BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, August 23, 2011

Mengantok Lagi Keee???


Aidan yawning by ~PrimalOrB on deviantART

Ape kes la si jeneral ni asyik publish entri pasal mengantok aje memanjang ye? Macam tak ade idea lain dah selain dari perihal dia mengantok tu. Ingat orang nak baca ke pasal mengantok ni? Baik diorang baca benda lain yang lagi best, lagi banyak info, lagi banyak gossipppppp, takat entri mengantok...huk aloh!

Bukannn... Siyesly jeneral mengantok yang amattt... Pening kepala sudah. Nak submit journal kat supervisor sat, lepas tuuu...tido boleh? Aiyakkk!

Sebab tu la kannn orang dalam majalah RAPI kata, tido kena cukup. So nanti badan pun takde la lemah dan lesu semacam aje. Tido yang cukup jugak membantu dari segi tumbesaran...eiks??? Tumbesaran ape? Tumbesaran kulittt... Eh, ade pulak kulit bertumbuhbesar... Sebenarnya tido yang cukup membantu sel kulit mati kita bersalin (bukan beranak) di malam hari. Kalau kita tak tido pada masa yang sepatutnya, jadi kulit takleh la nak bersalin...so wajah pun jadi kusam semacam ajeee...

Okehhh, lepas ni sila tido secukupnya, jangan tido berlebihan pulakkk~ tu lagi melesukan!

P/S: Mengantok tunggu download fedora... =.=


Cici: Nah, Upah Untuk Kamu!



Disebabkan dia rajin teman tuan dia melapis kek sampai jam 3 pagi...

So, dapat la upah muffin strawberry dalam cup yang comel ni...

Sape yang bagi cup comel ni eks? Lalala~

P/S: Nak tengok Kek Lapis Oreo da siap? SANA, SANA!


Nak Tulis Kad Raya...


Erkkk!

Kul 1 pagi nak tulis kad raya...

Sekarang ni da tak banyak da orang tulis kad raya kan? Tak macam zaman dulu-dulu. Kalo dulu, kad raya tu boleh buat bangunan Petronas Twin Tower disebabkan jumlahnye yang begitu banyak. Mana tak nye, dalam setiap kad raya mesti ade pantun ni...

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Habis baca,
Harap balas.

Maka berduyun-duyunlah yang menyanggupkan diri untuk memberi dan membalas kad raya, takot-takot kang gelas yang nak dipakai masa raya terpecah sebab tak balas kad raya kengkawan. Eh, mana ada... Sebenarnya berbalas-balas kad raya tu time kecik-kecik dulu adalah satu hobi yang dikongsi bersama rakan-rakan sebaya. Bila tiba hari raya, semua pakat tayang kad raya sape paling banyak. Boleh dikira dari yang digantung-gantung kat siling dengan yang ditampal-tampal kat dinding-dinding rumah. Kalo tak cukup, tambah lagi dengan sampul duit raya pulakkkk~

Sekarang... Facebook ada, SMS ada, E-Mail ada... Budaya kad raya da kurang sikit berbanding dulu. Tapi still ada jugak yang guna kad raya untuk wish hari raya dan minta maaf zahir dan batin. Lebih nostalgia bak kata diorang... Bukti masih ada yang guna kad raya adalah bila saya dapat beberapa kad raya daripada Kak Ayu, Kak Mas dan Umie.

Saya pun nak tulis kad raya ni... Disebabkan Ezahd Kochek dan Aimie Amalina Azman da meneka dengan tepat dan cepat Kek Lapis Oreo tadi kat FB dan kat komen entri, silalah PM alamat rumah ke inbox FB ye... Terima kasih~


Apakah Ini? Cepat Teka~~~!!!



Amende lak ni???

Sape dapat teka paling cepat dan tepat dapat kad raya...

P/S: Cici da tido... Nampaknya dia lagi penat dari tuan dia... Dia betina ye...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.