blogwalking. Suka jugak baca entri-entri dia, tapi blog ni jenis catatan peribadi. So, banyak cerita tentang kisah yang berlaku hari-hari lerr... Haaa...jangan kata saya hanya baca blog ilmiah pulak~


Blog Syahir... Blog yang kenal dari segmen Tukar Link Suka Sama Suka.. Suka sampai sekarang... Hehehe... Pun jenis cam Udin gak, blog yang kupas tentang isu semasa. Jenis cam ni, diorang bukan main kopipes aje, ade pendapat diorang sendiri jugak la...


Blog el-Janna, suka gak penulisan dia ni... Sempoi ajee... Ehhhh, nampak sangat kan saya suka baca blog yang santai-santai? Err...


Kan Da Kata Tadi Buttercup Halal...


Amek kat laman web direktori halaljakim

Kan da kata tadi tak haram.

Ni bukti dari laman JAKIM sendiri.

Sijil halal Buttercup tamat pada tahun 2013...

Gambar Google

Buttercup mentega buatan Malaysia, sah-sah ade logo halal JAKIM.

PCM tak pernah pulak gitau saya buttercup ni tak halal.

PCM cuma bagi tips, kalo buat kek, dan tak nak kek 'keras', pilih mentega lain...

P/S: Semalam gi carik bahan baking, nampak mentega Golden Churn da takde kat kedai~


PAPA BEN NAK BLOG DENGAN SEGERA


Klik gambo Papa Bennnn kalo nak join~


Siapa Punya Peluh Wangi?






Kalau nak tau, sila ke SANA.

Dia memang selalu berlagak penuh riak mengatakan peluh dia wangi.

P/S: Hari ni hari main keywords ke? =.=


Buttercup Haram Ke?




Daripada histats SSS.com


Jawapannya TAKKKKK!


P/S: Selamat membaking kuih raya~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.